View: 1716|Reply: 4
|
Empat Cedera Lepas Tiga Warga Emas Jatuh Eskalator
[Copy link]
|
|
Empat cedera selepas tiga warga emas terjatuh di eskalator di pusat beli-belah Northpoint City, Singapura pada Ahad lalu.
Memetik Berita Harian.Sg, kejadian berlaku apabila tiga warga emas berusia antara 60-an hingga 70-an terjatuh ketika menaiki eskalator di pusat beli-belah berkenaan.
Sejurus kejadian, beberapa orang awam yang berada di lokasi bergegas mematikan eskalator tersebut secara manual.
Foto: BeritaHarian.sg
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata, kejadian menyebabkan empat orang cedera ringan dan kesemuanya dibawa ke hospital Khoo Teck Puat untuk mendapatkan rawatan.
Difahamkan, dua daripada mangsa mengalami kecederaan di kepala.
“Pekerja keselamatan dan kakitangan perkhidmatan di tempat kejadian membantu warga emas itu dan melakukan rawatan bantuan kecemasan terhadap kecederaan yang dialami.
“Kakitangan telah mengatur supaya kumpulan warga emas terbabit menerima rawatan perubatan selanjutnya sebelum membawa mereka ke hospital sejurus selepas itu," kata jurucakap Northpoint City.
Sementara itu, Shin Min Daily News pada Isnin melaporkan eskalator berkenaan mengalami kerosakan menyebabkan beberapa pengunjung hilang keseimbangan ketika menggunakannya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Skang ni kalau naik escalator tinggi2 mmg aku rasa seram sikit |
|
|
|
|
|
|
|
Aku lagi suka guna tangga manual daripada tangga bergerak tu. Macam-macam dalam fikiran aku. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan segala urusan |
|
|
|
|
|
|
|
Escalator kt kl sentral - MRT Muzium Negara tu tinggi. Seram gak nak naik kdg2.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|