Edited by trunks at 23-1-2020 01:59 AM
Baru-baru ini, dunia hiburan digegarkan dengan berita pelakon cilik berbakat Puteri Balqis yang dikatakan menghidap penyakit kanser dan keluarganya yang dalam kesusahan.
Kisah mereka ini disiarkan di rancangan Bersamamu, berjaya menarik perhatian rakyat Malaysia tentang apa sebenarnya yang terjadi kepada perlakon berbakat besar ini.
Sumber Gambar: Beautiful Nara
Rentetan daripada berita tersebut, banyak spekulasi yang timbul berkenaan keluarga Puteri Balqis apabila ibunya dituduh menggunakan Puteri Balqis untuk meraih pendapatan. Lebih teruk, ada netizen yang menuduh ibunya mengambil barang terlarang ekoran badannya yang sedikit kurus.
Terbaru, ibu Puteri Balqis iaitu Norashikin Mohd Aziz dilaporkan telah menolak bantuan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) daripada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang diketuai oleh Zed Zaidi.
Sumber Gambar: Selangor Kini
"Saya berterima kasih atas usaha yang cuba dibuat Seniman. Sebenarnya saya berat hati nak terima. Jadi, saya menolaknya. Bagi saya, ramai lagi lebih layak untuk terima"
Menurut Norashikin, penolakan bantuan bukanlah disebabkan kerana dia tidak mahu tinggal di rumah PPR, namun dia beranggapan ada lagi golongan yang lebih layak untuk menerima bantuan ini. Tambahnya lagi, dia masih berkemampuan untuk mencari rezeki dengan mencari kerja lain dan menjual buku.
Sumber Gambar: RotiKaya
Menurut Harian Metro, Norashikin juga dilaporkan telah menolak bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang mahu membayar kos sewa rumah mereka sekeluarga. Alasan yang diberikan juga sama, Norashikin beranggapan dia masih mampu untuk mencari rezeki dengan kudrat yang ada.
Semoga keluarga ini dimurahkan rezeki dan terus bahagia di kemudian hari. - CARI |