CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Knowlee

[Tempatan] Jom start kempen DUDUK DI RUMAH

  [Copy link]
 Author| Post time 19-3-2020 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 18-3-2020 11:23 PM
Betul juga. Bagi gambar sekali baru tertarik nak baca.

Hahahaha... Sesuai sgt tu... PM tadi pun dah nampak mcm nak bebel teruk dah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2020 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Knowlee replied at 18-3-2020 11:17 PM
Order online, cuma sekarang ni ramai jgk yg order online. I siang tadi order FoodPanda, 3 jam sete ...

Lamanya sampai 3 jam..pasti sbb ramai sgt yg oder kot..uols kat area mana ya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2020 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
haiku replied at 18-3-2020 11:27 PM
Aku dah join kempen ni sejak siang tadi.
Pagi start di Twitter.
Ptg & malam di IG.

Takpe, kita kempen berterusan. Spread the words.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2020 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
ellez replied at 19-3-2020 12:08 AM
Lamanya sampai 3 jam..pasti sbb ramai sgt yg oder kot..uols kat area mana ya?

Area Setia Alam, Selangor. 2 kali order restoran cancel. Diorg mmg tak menang tangan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2020 01:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Haku kat kg, ari jumaat mlm ritu balik cnie sempena cuti sekolah..n tinggal la laki Haku sorg2 kat umah sendiri... Haku bajet seminggu je duk kg time cuti sekolah nie, tp lockdown nyer pasal Kene la sampai hujung bulan... Kat kg mcm2 xtvt bleh buat lbh2 lg ank2 Haku la ikut atok n nenek g kebun belakang umah... Tp Haku je malas nak lama2 sbb Ade adik bujang 3 org nie mlm2 x tido sibuk layan Netflix Ngan game, da la haku anak beranak tido kat ruang tamu, memekak je...huhu... Haku rindu rumah, ank2 rindu ayah eh.. rasa mcm nak engkar je balik umah sendiri minggu nie
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2020 08:06 AM | Show all posts




#ActAsIfWeAlreadyHaveIt
#SocialDistancingIsLife-changing
#FlatTheCurve

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2020 08:15 AM | Show all posts
Your grandparents were asked to go to war.
You are being asked to sit on the couch.
Think about it carefully and act accordingly.
COVID-19
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2020 09:21 AM | Show all posts
barisan hadapan negara (KKM) semakin lumpuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2020 09:22 AM | Show all posts
bantulah barisan hadapan kita
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2020 09:22 AM | Show all posts
hentikan covid-19
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2020 09:23 AM | Show all posts
PROPER self-quarantine

hahahahaa...sekian sumbangan idea
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2020 10:25 AM | Show all posts
tak yah kempenkan aku
  

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2020 10:31 AM | Show all posts
MALAM INI MALAM JUMAAT...SILA DUDUK DIAM DIRUMAH...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2020 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
acikhan replied at 19-3-2020 01:47 AM
Haku kat kg, ari jumaat mlm ritu balik cnie sempena cuti sekolah..n tinggal la laki Haku sorg2 kat u ...

Jangan. Bersabar. 2 minggu je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2020 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 19-3-2020 10:31 AM
MALAM INI MALAM JUMAAT...SILA DUDUK DIAM DIRUMAH...

