Di manakah lokasi terakhir pesawat MH370? (gambar hiasan) Kredit foto: Business Insider
Seorang jurutera aeronautikal dari Mesir, Ismail Hammad mendakwa, petunjuk di mana lokasi terakhir pesawat Malaysia Airlines MH370 dipercayai berada terkandung dalam gambar juruterbangnya, Zaharie Ahmad Shah yang mula-mula disiarkan.
Memetik laporan Daily Star pada 15 Disember, Ismail percaya Zaharie meninggalkan petunjuk di mana pesawat itu akan dibawa selepas ia dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014.
Gambar tersebut menunjukkan Zaharie bersama isteri dan dua anaknya yang masih kecil sedang duduk di atas kusyen dengan sarung yang mempunyai corak berwarna biru.
Ismail mendakwa corak pada sarung kusyen ini menggambarkan gugusan pulau. Kredit foto: Daily Star
Ismail mendakwa, corak itu merujuk kepada satu gugusan pulau di mana pesawat berkenaan dibawa.
"Saya rasa dia membocorkan kod rahsia kepada kita yang membayangkan tempat pesawat itu disembunyikan dalam beberapa gambar yang mula-mula disiarkan.
"Corak pada sofa itu menggambarkan gugusan pulau. Seolah-olah dia ingin memberitahu, sesiapa yang ingin mencari pesawat itu, mereka perlu mencarinya di kawasan kepulauan bukannya di lautan," katanya.
Lokasi di mana Ismail mempercayai pesawat MH370 hilang. Kredit foto: Daily Star
Beliau menambah, pesawat MH370 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing menyimpang dari laluan asalnya sebelum mendarat di lapangan terbang kecil di sebuah pulau.
Ismail Hammad. Kredit foto: Daily Star
Bulan lalu, seorang penyiasat persendirian, Ian Wilson mendakwa pesawat MH370 terhempas dalam kawasan hutan di Kemboja.
Dia dan adiknya melakukan pencarian di negara tersebut tahun lalu setelah mendakwa dapat mengesan pesawat MH370 melalui Google Maps.
Semakin lama, semakin mengarut dakwaan yang dibuat oleh pelbagai individu berhubung misteri kehilangan pesawat MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapalnya. - CARI |