CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11831|Reply: 0

Pasangan Kekasih Beza Agama Berpisah Secara Baik – ‘Aku Nikah Tak Akan Jemput Kamu…Sedih Nanti’

[Copy link]
Post time 26-1-2025 11:30 AM | Show all posts |Read mode



Di TikTok viral video pasangan kekasih berbeza agama berpisah secara baik.

Menerusi rakaman video berdurasi 3:18 saat, lelaki yang dikenali sebagai Steven Febrinaldo ini memberitahu dia dan teman wanitanya, Syakilla terpaksa berpisah kerana perbezaan agama.



Meskipun pada awalnya mereka mempunyai perancangan untuk hidup bersama, Steven berkata, semuanya sudah berubah setelah mereka berfikir semula.

"Hello guys, jadi kami memutuskan untuk putus hubungan secara baik. Jadi pesanan daripada kami buat mereka yang menjalin hubungan berbeza agama, jangan dipaksakan."

"Kami awal-awal fikir pasti akan hidup  bersama walaupun tahu ada yang akan menukar agama."

"Setelah dua tahun, pemikiran itu sudah berubah. Kami sepakat nak panggil adik kakak(abang) selepas ini. Supaya tak sedih."

Tambah Steven, dia dan Syakilla berasal dari keluarga yang kuat pegangan agama. Oleh sebab itu, mereka memilih untuk mengutamakan agama.

"Mungkin dengan cara ini, Syakilla lebih dekat sama Tuhannya dan aku boleh lebih dekat dengan Tuhan aku. Kami diberkati dan menjadi orang yang sukses."

Lebih mencuri tumpuan, Steven turut bertanya kepada Syakilla sama ada dia akan diundang ataupun tidak ke majlis perkahwinan seandainya wanita itu mendirikan rumah tangga. Ujar Syakilla, tiada siapa yang akan tahu bila dia akan menikah.

Jelas Steven pula, dia tidak akan menjemput Syakilla kerana menghormati perasaan wanita itu.

Sumber: Steven, Oh Bulan


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.145172 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list