View: 4516|Reply: 31
|
Asal Usul Halloween Yang Mungkin Ramai Belum Tahu
[Copy link]
|
|
Halloween mungkin kelihatan sebagai satu perayaan yang menyeronokkan bagi sesetengah orang. Namun, tahukah anda perayaan ini sebenarnya berasal daripada festival keagamaan 'Samhain', yang disambut oleh golongan pagan (dikenali sebagai 'Celts') sebelum kedatangan agama Kristian di Eropah, 2000 tahun dahulu?
Sumber: muis.org.my
Festival yang disambut pada malam 31 Oktober ini diraikan oleh golongan Celts yang percaya bahawa mereka yang meninggal akan kembali ke dunia pada hari Samhain. Pada malam tersebut, mereka akan menyalakan unggun api, menawarkan korban dan memperingati mereka yang telah meninggal dunia.
Pada hari perayaan Samhain, sesetengah penduduk memakai kostum yang diperbuat daripada kulit haiwan untuk menghalau kehadiran makhluk halus dan menyediakan makanan di luar rumah bagi menenangkan kehadiran roh yang tak diundang.
Halloween kini menjadi satu trend perayaan komersial di seluruh dunia. Sumber: Fee.org
Budaya ini diteruskan pada abad seterusnya apabila orang ramai mula memakai pakaian menyerupai hantu, syaitan dan makhluk lain, sambil membuat aksi-aksi pelik sebagai ganti untuk makanan dan minuman. Budaya inilah yang dipercayai menjadi asal-usul kepada aktiviti 'trick-or-treat' yang diamalkan kini.
Pada abad ke-9, agama Kristian tersebar meluas di kalangan golongan Celtics dan berasimilasi dengan budaya pagan. Gereja-gereja turut menjadikan 2 November sebagai 'Hari Roh Sedunia', hari untuk memperingati mereka yang telah meninggal. Sambutannya di England menyerupai perayaan golongan Celtics pada hari Samhain, lengkap dengan unggun api dan topeng-topeng.
Poskad kanak-kanak sewaktu sambutan Halloween pada awal abad ke-20. Sumber: History.com
Orang-orang miskin akan ke rumah golongan yang kaya untuk mendapatkan kuih yang dinamakan 'kek semangat' dan sebagai ganti, mereka berjanji untuk mendoakan roh ahli keluarga tuan rumah yang telah meninggal dunia. Budaya yang dikenali sebagai 'Souling' ini kemudiannya diteruskan oleh kanak-kanak, yang akan pergi dari rumah ke rumah untuk meminta hadiah seperti makanan, duit atau minuman.
Di Scotland dan Ireland, orang-orang muda mengambil bahagian dalam tradisi yang dipanggil sebagai 'Guising', memakai kostum dan menerima pemberian daripada rumah-rumah lain. Namun begitu mereka tidak akan mendoakan untuk si mati, tetapi mereka akan menyanyikan lagu, mempersembahkan puisi, membuat lawak atau mempersembahkan trik lain sebelum mendapat habuan yang biasanya terdiri daripada buah, kekacang atau syiling.
Kanak-kanak memakai kostum untuk Halloween di Jersey City, New Jersey. Sumber: Reddit.com
Nah, sebab itulah orang Islam tidak sepatutnya merayakan hari Halloween kerana menurut mufti, perayaan ini berasal daripada agama penyembah berhala, mempunyai unsur kait dengan agama lain dan mempunyai unsur-unsur tasyabbuh yang tidak dibenarkan di dalam Islam. Wallahualam.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Labu yg diukir tu kena buang ke lepas halloween? Iols rasa kat malaysia ni labu mahal. Buat membazir je.
|
|
|
|
|
|
|
|
good good.. harapla retis meleis baca... sibuk celebrate halloween smbil berslutty custome.. hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Yang muslim sibuk terhegeh hegeh meraikan
|
|
|
|
|
|
|
|
Xde bebenang khas kah rwtis malaysia sambut halloween party? Selalunya retis2 malasia yg terlebih over mengalahkan kokesen.. |
|
|
|
|
|
|
|
heidi klum pny fesyen utk hallloween mmg gila lh
all out
|
|
|
|
|
|
|
|
Skang ni sesetengah org yg feeling2 urban sibuk nk bawa budaya ni kat malaysia..{:faint |
|
|
|
|
|
|
|
Kecewa bila Didi & Friend pun pandai dah buat lagu sempena haloween ni |
|
|
|
|
|
|
|
kbykn budak urban skrg..ramai yg sambut. dgn alasan sbb tadika pon sambut haloween ni. sedih la... |
|
|
|
|
|
|
|
kucingitam replied at 21-10-2019 04:34 PM
ada ke? lagu apa eh?
Search Didi & friend Zombie song. Walaupun x de laa tunjuk haloween tapi keluar masa musim haloween kan. |
|
|
|
|
|
|
|
byk lg hari kebesaran islam yang bole kita hayati dan ajarkan pada anak2 kita...kenapa nk sibuk dgn perayaan agama lain... |
|
|
|
|
|
|
|
serius??
tadika mana tu??
|
|
|
|
|
|
|
|
try tengok ig anak Awal, Alana...rasa last year dia ade celebrate, Awal hntr pergi sekolah pakai kostum.
Nak tepek gambor...tak reti plak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiap tahun pasti ada article macam ni bila nak Halloween |
|
|
|
|
|
|
|
oooooohhhh
I goggle tadi
Alana sekolah kt Cempaka School ehh?
International School gituu...
Hmm x tahu la apa syllabus International School cmni utk kids bawah 7 thn
|
|
|
|
|
|
|
|
seumo hidup aku tak pernah makan labu |
|
|
|
|
|
|
| |
|