Cukup 36 minggu, banyak baby baru...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2020 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
aku tak yakin 31mac ni last tempoh kawalan pergerakan sbbb terlalu ramai yg masih degil dan benak kehulu kehilir. aku kalau contohnya amik kucing stray 2 beranak dan dikuarantin skali, kalau seekor tu mati dlm 14 hari, yg sekor lagi aku restart balik 14 hari kuarantin sbb boleh jd hari ke 14 tu dia pulak jangkit dari yg mati. bayangkan je la manusia ni merata2 close contact dgn orang lain, dlm 18-31 mac kita bukan sedar hari apa terjangkit kalau masih berkeliaran. contohnya kalau A keluar 26hb pastu terjangkit, incubation period utk A patutnya 27 mac - 9 april. tapi A yg tak sedar dah terjangkit mungkin tak tunjuk symptom ada keluar lagi 2 april, B pulak terjangkit dari A. incubation utk B jadi 3 - 16 april  kalau ada lagi C-Z, dan belum kira lagi kalau A dan B tu tinggal dgn family members yg sama degil. mmg takkan putus rantaian ni kalau ada 5-6 ekor je pon yg bengap, masalahnya yg degil beribu. real start 14 hari tu hanya bila kita betul2 tak jumpa org lain, tak keluar rumah langsung. lepas habis tempoh pn, kalau kita ok hanya bermakna kita belum dijangkiti bukan kebal. kita tak pasti jugak yg kat luar tu brp ramai je yg betul2 kuarantin dlm rumah ada je yg buat dek jadi sebaiknya berkurung selagi korang ada sumber keperluan. sbb tu aku rasa PM patut announce total lockdown daripada merayu minta tolong manusia tak tentu perangai ni. kena ada anggota yg berkawal jgn bagi seorang pn terlepas dari rumah dlm tempoh lockdown. Mufti keluarkan fatwa, YDPA keluar titah mungkin lebih ramai yg akan patuh sbb ada sesetengah tu jenis beriman dgn manusia tertentu je. ramai sangat tak faham pentingnya utk ikut perintah yg short term demi keselamatan long term. aku rasa mesti ada yg bodoh jugak akan ingat 1 april = hari kebebasan sepenuhnya dari covid-19. kita ada contoh italy tapi kenapa kita nak tggu benda jadi sejarah dulu baru menyesal nak ubah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-3-2020 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 19-3-2020 11:27 AM
aku tak yakin 31mac ni last tempoh kawalan pergerakan sbbb terlalu ramai yg masih degil dan benak ke ...

Betul. Ni sekarang havoc kes tabligh, jgn lupa ada perhimpunan kat Teluk Bahang 8 mac hari tu. Sekarang ni dlm incubation period. Soon the virus will emerge.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2020 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
HannahMontana replied at 18-3-2020 11:03 PM
Tadi aku buat donut dengan sepupu aku.

Aku kata ke dia ,kalaulah hari-hari terkurung sebegini.... ...

Sedapnya donut. Rajin HM
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2020 12:04 PM | Show all posts
kpd yang x reti2 dok diam kat umah sila baca ni


*6 Fasa Covid-19 Yang Rakyat Italy Dah Lalui. Malaysia Di Fasa 3 Sekarang*

*Baca sampai habis* sebab anda akan faham apa yang rakyat Itali telah lalui dan apa yang rakyat Malaysia bakal lalui jika situasi tidak berubah.

*Itali adalah contoh terdekat* yang kita boleh ambil sebagai panduan untuk persediaan menghadapi Covid-19. Apa yang mereka telah lalu, sedang kita lalu dan bakal kita lalui.

Sejujurnya, hingga kini *Italy masih belum berjaya mengawal Virus ini.* Dalam tempoh 24 jam, mereka mencatatkan *3500 kes Covid-19 yang baru.* Jumlah semasa di negara mereka 31,506 kes.

Dari segi progress, *kita hanya 2 minggu di belakang mereka.*

Seikhlas hati saya nak cakap, masih ramai rakyat Malaysia yang ambil mudah, tak kisah, tak takut dengan gejala Covid-19 ini.

Hari ini, hari pertama *Kawalan Pergerakan* yang diarahkan oleh kerajaan, masih ada kedai makan yang buka pagi ini dan orang makan di dalamnya secara berkumpulan.

Hari ini, di KL kebanyakkan taman taman dah di tutup oleh pihak DBKL.  Tapi, uncle uncle dan auntie auntie di KL berpusu pusu ke Bukit Kiara untuk ‘bersenam’ dan aerobic di sana.

Di banyak tempat, banyak geng muda hari ni yang ‘berbasikal’ untuk pusing pusing. Exercise katanya.

Hari ini juga, ramai orang muda dari Kuala Lumpur yang merupakan bandar yang mencatatkan bilangan pesakit tertinggi di Malaysia telah sampai di kampung halaman masing masing. Mereka menggunakan kesempatan cuti sekolah dan cuti tempat kerja untuk ‘bercuti’ di kampung dengan ibu bapa tersayang.

