Memang jarang kita melihat wajah Fadlan Hazim terlibat dalam mana-mana sesi fotografi. Rupa-rupanya, ada sebab kenapa dia mengalami situasi tersebut sehingga dianggap kurang popular.
Fadlan telah berkecimpung dalam dunia seni sejak 10 tahun lalu, namun namanya kurang mendapat perhatian berbanding rakan artis yang sebaris dengannya.
Foto: Instagram Fadlan Hazim
Dia mengakui begitu fobia untuk memenuhi kehendak wartawan untuk sesi fotografi kerana bimbang dimarahi pengarah ketika masih dalam sesi penggambaran.
Dia sendiri pernah mendengar pengarah merungut dengan sikap sesetengah pelakon yang tiba-tiba lari sebentar untuk pergi ke lokasi fotografi dan ini menyebabkan jadual penggambaran terganggu.
Jika dia juga memenuhi permintaan wartawan pasti situasi seperti itu juga akan berlaku dan menyusahkan pelbagai pihak yang terlibat dengan sesi penggambaran yang sepatutnya boleh selesai pada hari sama.
Dia juga menafikan dakwaan dirinya yang kurang mesra. Bagi rakan yang mengenali dirinya, pasti tahu dia seorang yang suka menyakat bukanlah serius sehingga sukar didekati.
Ditanya tentang lakonannya, dia kini sedang berjuang untuk bertahan lama dalam industri lakonan dan memerlukan beberapa drama yang boleh mengangkat popularitinya.
Sebelum ini, dia pernah menerima tawaran drama Pujaan Hati Kanda, namun disebabkan komitmen kerja yang padat dia terpaksa melupakan niat untuk terlibat dalam penggambaran drama popular itu.
Sikap Fadlan ini patut diteladani oleh pelakon lain supaya tidak menyusahkan sesiapa. Fadlan juga perlu ada strategi dalam kerjaya untuk sentiasa bertahan lama dalam dunia lakonan. - CARI
|