Pelakon Uqasha Senrose sedikit pun tidak tertekan dengan status bujang ketika usianya sudah menjangkau 27 tahun.
Ketika mStar Online bertanya tentang adiknya Nelydia Senrose, tiada langsung rasa cemburu timbul saat melihat adik kesayangannya bahagia berumah tangga.
Foto: Instagram Uqasha Senrose
Nelydia adalah contoh kepadanya sebelum jodohnya sampai nanti, sungguhpun telah lama memikirkan soal perkahwinan.
Bagi Uqasha, biarlah jodohnya lambat asalkan tidak membuat keputusan salah dalam hidup ini.
Tambahnya lagi, perkahwinan bukanlah perkara yang ringan dan bukanlah kerana orang lain sudah berkahwin, dia juga perlu berkahwin.
Menurutnya, hanya disebabkan usia yang sudah meningkat, tidak perlulah kita mengikut orang untuk berkahwin cepat.
Uqasha pernah menerima kecaman netizen ketika berpelukan dengan adik iparnya, Hafeez hingga mencetuskan kontroversi, namun dia memilih untuk tidak mengulas lanjut keadaan tersebut.
Muda lagi usia Uqasha dan lebih baik fokus pada kerjaya serta usaha memperbaiki diri. Tidak perlu risan berlebihan urusan jodoh. - CARI
|