Walaupun hakikatnya, kerajaan sudah memerintahkan Kawalan Pergerakan. *Saya rasa RAKYAT MALAYSIA TAK SEDAR DAN TAK FAHAM apa yang dimaksudkan.*

Kita hanya akan sedar betapa serius masalah ini bila kita baca artikel ini atau bila kita melalui sendiri.

Di Italy, seorang rakyat Italy telah berkongsi situasi yang dilalui oleh mereka menghadapi Covid-19. Jaso Yonowitz telah menulis 6 Fasa Covid-19 Yang Dilalui Rakyat Italy.

Penulisan beliau di Twitter mendapat jumlah Re-tweet yang sangat tinggi.

Saya tulis balik 6 Fasa yang dilalui oleh mereka dan sesuaikan dengan situasi di Malaysia yang sedang kita lalui.

*Fasa 1*

1. Ramai orang mula tahu dan dengar mengenai penyakit berjangkit Covid-19 di Wuhan China. Tapi sebab ia berlaku di luar negara, ramai tak ambil port sebab merasakan ia tidak penting.

2. Tiba tiba, ‘kes pertama Covid-19’ sampai ke negara. Ini adalah permulaan kepada sebuah penderitaan yang berpanjangan.

3. Di Malaysia kes pertama dikesan pada 25 Januari 2020.

4. Pada waktu ini, pihak berkuasa mengatakan keadaan masih terkawal dan rakyat diminta untuk tidak panik.

5. Di luar negara, terutama di China, jumlah peningkatan tersangat banyak dan mengejutkan. Ia seperti tidak dapat dikawal.

6.Tapi di negara kita, bilangan kes semakin bertambah. Kebanyakkan kes datang dari luar negara iaitu China.

7.Atas sebab ekonomi, pihak kerajaan pada waktu itu masih tidak mahu menutup pelancong yang datang dari China.

8.Ia situasi yang sama dihadapi oleh Italy pada peringkat awal. Kita dah lalui fasa ini.

*Fasa 2*

1. Jumlah pesakit semakin meningkat. Makin ramai pelancong yang datang ke negara telah pun mendapat jangkitan Covid-19 dari negara asal. Cuma kesan dirasai ketika melancong.

2. Ada juga rakyat Malaysia yang ke luar negara dan terkena jangkitan di luar negara membawa balik virus itu ke Malaysia tanpa sedar.


4. Disebabkan Covid-19 penyakit berjangkit, pihak kerajaan mula menjejaki mereka yang pernah ada ‘contact’ dengan pesakit yang sudah disahkan. Mereka yang ada ‘contact’ diminta untuk membuat pemeriksaan.

5. Dalam masa yang sangat cepat, penyakit mula berjangkit kepada rakyat tempatan.

6. Waktu ini, pihak berkuasa mula mengarahkan Self Quarantine terhadap mereka yang close contact dengan pesakit.

7. Syarikat yang staf mereka didapati positif mula ‘menutup’ bangunan dan meminta staf bekerja dari rumah untuk kerja kerja pembersihan.

8. Makin ramai pelancong dari China yang datang ke negara disahkan positif. Kerajaan terpaksa buat keputusan untuk ‘tidak menerima kapal terbang dari Wuhan dan bandar yang terjejas teruk dengan Covid-19 dari China.” Atas dasar ekonomi, pelancong dari tempat lain di China masih boleh datang ke Malaysia.

9. Waktu ini, peringatan demi peringatan diberikan kepada rakyat Malaysia.

10. Tapi, hidup berjalan seperti biasa. Meeting berjalan seperti biasa. Kedai semua di buka seperti biasa. Kerja seperti biasa.

11. Namun, bilangan pesakit semakin bertambah.

12. Fasa ini lebih kurang sama yang dilakukan oleh kerajaan Itali dan kerajaan Malaysia. Fasa ini juga telah kita lalui.

*Fasa 3*

1. Tiba tiba jumlah peningkatan pesakit meningkat mendadak. Kes sudah berjangkit dikalangan penduduk tempatan. Malaysia sekarang berada di Fasa Ketiga ini.

2. Hospital semakin dipenuhi dengan pesakit dan juga mereka yang dikuarantin. Pemeriksaan Covid-19 terpaksa di lakukan ke atas ribuan suspek.

