Gambar Hiasan - Google
Sayu apabila melihat perkongsian yang dimuat naik Malaysiakini suasana pekerja Utusan Malaysia mengosongkan meja masing-masing semalam (09102019).
Utusan Malaysia, syarikat penerbitan akhbar Bahasa Melayu tertua di Malaysia dikhabarkan tidak akan beroperasi lagi selepas 9 Oktober 2019.
Kredit foto: Twitter Malaysiakini
Warganet turut meluahkan rasa sedih dengan nasib dan masa depan kira-kira 800 orang pekerja syarikat tersebut.
Semoga cakap-cakap bahawa operasi portal berita Utusan Online dan Kosmo! Online akan diambil semula oleh Aurora Mulia Sdn Bhd jadi kenyataan.
Sekurang-kurangnya peminat Utusan Malaysia masih dapat lagi membaca nukilan satu-satunya lidah pengarang milik Melayu 100 peratus. - CARI
|