Setiap tahun, satu Malaysia akan dipenuhi dengan hiasan bertemakan warna merah menjelangnya perayaan Tahun Baharu Cina.
Menariknya, orang Cina ada banyak kepercayaan mengenai pantang larang yang perlu diamalkan untuk mendapatkan lebih tuah.
Berikut merupakan antara kepercayaan mengenai sambutan Tahun Baru Cina menurut Asia One.
1. Elak 'hitam & putih'
Kredit foto: Wikipedia
Kalau perasan, Tahun Baru Cina atau Chinese New Year (CNY) akan disambut dengan meriah mengikut tema warna terang-terang.
Menurut kepercayaan tradisional masyarakat mereka, memakai warna hitam dan putih sering dikaitkan dengan perkabungan.
2. Tak boleh menyapu!
Kredit foto: Quora
Katanya, orang Cina dilarang daripada membuat kerja-kerja menyapu sehinggalah pada hari kelima perayaan.
Jadi, bagi anda yang menyambut perayaan ini siapkan segala kerja rumah sebelum CNY termasuk membuang sampah.
Ini kerana membuang sampah pada hari perayaan Cina umpama menepis kekayaan daripada menghampiri!
3. Tak boleh cuci atau potong rambut
Kredit foto: Cosmopolitan
'Kepala' dikaitkan dengan 'permulaan' dalam bahasa Cina.
Mereka percaya dengan tidak mencuci atau menggunting rambut pada dua hari pertama raya Cina akan membawa tuah.
4. Biar semua pintu dan tingkap terbuka
Kredit foto: courtingmadness
Kalau rumah tertutup rapat, macam mana tuah, kekayaan dan kemakmuran nak jumpa jalan masuk?
5. Tidak boleh kunjung-mengunjung
Kredit foto: www.robertharding.com
Mengikut kepercayaan mereka, hari ketiga CNY dianggap malang.
Kebiasaannya mereka tidak akan keluar rumah untuk kunjung-mengunjung kerana khuatir mudah berlaku pertengkaran dan persengketaan selain takut ditimpa sial.
6. Tak boleh basuh baju
Kredit foto: Reader's Digest
Selain rambut, pakaian juga tidak boleh dibasuh pada hari pertama dan kedua raya kerana ia dianggap permulaan yang tidak baik.
Ia juga dianggap menyinggung perasaan Dewa Air (Shuishen) mereka kerana dua hari pertama CNY merupakan ulang tahun kelahirannya.
7. Jangan menangis!
Kredit foto: Giphy
Menangis katanya boleh bawa nasib malang, katanya.
8. Sediakan makanan yang boleh memeriahkan suasana untuk lebih tuah
Kredit foto: 6abc.com
Antara hidangan melambangkan kerahmatan;
- Epal: ketenangan, kebijaksanaan
- Aprikot: emas, kekayaan
- Dumpling: kekayaan melimpah-ruah
- Telur: kesuburan
- Ikan: kemakmuran sepanjang tahun
- Anggur: kekayaan, kesuburan
- Laici: mengeratkan hubungan kekeluargaan
- Oren: kekayaan, tuah, emas
- Pic: kehidupan sihat berpanjangan
- Nanas dan tat nanas: tuah, kekayaan
- Khinzir: kekuatan, kekayaan, kemakmuran
9. Simpan limau di dapur
Kredit foto: Must Share News
9 limau disimpan sama ada di dapur atau ruang tamu akan membawa tuah dan kemakmuran.
Ia juga dikatakan akan menghalau hantu!
10. Ang Pow
Kredit foto: Shutterstock
Orang Cina tak boleh bagi ang pow dalam nombor ganjil kerana ia akan bawa nasib malang.
11. Tak boleh masak bubur
Kredit foto: Pressure Cook Recipes
'Bubur untuk orang miskin'. Sebab itu mereka tidak akan makan bubur 'di pagi raya'.
Lepas ni, kalau nampak kawan-kawan Cina buat perkara di atas, adalah sebabnya. Hormati kepercayaan masing-masing, okey! - CARI |