Macam sinetron! Laman media sosial di Indonesia kecoh dengan kisah pasangan kembar iaitu Nabila Az-Zahra dan Nadya Elvira yang telah terpisah selama 16 tahun.
Mereka terpisah semasa usia 4 tahun akibat kesempitan hidup dan dijadikan anak angkat oleh keluarga berbeza.
Kredit Foto - Twitter Nabila Az-Zahra
Bagaimanapun, mereka berjaya dipertemukan atas bantuan netizen di media sosial Twitter dan TikTok.
Menerusi video Youtube ini, Nadya berkongsi kisah bagaimana dia boleh mengetahui bahawa dia punyai kembar kepada penonton.
Nabila pasangan kembarnya terkenal dengan video di TikTok dah mempunyai kelompok peminatnya sendiri.
Merasakan muka mereka mirip, Nadya membuat bebenang di laman Twitter yang secara kebetulannya menjadi tular.
Keesokan harinya, Nabila mendapati bahawa saudara kembarnya, Nadya, ada meninggalkan mesej di laman Instagramnya.
Kredit foto - Twitter Nabila Az Zahra
Setelah mendapat DM dari Nadya, Nabila terus membuat keputusan untuk untuk membuat panggilan video dan dia sendiri terkejut melihat wajah Nadia begitu iras dengan dirinya sebelum bertanyakan lebih lanjut mengenai nama, umur, tarikh lahir, ketinggian dan sebagainya.
“Pada mulanya saya terkejut, tidak mungkinlah wajah kami benar-benar serupa? Saya juga berasa seperti tidak percaya kerana saya memang dibesarkan bersendirian, tinggal bersama keluarga yang sederhana, tetapi bahagia,” tulis Nabila menceritakan perasaannya ketika mula mengetahui tentang Nadya.
Kredit Foto - Twitter Nabila Az - Zahra
Kredit Foto - Nabila Az-Zahra
Twitter
'Pertemuan' di ruangan mesej ini seterusnya membawa kepada ke pertemuan sebenar atas usaha pelakon wanita Indonesia, Gritte Agatha yang mempertemukan pasangan kembar tersebut di saluran Youtube miliknya.
Namun begitu, yang paling mengejutkan adalah, Nabila sebenarnya bukanlah hanyalah kembar dua beradik, tetapi tiga beradik!
Twitter
Sehingga kini, Nabila dan Nadya masih lagi berusaha mencari seorang lagi saudara kembarnya yang tidak mustahil boleh ditemui melalui internet juga.
Apa-apapun, tahniah diucapkan kepada kedua orang pasangan kembar ini dan semoga segala usaha untuk mencari saudara kembar yang seterusnya dipermudahkan selalu! - CARI
Post time 22-1-2020 08:42 AMFrom the mobile phone|Show all posts
entah betul twin ke tidak kau nih. bawak sini tepek dna test tengok. takat tanya warna kegemaran lah minuman sejuk es batu lah apoooo memang dia claim sama aje lah dengan kau. dah la bangsa kau tu memang keja nak claim sana sini jahh
dua2 beradik ni dijaga oleh keluarga angkat atau sorang je dgn keluarga angkat? kesian ya yg diberikan kepada keluarga lain tu. walau macam mana pun mesti ada rasa terkilan dalam hati.
begini ceritanya;
mereka di asuh oleh keluarga yang berbeza.
1. Nadya tinggal di Jakarta, mempunyai 3 org kakak dan 1 org abang angkat
2. Nabila tinggal di Makasar, anak tunggal dalam keluarga angkat.
3. menurut cerita, si kembar ni di tawarkan kepada keluarga yang inginkan anak memandangkn ibu kandung mereka tidak mampu utk menyara. -tidak dapat di pastikan mereka mempunyai adik beradik lain. dan juga sama ada ibu dan bapa kandung mereka masih bersama atau sudah berpisah semasa mereka diserahkan.
4. pencarian mereka berjalan singkat.. x sampai seminggu dah berjumpa.
ya.. masih misteri..
Nabila yang tinggal di makasar merupakan yg bungsu. bermakna mereka masih mencari kembar #1.
menurut emak si Nabila tu, masa ambil Nabila tu, hanya tinggal sorang. dan x jumpa ibu kandung mereka.
si Nadya pulak, ibu angkat dapat offer baby dari keluarga di makasar, memandangkan dia tinggal di Jakarta.. juga x pernah jumpa ibu kandung mereka.