![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202004/14/133156e6ppgkgz6p9i7m6a.png) Kelibat tangan bersarung putih tanpa badan menyebabkan gambar ini kelihatan aneh. Kredit foto: Facebook
Gambar yang dikongsikan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman dalam Facebook bagi mempromosi video beliau memasak asam pedas Muar baru-baru ini mencetuskan tanda tanya.
Kelibat tangan bersarung putih yang memegang sudu di sebelah siku kanan bekas Menteri Belia dan Sukan itu kelihatan agak ganjil.
Beberapa netizen bertanya kepada Syed Saddiq tentang pemilik tangan itu kerana tidak kelihatan sesiapa pun yang berdiri di sebelah beliau.
Persoalan itu akhirnya terjawab setelah menonton video yang disiarkan dalam laman Facebook peribadi Syed Saddiq.
Rupa-rupanya Syed Saddiq tidak bersendirian ketika memasak asam pedas Muar untuk sukarelawan yang membantunya menyampaikan sumbangan kepada orang ramai yang terjejas akibat COVID-19.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202004/14/133423n6071exj41ij4y72.png) Syed Saddiq bersama lelaki yang membantunya memasak asam pedas Muar. Kredit foto: Facebook
Beliau dibantu oleh seorang lelaki yang memberi panduan memasak asap pedas Muar ketika video dirakam.
Cuma tubuh lelaki berkenaan terlindung oleh Syed Saddiq ketika gambar tersebut diambil sehingga menyebabkan seolah-olah ada tangan bersarung tanpa badan.
Bagaimana pula reaksi netizen terhadap video yang memaparkan kemahiran Syed Saddiq memasak?
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202004/14/133554jtyc2stqcv7savsy.png) Kredit foto: Facebook
Tidak pasti pula sama ada gambar yang aneh itu memang sengaja dipilih untuk disiarkan atau hanya satu kebetulan. - CARI |