Kenyataan Pengarah Urusan Foodpanda, Sayantan Das telah menimbulkan pelbagai reaksi pengguna yang dianggap angkuh, begitu juga dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq yang pada awalnya membawa isu berkenaan ke Kabinet.
Ini telah menyebabkan bukan sahaja penghantar makanan yang tidak berpuas hati malah pengguna juga turut bertindak memprotes kenyataan pihak Foodpanda sehingga melancarkan boikot terhadap syarikat tersebut.
Ruangan media sosial bermula malam semalam sehingga pagi ini dipenuhi dengan paparan netizen memadam aplikasi berkenaan.
Sayantan tetap meminta rider yang tidak berpuas hati mencuba skim baharu terlebih dahulu sebelum menilainya. Beliau malah berpendapat bantahan itu dibuat oleh sebilangan kecil rider dan pihak berkepentingan hingga menyebabkan salah maklumat yang diterima mengenai skim tersebut.
Ini kerana, mogok yang dimulakan walaupun sebelum skim tersebut dilaksanakan melibatkan kurang daripada satu peratus jumlah rider dan oleh itu operasi penghantaran berjalan seperti biasa.
Kredit foto: Utusan Malaysia - DALAM pertemuan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan Foodpanda baru-baru ini, kerajaan menyarankan syarikat penghantaran makanan dalam talian itu kembali kepada skim pembayaran asal demi kebajikan penunggang.
Adakah boikot Foodpanda ini merupakan langkah yang sesuai sebagai solidariti kepada riders dan pengajaran kepada kapitalis yang bongkak? Sejauh manakah keberkesanannya? Apa pandangan anda? - CARI
|