Ramai yang mengaitkan hubungan penyanyi dan pelakon Siti Nordiana dengan Khai Bahar seperti ada 'sesuatu' antara mereka.
Bagi Nana dia bukan tidak mahu berkahwin namun seringkali terfikir samada keluarga bakal mentua dapat menerima atau tidak status dirinya sebagai janda yang mempunyai anak seorang.
Foto: Instagram Siti Nordiana
Status dirinya serta penerimaan orang lain terhadap anaknya itulah yang menjadi kebimbangan dalam diri Nana.
Seperti yang dijawab pada Harian Metro, mempunyai rasa cinta sahaja tidak mencukupi dalam berumahtangga kerana perlu ada restu kedua-dua belah keluarga dalam perkahwinan.
Nana pernah gagal dalam berumahtangga sebelum ini dan disebabkan itu dia begitu berhati-hati untuk memulakan kembali hidup berpasangan.
Moga doa Nana untuk berjumpa jodoh untuk kali kedua akan termakbul bersama pasangan dan keluarga yang boleh menerima diri Nana seadanya. Entah-entah berjodoh dengan Khai Bahar. - CARI
|