View: 11923|Reply: 75
|
"Hantar Susu Naik Bas Ekspres.." - Bos Susu Kongsi Kisah Perit Sebelum
[Copy link]
|
|
Pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu, Farm Fresh, yang pernah berdepan kecaman serta ugutan diboikot suatu masa dulu akibat difitnah kononnya ia milik syarikat bukan Melayu kini menjadi penaja utama rancangan hiburan popular Gegar Vaganza musim keenam (GV6).
Bukan senang nak senang
Semakin dikenali menerusi program GV6 2019, selaku penaja utama, Ketua Pegawai Operasi (COO) Farm Fresh, Azmi Zainal atau Bos Susu akan muncul saban minggu untuk slot khas - Astro & Farm Fresh Kongsi Rezeki di mana RM10 000 diberi pada artis terpilih.
Baru-baru ini, Bos Susu mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi kisah perit bermulanya jenama susu segar keluarannya.
Menurut perkongsian tersebut, beliau bermula dengan hanya 60 ekor lembu sebagai permulaan dan membeli susu dari penternak serta menghantar stok ke seluruh negara menggunakan bas ekspres sahaja.
Ibarat Ferrari Merah - Kenderaan utama semasa mula berkecimpung dalam dunia keusahawanan
Tulisnya lagi, beliau turut melakukan jualan ke kedai-kedai runcit ketika mula berkecimpung dalam dunia keusahawanan. Malah, di sebelah petang, beliau akan menjual susunya itu di tapak pasar malam dan pasar tani.
"Kami bermula dengan 60 ekor lembu dan membeli susu dari penternak, kami hantar susu tu naik bas ekspres kerana tiada lori yang nak hairan pun setakat nak hantarkan susu 10 - 20 kotak ke Kuala Lumpur.
"Kami jual di kedai kecil dahulu sebelum masuk ke supermarket. Bila petang brader akan jual sendiri di pasar malam dan pasar tani.
Kesusahan yang dihadapi tidak sedikit pun mematahkan semangat beliau untuk terus berusaha walaupun sering ditertawa dan diperlekehkan oleh orang sekeliling.
"Kami rasa perit dan susah, bukan hanya air mata sahaja yang mengalir. Maruah juga di injak-injak kami tidak pernah kenal erti tewas.
"Kami tahu bagaimana perasaannya menjadi orang susah yang memerlukan. Atas dasar keinsafan dan sedar asal-usul kami, kami tidak pernah lupa dan sentiasa ingat hari-hari kami bermula dulu.
"Sebab itu jugalah kami buat tanggungjawab sosial GV Farm Fresh ini," jelasnya panjang lebar menerusi itu.
Perkongsian Bos Susu itu nampaknya telah mengundang rasa kagum dan hormat wargamaya terhadap jenama susu itu.
Sebagai rekod, Farm Fresh sejak 10 tahun lalu diterajui oleh The Holstein Milk Co Sdn. Bhd dan diasaskan oleh Loi Tuan Ee yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Farm Fresh.
Sehingga hari ini, sebanyak empat buah ladang lembu telah diusahakan mereka bermula di Kota Tinggi dan Desaru, Johor; Muadzam Shah, Pahang dan terkini sebuah ladang moden di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.
Selain susu segar, produk tenusu Farm Fresh juga boleh didapati dalam bentuk minuman yogurt.
Semoga perkongsian ini dapat menaikkan lagi semangat orang ramai untuk terus mengejar impian masing-masing. Siapa yang berusaha, pasti berjaya! - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
semoga boss susu kekal camni..down to earth dan rilex2 je..jgnlah menggeletis mcm founder2 produk timbang kilo tu..btw aku mmg suka susu farm fresh..ini barulah susu segaaarrr |
|
|
|
|
|
|
|
Susu kurma farm fresh ja yang paling sedappp |
|
|
|
|
|
|
|
Kopiiiiii.. Aku suka kopi |
|
|
|
|
|
|
|
Sangatlah okay dia nie berbanding alif syukri & vida yg menggedik tu. Tak oerlu pun gimik murahan sampai overrun. |
|
|
|
|
|
|
|
Bersusah dahulu bersenang kemudian |
|
|
|
|
|
|
|
sis tak faham, jadi farm fresh ni bapa susan ke Loi tu punya? atau hasil kongsi? |
|
|
|
|
|
|
|
Suka sgt farm fresh ni. Iols xsuka kuma tp sedap susu kurma dia. Susu coklat pun sedap gila. Masa preggy byk minum susu ni |
|
|
|
|
|
|
|
rayriff: sis tak faham, jadi farm fresh ni bapa susan ke Loi tu punya? atau hasil kongsi?
Kalau tgk dokumentari derang share n ade sorang lg bdk muda India. Bos susu n tokey cina ni kate, derang berdua sll gaduh2. Tp bisnes tetap jalan. |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 28-11-2019 11:35 AM
Kopiiiiii.. Aku suka kopi
Cafe latte tu ke kak? Yg tu mmg dap gile, sbb xmanis mcm yg dutch lady, even kopi siam yg bnyk jual kat shoppee tu pun xleh lawan |
|
|
|
|
|
|
|
nipskacang replied at 28-11-2019 12:25 PM
Cafe latte tu ke kak? Yg tu mmg dap gile, sbb xmanis mcm yg dutch lady, even kopi siam yg bnyk j ...
Yap.. Kak sarah baru ni beli 4 kotak.. Hahahahahahaha.. Lps tu x tido mlm.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi satu susu lactose free farm fresh... Sedap.. Yum2.. |
|
|
|
|
|
|
|
first time dgr psl farm fresh ni dlm mukbang kat utube..dlm byk2 susu yg mamat tu try susu kurma farm fresh yg paling shedapp |
|
|
|
|
|
|
|
iols mmg dari 2013 minum farm fresh... air yogurt mangga dia plg sodap |
|
|
|
|
|
|
|
Klu bln pose, susu kurma wajib ada lam fridge.. Semoga rezeki encik Azmi makin murah |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tak cakap awal awal. Aku dari dulu boikot sebab sangka majoriti atau sepenuhnya milik cina |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti bos susu ni dah ada bini masa bawak keta kancil tuh. Di harap heshe tak lupa diri dah masuk menaja entertainment show ni ramai retis himpit.
Ko tak jaga hati bini ko tuh, acik bukak tered khas utk mencerca chuols, wacaut bos susu |
|
|
|
|
|
|
|
kan...kalau gv dulu cam riuh sangat ..kali ni sejuk je tengok segmen penaja
|
|
|
|
|
|
|
|
pengasas loi nih..pastu bos susu n india ni masuk sekali... 3 bangsa
|
|
|
|
|
|
|
|
tengok gegarvaganza rilex je pakai tshirt takde nk beria mcm pokok krismas |
|
|
|
|
|
|
| |
|