Edited by JapaneseMY at 10-3-2020 11:46 AM
SEBARANG cadangan untuk menjadikan masyarakat negara kita sebagai sebuah masyarakat tanpa tunai atau lebih dikenali dalam bahasa Inggeris “Cashless Society” tidak akan menyelesaikan sepenuhnya masalah jenayah yang melibatkan pengunaan wang seperti pengubahan wang haram, penyelewengan, rasuah dan lain-lain kerana penjenayah akan terus mencari jalan untuk melakukan kegiatan jenayah mereka. Malah dengan dengan adanya masyarakat tanpa tunai ini, masalah jenayah baru dipercayai akan mula timbul serta membawa masalah baru kepada masyarakat kita.
Penggunaan telefon pintar yang semakin meluas pada masa kini telah banyak mengubah gaya kehidupan seharian masyarakat kita. Peranti canggih tersebut telah mula mempengaruhi cara kehidupan seharian kita pada masa ini dan perubahan ini termasuklah perubahan terhadap cara kita berkomunikasi, menerima dan menyebarkan maklumat, berhibur, melakukan kerja serta cara kita membelanjakan wang. Perubahan ini bukan sahaja melanda masyarakat kita, hampir semua masyarakat dunia mula mengunakan serta bergantung penuh pada aplikasi moden ini. Terdapat juga segelintir negara khususnya di benua Eropah yang kini sedang berjinak-jinak untuk kurang bergantung pada pengunaan mata wang tunai seperti wang kertas dan syiling yang telah digunakan sebagai matawang semenjak beratus tahun lamanya dan beralih kepada satu sistem baru yang lebih canggih tanpa memerlukan transaksi wang tunai. Terdapat banyak kelebihan dan kekurangan dalam menjadikan masyarakat tanpa tunai.
Kewujudan dan penggunaan wang tunai dilihat mempunyai kos pengurusan yang tinggi. Sebagai contoh, Ia perlu dikira dan disimpan oleh peniaga dan selepas itu perlu dipindahkan ke dalam akaun bank. Ia juga terdedah kepada beberapa risiko seperti kecurian, rompakan, salahguna, penyelewengan serta rasuah. Penggunaan konsep “cashless” iaitu transaksi tanpa melibatkan wang tunai pula menjadikan operasi perniagaan lebih mudah diurus di samping menjimatkan masa dan kos serta dipercayai selamat untuk dikendalikan. Oleh sebab itu, transaksi secara kad debit, perbankan mudah alih menggunakan telefon pintar, perkhidmatan seperti Touch ‘n Go dan seumpamanya menjadi keutamaan ramai pihak pada masa kini.
pendapatan pasif dan lumayan
|