Gambar pertemuan M. Kula Segaran (kiri) dan aktivis LTTE di Tamil Nadu, Seeman Senthamilan yang tular dalam media sosial. Kredit foto: Facebook
Dakwaan berhubung sokongan DAP terhadap kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dikatakan mempunyai kaitan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai bulan depan.
Andaian itu dibuat oleh Naib Pengerusi DAP, M. Kula Segaran seperti dipetik dari laporan Malaysiakini pada 12 Oktober.
"arti saya, DAP telah dilontarkan lagi dengan tuduhan yang sama ketika pilihan raya kecil semakin dekat," katanya.
Beliau yang juga Menteri Sumber Manusia mengulas tentang penahanan tujuh individu termasuk dua wakil rakyat DAP di bawah Akta Kesalahan Khas (Langkah-langkah Keselamatan) (SOSMA) kerana disyaki terlibat dalam kegiatan menyokong kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) pada 10 Oktober lalu.
Lima lagi suspek ditahan di bawah SOSMA sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan seramai 12 orang yang ditangkap kerana disyaki terlibat dengan LTTE setakat ini.
Terdapat kemungkinan Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon dari DAP memandangkan kerusi itu secara tradisinya ditandingi oleh parti tersebut kecuali dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang menyaksikan calon dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Allahyarham Datuk Dr. Md. Farid Md. Rafik mewakili PH.
Gambar pertemuan M. Kula Segaran (kiri) dan aktivis LTTE di Tamil Nadu, Seeman Senthamilan yang tular dalam media sosial. Kredit foto: Facebook
Kula Segaran turut menafikan dakwaan bahawa beliau mempunyai kaitan dengan LTTE justeru menggesa polis menyiasat 'berita palsu' itu.
"Bukit Aman telah mengambil tindakan menentang penyebaran berita palsu dan perlu berbuat demikian dalam perkara ini," katanya yang diarahkan DAP untuk menguruskan pembelaan dua wakil rakyat dari DAP yang ditahan polis.
Gambar M. Kula Segaran dan pemimpin LTTE, Vaiko yang tular dalam media sosial. Kredit foto: Facebook
Agak di luar jangkauan pemikiran normal apabila tindakan tegas polis terhadap individu-individu yang disyaki anasir-anasir LTTE dikaitkan dengan PRK Parlimen Tanjung Piai. - CARI |