Penunggang agama tahap dewa. Inilah syaitan bertopengkan manusia. Buat ibadah sambil mencuri.
Hamada Al Ishmel berkongsi video asal satu rakaman kamera litar tertutup di sebuah Surau Dagang Avenue Ampang yang memaparkan kegiatan mencuri dilakukan seorang lelaki.
Dan video itu dikongsi semula pengguna Twitter.
Sebelum melarikan diri dengan mencuri segalas beg kepunyaan seorang pekerja Grab Food, suspek dilihat berpura-pura menunaikan solat bersama jemaah lain.
Menurut sumber, beg galas tersebut mengandungi seluar, telefon bimbit, dompet dan kunci motor milik mangsa.
Wajah suspek yang jelas kelihatan menunjukkan suspek cukup sifat dan mempunyai wajah yang tampan. Sayang sekali!
Rata-rata netizen menyelar perbuatan suspek yang mempunyai cukup sifat tetapi memilih kegiatan mencuri sebagai jalan yang mudah.
Nampaknya zaman sekarang, tak semua lelaki yang rupanya kacak memiliki hati baik. Silap hari bulan jadi penjenayah pula.- CARI |