CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10251|Reply: 88

[Tempatan] Rumah harga murah dikatakan ‘berhantu’ akhirnya dijual RM470K

[Copy link]
Post time 22-10-2019 11:36 AM | Show all posts |Read mode
Rumah harga murah dikatakan ‘berhantu’ akhirnya ada pembeli
Selasa, 22 Oktober 2019 10:38 AM



Tamil Selvam (kiri) ditemani rakannya menunjukkan laporan polis mengenai dakwaan rumahnya berhantu.

KECOH di media apabila seorang wanita mendedahkan, dia dan suami diganggu dan berdepan pengalaman pelik selepas rumah disewa mereka di Shah Alam kononnya berhantu.

Pasangan itu mendakwa mereka hanya sempat tinggal beberapa bulan sahaja di kediaman tersebut kerana tidak tahan dengan gangguan diterima saban hari.

Peristiwa berkenaan dikongsi di media sosial selepas mereka berasa pelik kenapa sebuah rumah dua tingkat yang sudah diubahsuai dijual pada harga murah iaitu bawah RM500,000 masih tiada pembeli?

Akhirnya isteri pasangan itu mendedahkan, gangguan pelik termasuk bau setanggi di satu sudut tempat meletak berhala oleh tuan rumah menjadi punca rumah itu dikatakan tidak laku selepas dijual.


Enggan berdiam diri dengan dakwaan wanita tersebut, pemilik rumah berkenaan, Tamil Selvam Sinnaiah, 44, tampil menyangkal semua dakwaan bekas penyewanya itu kepada mStar.

Tidak tahu motif sebenar dakwaan dibuat wanita itu, Selvam memberitahu dia tidak pernah menganiaya sesiapa sebaliknya meminta pasangan suami isteri itu berpindah secara baik selepas beberapa bulan mereka menyewa di kediamannya.


Selvam tidak tahu motif sebenar dakwaan dibuat bekas penyewanya di Twitter.

Sebaliknya kata usahawan itu, dia terpaksa meminta pasangan itu pindah selepas mendapat aduan berterusan daripada jiran mengenai bau busuk kerana mereka membela kucing dalam jumlah yang banyak.

"Masa saya datang buat semakan, saya dapati ada 10 kandang kucing yang diletakkan di luar rumah selain bau busuk najis kucing yang tidak dibersihkan.

"Bukan sekali dua saya dapat aduan daripada jiran tetangga mengenai sikap lepas tangan pasangan berkenaan terhadap kucing-kucing yang mereka bela sehingga membuatkan saya meminta mereka segera berpindah.

"Saya minta mereka berpindah dengan cara baik... Saya beri alasan hendak jual rumah itu sebagai mengelak sebarang perbalahan namun pasangan itu minta tempoh dua ke tiga bulan untuk mengosongkan rumah," katanya.

Bagaimanapun, Selvam memberitahu dia terpaksa menolak permintaan pasangan itu dan akhirnya mereka akur berpindah.

"Sepengetahuan saya, penyewa keluar dengan cara baik. Tiada sebarang pergaduhan malah saya turut pulangkan wang deposit mereka sebanyak RM1,000," jelasnya.


Selvam membelanjakan RM150,000 untuk proses pengubahsuaian kediaman dua tingkat itu.

Menjawab mengenai dakwaan rumahnya berhantu, Selvam mempersoalkan mengapa wanita itu memilih untuk menularkan perkara itu ketika dia sedang dalam proses menjual kediamannya.

Menganggap tuduhan itu sebagai fitnah, Selvam memberitahu selepas pasangan tersebut keluar rumah, rumah teres berkenaan disewa oleh orang lain dan mereka tidak pernah mengalami sebarang gangguan atau kejadian pelik sepanjang dua tahun menyewa.

"Saya masih tertanya-tanya apa motif dia menyebarkan cerita tidak benar mengenai rumah saya? Mengapa tidak selepas dia berpindah dahulu dia tularkan mengenai rumah itu berhantu?

"Mungkin dia berdendam saya tidak berinya tempoh untuk cari rumah lain atau mengetahui saya tidak jual rumah tersebut ketika itu sehingga sanggup membuat fitnah... Saya tidak pasti.

"Selepas dia berpindah, saya ada penyewa baru dan sepanjang dua tahun mereka tinggal, tidak pernah sekali pun kejadian pelik atau menyeramkan berlaku, berbeza dengan dakwaan pasangan berkenaan," katanya.

Sebagai langkah keselamatan, Selvam memberitahu dia turut membuat laporan di Balai Polis Taman Sri Muda Shah Alam pada Isnin terhadap fitnah yang dilemparkan wanita itu di Twitter.


Bilik utama yang diubahsuai.

