Kredit foto: Alaf 21
Ulam sememangnya mempunyai banyak khasiat dan mengandungi galian seperti mineral dan vitamin utama iaitu kalsium, fosforus, zat besi, natrium serta kalium.
Malah, ulam boleh dimakan begitu sahaja, tidak perlu dimasak melainkan dicelur atau direbus sebentar.
Kredit foto: Instagram Sharifah Sakinah
Sharifah Sakinah berkongsi ulam petai yang dipercayai mampu mengelakkan masalah kemurungan dan juga stres. Tak sangka artis muda dan moden macam Sakinah makan petai juga ya.
"Keputusan kaji selidik di kalangan orang yang mengalami kemurungan, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan petai.
"Ini kerana petai mengandungi tryptophan, sejenis protein yang badan bertukar kepada serotonin, yang yang dapat menjadikan orang lebih relaks, gembira dan menjadi emosi lebih stabil. (Sumber gugel)," tulisnya di Instagram.
Berdasarkan kajian Health Benefit Times, petai mengandungi pelbagai khasiat termasuklah membantu perokok untuk berhenti merokok.
Ia memang berbau, tapi bagus untuk kesihatan. Siapa yang stres tu bolehlah cuba makan petai.
Tapi, jangan lupa jaga kebersihan mulut selepas makan petai pula. Takut orang lain pula stres dengan anda! - CARI
|