CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 16055|Reply: 70

"Kahwin Lagi? Tak Semudah Itu!"- Vanidah Imran Enggan Tutup Pintu Hati

[Copy link]
Post time 3-1-2020 07:05 PM | Show all posts |Read mode



Menerusi paparan oleh Mstar, pelakon jelita dan  berbakat besar Vanidah Imran atau lebih mesra disapa sebagai Vee menyatakan dia tidak pernah menutup pintu hatinya untuk mana-mana lelaki selepas berpisah dengan bekas suaminya yang juga aktor popular, Rashidi Ishak pada 9 Ogos 2018  lalu.



Vanidah Imran  di ASK 2019 Foto: Instagram vanidahimran





Vanidah Imran dan Rashidi Ishak telah mengambil keputusan untuk berpisah secara baik sekaligus mengakhiri rumah tangga mereka yang telah dibina selama 17 tahun atas sebab yang tidak didedahkan.



Vanidah Imran dan Rashidi Ishak bersama dua anak mereka Foto: beautifulnara






Apabila ditanya mengenai pengganti pasangan hidupnya, aktres berusa 47 tahun itu berkata kepada Mstar.



"Nak kata tutup pintu hati tu tidaklah, namun tak pula saya mencari. Banyak faktor yang saya perlu ambil kira sebelum mencari pengganti antaranya kedua-dua anak kami. Mereka terlalu rapat dengan saya malah anak kedua iaitu Mariyam Rashika masih tidur bersama dengan saya."


Vee turut menegaskan pengganti pasangan hidupnya kelak haruslah bijak mengambil hati dua orang anak di bawah jagaannya Mikhail Imran dan Mariyam Rashika serta mampu menjaga mereka sekeluarga.





Menjengah ke Instagram Vanidah imran, rupa-rupanya aktres itu kini giat mempromosi dan menyertai kontinjen Silat Cekak Pusaka Hanafi sehingga mewakili negara ke kejohanan silat di Korea Selatan selain turut aktif melibatkan diri dalam kejohanan marathon. Tidak hairanlah Vee kekal sihat dan dan bertenaga!








  



Walaupun telah berpisah,  Vee dan Shidi   cukup professional sehingga  masih boleh bekerjasama sebagai pelakon dalam filem terbaru mereka bergenre political thriller berjudul Daulat yang akan ditayangkan pertengahan tahun ini.


Foto:koolfm.my






Filem Daulat  arahan pengarah drama bersiri  Jibril, Imran Sheik ini dibintangi oleh Vanidah Imran, Tony Eusoff dan Rashidi Ishak.

Berikut adalah teaser trailer filem Daulat. Nampak mengujakan, bukan?









Dalam filem ini, Vanidah Imran bakal memegang watak sebagai seorang ahli politik bernama Suri, manakala Tony memegang watak bernama Hasan.



  



Menurut Vee, dia dan bekas suami Rashidi menjalani sesi ujibakat seperti pelakon lain sebelum mendapatkan watak yang mereka jayakan dalam filem itu.



  



Selain itu, filem filem Daulat turut dibintangi Cristina Suzanne sebagai Nadiya Hassan,  Jasmine Suraya sebagai Jasmin Cho dan Zul Zamir sebagai Ali Fahim.



Foto:koolfm.my



Foto:koolfm.my



Foto:koolfm.my





Filem yang nampak 'promising' ini pasti menarik untuk ditonton apatah lagi dibarisi para pelakon yang bukan calang-calang. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2020 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga ada jodoh mereka semula...bertaut kembali....
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2020 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm menarik je filem daulat tu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2020 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cinta bertaut kembali cam mona dan razif
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2020 10:43 AM | Show all posts
semoga cinta mereka bertaut kembali.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2020 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
masyaAllah cantiknya Vee
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2020 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by fadz84 at 4-1-2020 11:12 AM

Vee ni former ratu cantik Malaysia kn? Cantik sgt dia ni.. muka lembut je..

Update: I dh check google, vee ni 1st RU Miss Malaysia World tahun 1993.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2020 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Vee ni mmg cantik...klasik je nampk..diakan yg berlakon perempuan melayu terakhir tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2020 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Curlast pelakon2
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2020 11:15 AM | Show all posts
umbut replied at 4-1-2020 10:28 AM
Semoga cinta bertaut kembali cam mona dan razif

Absolutely correction..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2020 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow.. 47 tahun dah , awet muda sheols
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2020 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap ex sheols tak terlibat dengan dadah
Vee tengah buat PhD sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2020 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Setiap episod i tgk kampong pipol terutamanya episod hujung2 yg menyentuh perasaan ni, i asek ckp dgn suami, rashidi nmpk sgt husband material & daddy2 sgt in real life.. tapi mcm mn dia boleh bcerai dgn vee..  i doa semoga mereka kembali bahagia bersama..

#donedoauntukartis
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2020 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Lebih tertarik cerita daulat mcm best.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2020 11:49 AM | Show all posts
wow, bila nak tayang filem daulat ni. teruja nak gi tengok
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2020 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 4-1-2020 11:23 AM
Harap ex sheols tak terlibat dengan dadah
Vee tengah buat PhD sekarang

Bukan phd. Dia buat Masters kat UM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2020 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
annadonna replied at 4-1-2020 11:59 AM
Bukan phd. Dia buat Masters kat UM

Oo haritu baca ig dia macam phd sis
Macam dah lama dia keluar paper cerita buat master
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2020 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap cinta mereka bertaut balik macam hattan & wife... they look good together, dah cerai tgok awkward sorang2.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2020 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tertarik pula nak tgok sbb vee n shidi blakon dlm ni..mmbygkan pula cmnala dorg time blakon sama2 time ni..kot2 tjalin.smula ikatan..Aaminn
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2020 12:28 PM | Show all posts
political thriller? ada macam peaky fokin blinders tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.497744 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list