Lelaki berusia 45 tahun yang juga pekebun buah ditemui dengan kesan tikaman di bahagian dada di tepi jalan di Kampung Baru Kundang.
Lapor Sinar Harian, kejadian jam 8.55 malam tadi itu dipercayai berpunca akibat cemburu.
Kredit foto: Sinar Harian
"Motif kejadian dipercayai cemburu kerana mangsa mempunyai hubungan dengan seorang wanita Indonesia yang juga rakan suspek," kata Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe.
Mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.
Berikutan kejadian, seorang lelaki warga Indonesia yang juga pekebun sayur ditahan bagi membantu siasatan, manakala beberapa lagi suspek yang dipercayai terbabit dengan kejadian dalam buruan polis. - CARI |