Kredit foto: Twitter @plus2u
PLUS dalam satu kenyataan menghentikan segala khidmat tambah nilai di setiap lorong keluar tol seluruh negara mulai 5 November 2019.
Menurut PLUS langkah tersebut dilakukan bagi mengurangkan kesesakan di lorong keluar plaza tol Wilayah Utara dan Selatan seperti yang dilaporkan Sinar Harian.
Kredit foto: Head Topics
Perkara ini mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat terutamanya warganet yang menyuarakan ketidakpuasan hati di setiap sudut media sosi@l dengan tanda pagar #MansuhTouchNGo.
Bagi warganet, alasan yang dikemukan PLUS tidak relevan, kurang bijak dan jelas seperti mahu melindungi Touch n Go yang telah memonopoli sistem berbayar di setiap tol yang terdapat di seluruh negara.
Kredit foto: Twitter @plus2u
Pertelagahan di antara PLUS dan Touch n Go serta PLUS dan CIMB
Untuk pengetahuan anda, CIMB memegang hampir 52% saham Touch n Go manakala baki selebihnya dimiliki oleh PLUS dan MTD Equity Sdn Bhd.
Pada Disember 2018, cubaan PLUS untuk memperkenalkan sistem Radio Frequency Identification (RFID) bagi memberi pilihan lain kepada pengguna lebuhraya telah dihalang oleh pihak CIMB yang mengheret PLUS ke mahkamah.
Kredit Foto - Ringgit Plus
CIMB tidak mahu sistem RFID diperkenalkan dan telah menghalang segala jenis bentuk promosi yang cuba dilakukan PLUS untuk memperkenalkan sistem ini seperti yang dilaporkan The Star.
Namun begitu, kes ini telah berjaya diselesaikan diluar mahkamah pada 24 Oktober yang lalu.
Pengguna yang menerima kesannya...
Buat masa ini, sistem eWallet masih tidak berkesan dan tidak merangkumi semua lebuhraya yang semakin hari semakin sesak dengan pengguna. Rancangan pihak PLUS untuk memperkenalkan sistem pembayaran lain telah dihalang keras oleh CIMB.
Sepatutnya, kesediaan PLUS memperkenalkan sistem RFID disambut baik oleh CIMB demi kesenangan pengguna. Apapun, jika kedua-dua pihak ini peka dengan suara pengguna, mereka mungkin boleh memperkenalkan beberapa solusi yang telah disuarakan di media sosi@l.
Berikut antara jalan penyelesaian dan penambahbaikan yang telah diutarakan oleh seorang pengguna Twitter.
Kredit foto: Twitter @plus2u
Sikap cakna dan ambil tahu perlu ada dalam mengeluarkan sesuatu keputusan agar setiap pihak yang terb@bit mendapat manfaat bersama baik di pihak PLUS, CIMB, Touch N Go dan juga pengguna.
Satu kajian menyeluruh perlu dilakukan oleh Touch n Go dan PLUS. Semoga pihak PLUS dan Touch n Go dapat duduk berbincang lagi bagi mencari jalan penyelesaian. - CARI |