Sebagai seorang penjual, adalah menjadi kemestian untuk sentiasa melayan pelanggan dengan berhemah bagi memastikan reputasi terjaga.
Penjual yang tidak beretika akan dipulaukan pelanggan dan menyebabkan perniagan mereka mengalami kesannya.
Gambar Hiasan / Twitter
Bagaimanapun, prinsip itu nampaknya tidak diguna pakai oleh seorang peniaga wanita online di Carousell yang bukan sahaja melayan bakal pelanggan dengan kurang ajar, malah turut mempamerkan sikap rasis.
Kredit foto: Twitter
Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter bernama Bella @Bellanasyaz, peniaga itu dikatakan marah apabila Bella menyatakan keinginan untuk melihat dahulu peti sejuk yang dijualnya sebelum membuat keputusan.
'Kau ingat ini kedai ke? Nak datang tengok bagai,' kata peniaga itu menolak permintaannya.
Kredit foto: Twitter
Apabila Bella memberitahu bahawa menjadi amalan biasa untuk pembeli di portal Carousell untuk melihat barangan sebelum membeli, malahan kesanggupannya untuk datang melihat sendiri, penjual itu bertambah berang.
'Go waste someone else time, ini bukan perabot, bodoh tu simpan sikit.
'Just because kamu lelaki jangan rasa kamu boleh berlagak,' tambah peniaga itu yang menyangka Bella seorang lelaki.
Kredit foto: Twitter
Bagaimanapun, apabila mengetahui Bella seorang wanita Melayu, peniaga itu semakin galak menghina dan menunjukkan sikap rasisnya.
'Woman? Aiyoo... kalau macam ini kebodohan perempuan Melayu, patutlah lelaki selalu bodohkan korang,' katanya lagi.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter
Bella kemudian memutuskan untuk tidak meneruskan urusniaga dengan penjual tersebut.
Netizen yang membaca perkongsian Bella mengecam sikap peniaga itu yang bukan sahaja kurang ajar, tetapi rasis.
Kredit foto: Twitter
Bella akhirnya membuat laporan kepada admin Carousell dan maklumat terkini mengatakan pihak Carousell akan mengambil tindakan terhadap peniaga tersebut.
Kredit foto: Twitter
Semoga insiden ini menjadi pengajaran buat peniaga-peniaga lain supaya sentiasa menjaga tutur kata ketika berurus niaga. |