3. Pihak pegawai kesihatan mula keletihan kerana terpaksa bekerja lebih masa dan merawat pesakit dengan pakaian keselamatan yang kurang selesa.

4. Negara mula mencatatkan kematian atas kes terdahulu.

5. Di Italy, Covid 19 hanya serius di 1/4 dari keseluruhan bandar bandar utama sahaja. Untuk itu, pada peringkat awal kerajaan menyisytiharkan penutupan sekolah, komuniti dan tempat kerja di 4 bandar utama ini.

6. Waktu ini, restoran, kerja kerja penting masih dibuka seperti biasa.

7. Sewaktu pengisytiharan KAWALAN PERGERAKAN di bandar bandar ini, hampir 10,000 rakyat Italy di Kawasan yang dijangkiti penyakit ini telah ‘pulang’ ke kampung halaman untuk bertemu dengan keluarga mereka di bandar bandar yang kurang dijangkiti penyakit.

8. Ini kesilapan besar yang dilakukan oleh rakyat Itali. Mereka telah keluar dari tempat wabak dan menjadi punca untuk tersebar penyakit di tempat lain.

9. Arahan pihak kerajaan untuk kekal di rumah masing masing diabaikan. Sebaliknya mereka ‘balik’ kampung dan ‘lari’ dari tempat wabak.

10. Ketika ini, di media social, di televisyen, di whatsapp, ramai orang berkongsi mengenai Covid-19 ini. Semua orang baca, tapi tak ramai yang ambil serius.

11. Situasi di Italy, sama seperti yang berlaku di Malaysia. Kerajaan melalui MKN memutuskan untuk Kawalan Pergerakan bermula 18 March – 31 March 2020. Tempoh kawalan selama 14 hari. Matlamat kerajaan adalah untuk memastikan orang ramai kekal di dalam rumah dan mengurangkan aktitivi berkumpul dan berjumpa dengan orang lain. Semua masjd dan surau serta rumah ibadah ditutup sepanjang tempoh ini.

12. Namun, apa yang berlaku malam tadi amat menyakitkan. Kita mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh Itali. Kesilapan terbesar mereka kita lakukan.

13. Malam tadi, ramai penduduk di Kuala Lumpur pulang ke kampung halaman masing masing untuk ‘bercuti’ dengan keluarga di kampung. Anda boleh tengok, di lebuh raya menuju ke Kelantan di Gombak, plaza tol sesak teruk. Di TBS para pelajar berpusu pusu balik ke kampung setelah mendapat arahan dari pihak atasan untuk mengosongkan asrama. Di KL Sentral keretapi ke semua arah penuh. Di lebuh raya utara selatan malam tadi jammm. Belum dikira di balai polis malam tadi penuh disebabkan rakyat nak mohon untuk travel keluar daerah.

14. Tanpa kita sedar, mereka yang tinggal di Kuala Lumpur yang mempunyai rekod pesakit yang tinggi di sana telah balik ke kampung halaman masing masing di seluruh negara.

15. Bayangkan, betapa tinggi risiko sedang dihadapi oleh ibu bapa dan sedara mara di kampung yang masih sihat.

16. Malaysia sekarang berada di fasa ini. Lebih kurang 2 minggu lepas, Itali berada di fasa ini.

*Fasa 4*

1. Di Itali, pada fasa ini. Peningkatan kes baru meningkat ribuan kes setiap hari. Keadaan semakin tidak terkawal.

2. Semua sekolah dan university di seluruh Itali diperintah tutup.

3. Di hospital, bilangan doctor dan nurse tidak mencukupi. Mereka terpaksa memanggil doctor doctor yang telah pencen untuk membantu. Tidak kurang, mereka memanggil pelajar jurusan perubatan dan nursing di tahun akhir untuk membantu di lapangan.

4. Mereka bekerja tanpa mengira shift. Ada yang bekerja lebih dari 24 jam kerana kekurangan kaki tangan dan bilangan pesakit yang bertambah.

5. Ada diantara mereka yang memakai pampers di dalam pakaian mereka. Mereka tiada masa untuk ke tandas sebab setiap kali dibuka pakaian keselamatan itu, merekta terdedah dengan virus ke badan mereka.

