Pada 4 November lepas, sebutir bom yang dipercayai dari Perang Dunia Kedua ditemui di sekitar lokasi penggambaran filem terbaru terbitan Marvel Studios, The Eternals.
Kredit Foto: Carian Google
Penemuan ini berlaku di Fueterventura, pulau Canary kedua terbesar di Sepanyol, di mana kesemua kru penggambaran dan para pelakon diminta untuk mengosongkan set penggambaran tersebut secara serta merta atas kebarangkalian bom tersebut akan meledak.
Turut berada di tempat kejadian termasuklah pelakon-pelakon terkenal seperti Angelina Jolie dan Richard Madden, pelakon cerita bersiri Game of Thrones.
Kredit Foto: The Sun
Menurut laporan awal, bom itu dikatakan berasal dari sebuah tapak tentera Nazi terbiar yang dijumpai berhampiran pantai tersebut. Ia berusia puluhan tahun dan dikatakan tidak pernah disentuh. Selepas ia berjaya dikeluarkan oleh pakar pemusnah bom, siasatan masih lagi dijalankan untuk memastikan jika kawasan tersebut benar-benar bebas daripada sebarang ancaman bom lain.
Setakat ini, pihak produksi perlu menunggu untuk menyambung semula penggambaran filem ini.
Kredit Foto: Mirror
The Eternals, arahan Chloe Zhao telah memulakan penggambaran sejak bulan Julai, dan filem ini merupakan filem kedua Marvel Studio untuk Fasa Keempat bagi Marvel Cinematic Universe selepas filem Black Widow yang bakal ditayangkan pada April 2020. Filem ini diterajui oleh barisan pelakon-pelakon terkenal seperti Angelina Jolie, Richard Madden, Gemma Chan, Kumail Nanjiani dan bintang dari Korea Selatan, Ma-Dong Seok.
The Eternals akan ditayangkan di pawagam seluruh dunia bermula November 2020. |