Sebagai negara yang rakyatnya berbilang kaum, Malaysia berdepan cabaran perpaduan tersendiri dan keindahan nilai budaya hidup serta sosialnya.
Tambahan pula, akhir-akhir ini dilihat perpaduan kaum kini semakin rapuh akibat segelintir ahli politik tidak bertanggungjawab yang menggunakan isu perkauman sebagai agenda politik sehingga menggadaikan keharmonian.
Namun begitu, video kemalangan di Kampung Medan, Petaling Jaya, Selangor ini menceritakan sebaliknya.
Dapat dilihat keprihatinan orang ramai yang berbilang kaum - memberhentikan kenderaan masing-masing untuk melihat keadaan mangsa dan memberi bantuan kepada mangsa berkenaan.
Majoriti netizen meninggalkan komen di ruangan posting berkenaan dengan memuji tindakan pantas orang awam yang membantu ketika kejadian tersebut berlaku.
Sejarah membuktikan bahawa Malaysia dapat mengatasi sebarang cabaran jika rakyatnya bersatu dan sanggup melalui kesukaran bersama. Malah, kepelbagaian rakyat Malaysia adalah kekuatan kita.
Video ini mungkin boleh menjadi buktinya.- CARI
|