View: 5775|Reply: 14
|
Rakan sekelas cemburu, depan Thalita pura-pura baik
[Copy link]
|
|
Anak kepada pelawak Shuib Sepahtu, Dzahira Thalita Zahra, 12, mengakui tidak kisah dipulaukan teman sekelas yang cemburu dengan populariti dikecapi, ini kerana impiannya ingin mengejar cita-cita menjadi penyanyi.
Anak kedua daripada empat beradik itu berkata, dia mula perasan perubahan sikap sesetengah teman sekelas selepas menjadi perhatian ramai muncul pada acara busking di Bukit Bintang, baru-baru ini.
"Ada tumpang gembira untuk saya, ada juga cemburu. Saya anggap ini cabaran untuk saya.
"Saya pun tak tahu kenapa sesetengah mereka bersikap begitu, ada yang bercakap buruk di belakang, tapi bila berdepan dengan saya, mereka berpura-pura baik. Tapi, saya tahu mereka mengata saya.
"Ada yang 'pulau' saya, tapi tidak kisah. Saya hanya ingin jadi penyanyi," kata Thalita yang ditemui pada majlis sidang media Konsert By Ajai & Mega Friends di ibu negara, baru-baru ini.
Thalita bakal berkongsi pentas dengan penyanyi hebat seperti Dayang Nurfaizah, Hazama, Hafiz Suip, Aina Abdul dan Asmidar pada konsert yang bakal berlangsung pada 10 Mei depan di The Star Theater, Singapura.
Kata Thalita, dia sangat teruja menghiburkan penonton di Singapura kerana kali pertama menjejakkan kaki ke seberang tambak itu.
Bakal mendendangkan dua lagu, Thalita kini sedang mengikuti kelas vokal bersama Cikgu Shafi bagi memantapkan lagi mutu nyanyiannya.
Mengulas apa yang membuatkannya tidak dapat meneruskan persembahan ketika persembahan di Bukit Bintang, Thalita berkata, dia merasa sebak atas pelbagai faktor.
"Saya sangat terharu apabila melihat ribuan orang hadir menyokong saya. Hati menjadi sayu bila tengok orang sanggup datang.
"Dalam masa sama, saya juga teringatkan arwah ibu, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, itu menambahkan kesedihan hingga tak mampu teruskan nyanyian," katanya.
Sumber : - Berita Harian
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 24-1-2025 09:25 AM
Malas nak tengok video dengar suara dia.
Tapi selagi ko tak dapat kalahkan suara bebudak yang pi suka2 nyanyi busking tepi jalan di Bukit Bintang tu, acik pandang sinis saja dengan impian bapak kau. |
|
|
|
|
|
|
|
Adoaiii.. Xhabis2 kisah keluarga diorng ni eh. Done meluat |
|
|
|
|
|
|
|
Anak pun dh terjangkit sama |
|
|
|
|
|
|
|
Jealous? Nak dengki dengan apa? Hutang dengan pekerja pun bapak tak mampu langsaikan. Yakin diri tinggi betul budak ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Cringenya....like daddy like doter ke ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sayawifenikmie at 24-1-2025 07:14 PM
OMG
siapa lah yg punya idea utk promosi / marketkan budak ni cara ni
|
|
|
|
|
|
|
|
sayawifenikmie replied at 24-1-2025 05:41 PM
OMG
siapa lah yg punya idea utk promosi / marketkan budak ni cara ni
agak agaklah
ayah n tok dia lah
|
|
|
|
|
|
|
|
Alahai.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah besar nanti jadik putri balqis 2.0
Bapak pun dah boleh galas bapak bodoh of the year. Ngan bebudak pun ko nak cop buat hal, sama level ngan anak. Mana tahu anak ko berlagak macam ko jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak boleh ke search dulu sebelum buka benang baru???
Kemaruk sangat buka benang sampai berkali2 benang sama dibuka haishhhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
Ayoo kesiannya thalita sbb xda orang yg betul nak guide she with PR skills. Igt lagi arwah sarah masa awal meletop dulu pn kena culture shock n byk statement she kedengaran pedas dan defensive hasil didikan ayah dia yg xbrp semengah tu. Ni plak bila campur plak dgn shuib selaku bapa she yg education level hmmm malaslah nk komen. Patutnya perkara2 dkt sekolah dan rumah jangan sekali2 jaja dkt media. |
|
|
|
|
|
|
| |
|