Tidak mahu memanjangkan isu berkenaan, Selvam berharap orang ramai tidak mudah percaya dengan tweet berkenaan.

"Saya tidak mengharapkan wanita itu minta maaf pun cuma saya buat laporan polis sebagai perlindungan buat diri saya.

"Selebihnya biarlah Tuhan sahaja yang membalasnya. Saya percaya kalau kita buat baik dengan orang, pasti ada ganjaran baik untuk kita dan begitulah sebaliknya," ujarnya.

Tetap berterima kasih kepada wanita tersebut yang menularkan kisah rumahnya, Selvam memberitahu dia berjaya menjual rumah tersebut minggu lalu dan ia sedang dalam proses kelulusan pinjaman bank.

"Apabila baca komen pada tweet itu ada yang baik dan buruk... tetapi pada akhirnya saya tahu ramai yang sedar bahawa cerita yang disampaikan itu tidak masuk akal dan ada niat tidak baik.

"Tetapi tidak mengapa, pihak itu juga telah memberi publisiti dan hebahan mengenai rumah itu dan saya sudah pun menandatangani perjanjian pembelian minggu lalu," katanya yang menjual rumah itu dengan harga RM470,000.

Sebelum ini, Selvam turut membelanjakan RM150,000 bagi kerja pengubahsuaian kediaman empat bilik dan tiga bilik air itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2019 11:54 AM | Show all posts
so, whose right?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 12:06 PM | Show all posts
dah agak dah..pompuan tu kata tuan rumah suruh pindah pun dah tau something wrong..

kalau rumah berhantu, ko sendiri yang pindah, takyah tunggu tuan rumah suruh
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
X puas hati sbb kena pindah...tu yg bt crite rmh berhantu... tp sbnarnya mmg haukkk klu dpt jiran yg bela kucing tp x suka kemas taik2 kucing tu... kucing pun x selesa..jiran pun perit tahan nafas... last skali masam2 muka.. hummmm ntah la kan.. nsb baik rumah tu dh terjual...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Murah tu rumah 2 tingkat RM470k. Napela lambat tau pasal ni...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 12:54 PM | Show all posts
yg plg bangang ckp rumah tu bnyak patung yg jd punca hantu melepak..bistu rumah2 melayu yg kalimah allah muhammad ayat quran penuh kat dinding tp berhantu jugak tu ape cite
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2019 01:14 PM | Show all posts
aku x pecaya citer pompuan tu..

tapi murah lah rega rumah tu rm470k siap dh renovate rm150k.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka....nak buat naya kat org, sendiri yg malu.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2019 01:19 PM | Show all posts
kawan aku pernah cite abang dia duduk umah teres KAT shah alam siap benda tu munchol kan diri  lagi.Tapi sebab semua jantan dorang buat bodoh je
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
sape la yang percaya tu rugi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2019 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebanyakan rumah sekarang starting pun RM900K
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 01:28 PM | Show all posts
iols lebih percaya ular   
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
lawanya... master bedroom saja dh separuh luas rumah aku.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
cikja replied at 22-10-2019 12:37 PM
X puas hati sbb kena pindah...tu yg bt crite rmh berhantu... tp sbnarnya mmg haukkk klu dpt jiran yg ...

Fuh aku dulu rs nk nangis. Tgh2  bulan posa. Nak balik.masak lg. tiap ptg sblum masuk dapur, basuh taik kucing kt porch
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 01:41 PM | Show all posts
mmg x caya.  tapi musykil gak knp jual murah gile... harga x lojik ni.. rumah cenggini 1jt pn leh jalan ni..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 01:45 PM | Show all posts
cina india kalau rumah tu suwei, dorang jual je tak kira harga..
tapi rumah india memang i elak la..
bau colok semayang dorang tu memang melekat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2019 02:10 PM | Show all posts
Untunglah siapa yg beli tu, murah sgt dr harga pasaran
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 02:25 PM | Show all posts
hatikudus replied at 22-10-2019 02:10 PM
Untunglah siapa yg beli tu, murah sgt dr harga pasaran

Kalau tengok dari kelebaran rumah tu, dalam 16 kaki je, so ni adalah rumah kos rendah, maybe kat seksyen 25 Shah Alam, Taman Sri Muda. Kalau rajin google, taulah kenapa rumah tu murah lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 02:29 PM | Show all posts
karlmax8 replied at 22-10-2019 02:25 PM
Kalau tengok dari kelebaran rumah tu, dalam 16 kaki je, so ni adalah rumah kos rendah, maybe kat s ...

Ohh ye ke...cuma mgkin corner lot, so boleh renovate besarkan rumah kat tanah extra tu kan sebab tu nampak luas.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Murahnya dia jual
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.081341 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list