Ungkap sahaja BTS, sudah pasti ramai yang mula tidak keruan terutama gadis-gadis remaja di luar sana yang sampai 'meletup ovari' membayangkan wajah-wajah 'oppa' kacak.
Baru-baru ini, seorang peminat menerusi twitternya berkongsi detik indah BTS membuat persembahan di Stadium Zozo Marine, Jepun.
"Baju mesyuarat PIBG," tulis pengguna tersebut sambil retweet foto-foto yang dikongsi peminat kumpulan itu.
Kim Tae-hyung atau V telah mencuri perhatian kerana memakai baju kemeja bercorak batik siap dengan kerongsang ketika membuat persembahan.
Hasil tinjauan penulis di Twitter, rata-rata wargamaya terhibur dengan tweet tersebut.
Macam adun masuk kampung
Baju outing MRSM
Baju pengetua setiap hari
Baju batik hari Khamis
Habislah. Nanti ramai peminat KPOP pakai baju PIBG
Baju YB Papa
Baju abah pergi ambil report card
Biarpun seakan bercorak batik, kemeja daripada jenama OAMC itu berharga USD1,038 (RM4,300)! Mampu ke nak beli untuk dipakai pergi mesyuarat PIBG?
Perkongsian daripada @syihax ini sekali gus mendapat tumpuan wargamaya sehingga boleh meraih 16k retweets dan 15.8k likes (ketika artikel ditulis).
Secara tidak langsung, famous lah baju batik lepas ni, kan? - CARI
|