Pasti ramai sudah mengetahui kontroversi pelakon Amar Asyraf yang dikatakan bermain kayu tiga dengan perempuan lain di belakang isterinya yang dibongkarkan sendiri wanita ketiga itu di laman Instagramnya.
Penjelasan pihak wanita ketiga sudah didengari, malahan pengakuan dan permohonan maaf Amar sendiri pun dah kita dapati.
Tetapi, ramai tertanya-tanya tentang pendapat isteri lelaki itu iaitu Arna sendiri. Wanita itu tidak mendiamkan diri dan telah menceritakan segalanya di laman Instagram.
Kredit foto: Blog
Arna menceritakan bahawa dia mula mengetahui mengenai hubungan suaminya bersama wanita itu pada tahun 2015 lagi dan lelaki itu sendiri mengakuinya.
Disebabkan hal itu, mereka sering bergaduh sehingga akhirnya wanita itu membuat keputusan untuk berpisah.
Kredit foto: Instagram
Walau bagaimanapun, Amar tidak bersetuju dan meminta peluang kedua. Setuju dengan permintaan itu, mereka cuba untuk membina semula rumah tangga yang hampir runtuh itu. Sampailah Arna disahkan mengandung anak kedua, namun wanita ketiga itu mula mengganggu kehidupan mereka.
Kredit foto: Instagram
Walaupun sudah cuba selesaikan secara baik namun gadis itu tetap berdegil sehingga mengugut untuk membunuh dirinya. Gadis itu berterusan mendesak Amar untuk mengahwininya sehinggalah dia memuat naik entri untuk membongkarkan rahsianya bersama Amar itu.
Kredit foto: Instagram
Pada akhir kalamnya itu, Arna memohon orang ramai agar memberi ruang kepada Amar supaya berubah. Menurutnya, Amar merupakan seorang ayah dan menantu yang baik. Dia tidak mahu menjejaskan imej suaminya itu di mata ahli keluarganya.
Tak cukup dengan itu akhirnya misteri tentang isteri kedua Amar terjawab apabila wanita itu tampil dan menjawab persoalan mengenai kontroversi ini.
Dalam kenyataan kepada portal Mstar, Vivy Jefri mengakui sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon itu, namun lebih selesa mendiamkan diri kerana akur dengan kedudukannya sebagai isteri kedua.
Kredit foto: mStar
"Ya, memang betul saya isteri kedua Amar dan kami juga mempunyai seorang anak lelaki. Selama ini saya simpan, tapi benda ini terbongkar juga.
"Apa yang didedahkan wanita sebelum ini semuanya betul. Sebenarnya saya sudah bersedia dengan apa yang akan berlaku selepas ini dan reda dengan perjalanan hidup saya yang disusun Allah.
"Ibu saya selalu cakap, kita jangan buka aib suami walau dalam keadaan marah macam mana sekalipun sebab satu hari nanti mesti akan terbongkar sendiri," katanya.
Dia juga menjelaskan yang Arna tahu mengenai perihal dia sebagai isteri kedua dan selama ini mereka tidak pernah bersemuka langsung dan hanya berhubung menerusi telefon sahaja.
Konflik tahap drama Korea betul. - CARI |