6. Itali sudah sampai ke fasa ini.

*Fasa 5*

1. Ingat 10,000 rakyat Itali yang ‘melarikan’ diri ke kampung halaman masing masing untuk bercuti dengan keluarga. Nak jumpa ibu bapa mereka.

2. Kesan mula terasa. Seperti ada satu gelombang yang besar. Selepas 10 hari mereka sampai di kampung halaman, virus Covid 19 tersebar secara meluas di seluruh Italy. Ibu bapa mereka mula dijangkiti virus ini. Contact contact yang mereka buat di kampung juga turut terlibat. Rakan rakan yang mereka jumpa di kampung mula sakit.

3. Kes meningkat lagi sekali secara mendadak.

4. Sudah ada doctor dan nurse yang terjangkit dengan virus ini.

5. Hospital sudah penuh. Mereka terpaksa merawat pesakit di Gudang, di stor, di khemah.

6. Bilangan pesakit yang kronik terutama dari kalangan warga emas mula mengalami masalah pneumonia. Mereka perlukan bantuan pernafasan. Tapi bilangan tangki oksigen tidak mencukupi. Doktor terpaksa memilih, siapa yang perlu diselamatkan dan siapa yang akan mati. Keutamaan diberi kepada mereka yang mempunyai peluang rawatan yang tinggi untuk baik. Mereka yang sakit teruk, terpaksa dibiarkan mati.

7. Para doctor dan nurse yang keletihan mula buat video memohon rakyat untuk betul betul lockdown di rumah.

8. Di Malaysia, jikalau yang balik kampung malam tadi mula menjadi penyebar Covid-19, kesan akan mula dirasai pada 1 April nanti.

9. Pada fasa ini, masalah di Itali masih belum selesai.

*Fasa 6*

1. Peningkatan kes baru di seluruh negara meningkat mendadak. 3 hari terakhir, jumlah kes baru melebihi 3000 kes setiap hari.

2. Akhirnya,  12 March lepas, 6 hari lalu kerajaan Italy mengarahkan TOTAL LOCKDOWN DI SELURUH NEGARA.

3. Mana mana individu yang keluar rumah perlu ada Certificate untuk keluar dengan tujuan yang strict.

4. Siapa yang didapati salah, keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh di denda 206 EURO.

5. Hanya dibenarkan keluar untuk beli makanan atau ke ke hospital sahaja.

6. Selepas perintah berkurang ni dimulakan 6 hari yang lalu, kini baru Total Isolation Berjaya dilakukan di seluruh Italy. Mereka yang sakit tidak akan menyebarkan penyakit ke luar. Tapi, kesan penurunan hanya akan dapat di lihat selepa 14 hari.

7. Sebab itu, sekarang new cas setiap hari adalah 3000. Ia kesan daripada SIKAP RAKYAT ITALI terdahulu yang tak serious mengikuti peraturan yang kerajaan sediakan.

8. Jika di lihat di China, new case setiap hari dah turun secara mendadak. Ini disebabkan kerajaan China sudah mengeluarkan perintah LOCKDOWN secara tegas

Belajarlah dari kesilapan rakyat Itali.

Buat rakyat Malaysia yang sudah pun pulang ke kampung halaman, jangan seronok sangat. Jangan ingat anda bebas dari Covid-19.

Semoga kita bukan penyebab kematian ibu bapa kita sebagai penyebar Covid-19 kepada mereka.

Jika dah balik ke kampung, elak lah bertemu dengan rakan rakan, jiran jiran. Lock down lah di rumah masing masing.

Jaga anak anak, elakkan anak anak dari berjalan merata rata.

Berdoalah sama sama, solat hajat, solat taubat, minta Allah mudahkan urusan kita.

Satu jer saya nak pesan, _"Elak terkena jangkita Corona Virus ni sekarang. Sebab kalau kita kena sekarang, lagi 14 hari baru nak rasa kesannya. Waktu tu, Hospital dah penuh. Tak ada tempat dah untuk kita. So, berhati hatilah...."_

*Mohon SHARE.* Biar Ramai Orang Faham Apa Yang Bakal Terjadi Kalau Kita Tidak Berubah
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2020 12:20 PM | Show all posts
Edited by tripleid at 19-3-2020 12:22 PM

Salam sayang dari staff2 klinik ortopedik HKL




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.085020 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list