Cepat! Dapatkan saya cawan."
Tular video doktor dari China yang sanggup 'menyedut' air kencing seorang warga emas demi menyelamatkannya.
Kredit foto: AsiaWire
Menurut Metro.co.uk, insiden 30 minit itu berlaku ketika mereka berada di dalam pesawat China Southern Airlines dari Guangzhou menuju ke New York, Selasa lalu.
Dalam kejadian itu, Zhang menggunakan peralatan kateter untuk mengeluarkan 800 mililiter air kencing penumpang berusia sekitar 70-an.
Lelaki tua itu dikatakan tiba-tiba mengalami simptom `dysuria' iaitu sakit ketika buang air kecil.
Kredit foto: AsiaWire
Dua penumpang iaitu Zhang dan seorang lagi lelaki, Xiao Zhanxiang menghampiri untuk memberi bantuan.
Xiao cuba membantu mangsa dengan menggunakan bahan-bahan terdapat di dalam pesawat, namun usahanya gagal.
Zhang kemudian menggunakan peralatan kateter untuk menyedut keluar urin mangsa dan meludahkannya ke dalam cawan.
Kata Zhang, dia tidak berfikir panjang kerana nalurinya sebagai doktor ketika itu hanya mahu menyelamatkan seseorang.
Tabik spring pada doktor ini kerana sanggup sedut keluar air kencing orang lain untuk menyelamatkannya. - CARI |