Perkhidmatan membeli makanan di dalam talian masih mendapat sambutan hangat walaupun terbit beberapa isu baru-baru ini melibatkan syarikat perkhidmatan Food Panda.
Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak pilihan servis menghantar makanan seperti Grabfood dan DeliverEat dilancarkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
Namun, baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang gadis dikritik kerana bertindak memesan barangan lain selain makanan yang ditempah melalui aplikasi FoodPanda.
Namun, 'rider' tersebut telah menolak permintaan gadis terbabit. Lalu, gadis berkenaan memuat naik keluhan di media sosial kerana tidak berpuas hati dengan jawapannya.
Ciapan gadis itu mendapat kritikan netizen kerana memandai-mandai menyuruh rider berkenaan membeli barang lain selain makanan yang ditempah.
Netizen kebanyakannya berpendapat bahawa gadis tersebut tidak patut bertindak sedemikian kerana banyak lagi perkhidmatan lain seperti BungkusIt, Tesco Delivery dan sebagainya.
Tambahan, tindakan gadis itu memuat naik status tidak berpuas hati dilayan oleh rider tersebut juga mendapat kritikan kerana ianya bukanlah skop pekerjaan rider terbabit.
Mungkin sikap pemalas dan suka mengarah membuatkan gadis itu dikecam? Tepuk dada tanya selera. - CARI
|