Baru-baru ini, Majistret Siti Hajar Ali membebaskan Sam Ke Ting, 24, yang terlibat dalam kemalangan maut melibatkan lapang remaja yang sedang bermain basikal lajak pada jam 3 pagi di sebuah lebuh raya pada 18 Februari 2017.
Suspek dibebaskan daripada semua pertuduhan dan lesen memandunya dibatalkan. Menurut Majistret tersebut, Sam membuktikan dia memandu dengan bertanggungjawab dan terdapat gangguan penglihatan pemandu di kawasan kemalangan.
Kredit foto: Harian Metro
Majistret juga menyatakan mangsa-mangsa kemalangan telah membahayakan nyawa masing-masing dengan bermain di kawasan lebuh raya pada waktu malam yang tidak sepatutnya mereka lakukan.
Bagaimanapun, keluarga mangsa kini mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak dapat menerima keputusan mahkamah tersebut.
Menurut laporan Harian Metro, keluarga mangsa tidak tahu-menahu mengenai prosiding itu.
Kredit foto: Malaysiakini
Keluarga mangsa juga memberitahu tidak menerima sebarang maklumat daripada badan berkuasa mengenai keputusan tersebut secara rasmi.
'Kami dengar daripada berita, dan kami tidak dapat terima. Kami hanya terima maklumat mengenainya melalui WhatsApp rakan-rakan,' kata Fatimah Nasir, salah seorang ibu mangsa kepada Harian Metro.
Berikutan itu, keluarga lapan mangsa kini sedang berbincang untuk mencabar keputusan mahkamah dalam kesemua pertuduhan terhadap Sam.
Semoga kes ini menjadi teladan kepada semua ibu bapa. - CARI |