View: 10644|Reply: 125
|
[Tempatan]
COVID-19: Pelajar balik kampung mulai 27 Apr. Waktu 9 pagi-9 malam. Zon hijau sh
[Copy link]
|
|
Edited by R2D2 at 24-4-2020 03:10 PM
COVID-19: Kerajaan timbang benarkan pelajar universiti pulang
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedia menimbang bagi membenarkan kira-kira 100,000 pelajar universiti di seluruh negara yang sedang kuarantin di kampus untuk pulang ke rumah masing-masing.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kebenaran itu bagaimanapun tertakluk kepada nasihat Kementerian Kesihatan dan prosedur operasi standard (SOP) perjalanan pulang yang ketat.
“Kita tidak mahu 100,000 pelajar ini pulang serentak. Kita mungkin memastikan pelajar perlu mendapatkan saringan kesihatan sebelum pulang ke kampung.
“Itu perkara yang kita lihat dan minta supaya rundingan diadakan di antara Kementeran Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Kesihatan supaya dapat lihat bagaimana nak bantu pelajar pulang ke rumah masing-masing,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bagi jer la balik, tapi kena letakkan syarat test dulu. Lagi pun, semua duduk asrama (sama la macam kuarantin), dah lebih 4 minggu kot. Kalau positif, bisanya dah ada symptom walaupun minor.
Setiap universiti kena arrange transport ke setiap negeri masing-masing. Yg ni senang jer, sebab persatuan anak negeri setiap universiti biasa buat masa cuti raya. |
|
|
|
|
|
|
|
Pasni ada request dari suami isteri terpisah nak pulang gak..camni takyah la PKP..kensel senang cite |
|
|
|
|
|
|
|
some how i kinda agree with this
|
|
|
|
|
|
|
|
nuno replied at 21-4-2020 03:49 PM
Pasni ada request dari suami isteri terpisah nak pulang gak..camni takyah la PKP..kensel senang cite
tu yg laki bini terpisah, yg anak2 dah berkeluarga pulak mintak balik raya nanti. tunggu je la |
|
|
|
|
|
|
|
COVID-19: MKN, KKM, KPT tentukan SOP pelajar balik kampung
KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) untuk menguruskan perjalanan pulang pelajar universiti ke rumah masing-masing.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata antara SOP yang diambil kira ialah tempoh yang perlu diambil untuk melakukan proses saringan kesihatan terhadap kira-kira 100,000 pelajar universiti terbabit dan bagaimana mengelak pergerakan secara massa.
“Kita akan menyediakan SOP, tetapi bila akan dibenarkan pulang, mungkin belum ditetapkan lagi sebab jika mereka perlu membuat saringan, jumlah pelajar kira-kira 100,000 tentu jangka masa yang lama untuk dilakukan.
“Berdasarkan faktor itu, barulah boleh ditentukan nanti bila tarikh untuk dibenarkan pulang. Kalau dibenarkan pulang nanti MKN, KKM dan KPT akan mengeluarkan SOP penghantaran pulang.
“Yang penting, kita tidak mahu banyak pergerakan kerana tidak mahu pergerakan besar-besaran berlaku. Bayangkan jika balik serentak, bas berbondong-bondong balik dan singgah di hentian rehat dan rawat (R&R), akan berlaku pertembungan yang besar, kita nak cuba elak perkara ini,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lebih baik mansuhkan Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji tahun ini daripada membenarkan pelajar U balik kampung |
|
|
|
|
|
|
|
kekekek replied at 21-4-2020 03:45 PM
Bagi jer la balik, tapi kena letakkan syarat test dulu. Lagi pun, semua duduk asrama (sama la macam ...
Iols setuju dengan pendapat uols. Kesian jgk pelajar2 ni sbnrnya. Lgpun diorg dh terkurung lebih sebulan. Kalau ada covid mesti dh nampak simptom |
|
|
|
|
|
|
|
Ya, dah sebulan terkurung..okay je balik.. tapi mesti ada segelintir yg taknak blk..sbb bilik kat dorm lagi selesa dari rumah sendiri.. |
|
|
|
|
|
|
|
Elok la balik....buat masa skrg mmg perlu bersama keluarga. Tp uni di kl/selangor elokla saring dulu student. Jugak bas jgn bg berhenti merata2. |
|
|
|
|
|
|
|
ehh biar jela duk asrama....xde yg kebuluran pun xckup makan
siap ada yg makan 4 kali sheari lagi.... kang xpasal2 ada kluster IPT pulak ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
cuti hari raya boleh ikut indon
tarikh 1 ramadan dan syawal xboleh bawak tahun depan ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Cari cara utk bagi mereka balik
Jimat duit gov nak sara
Tp yg tgl sabah swk tu kesian jg |
|
|
|
|
|
|
|
nuno replied at 21-4-2020 03:49 PM
Pasni ada request dari suami isteri terpisah nak pulang gak..camni takyah la PKP..kensel senang cite
X sama
Student kat asrama gov kena tanggung
Masa ni kena jimat
Laki bini tu kena tahan nafsu je |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 21-4-2020 06:38 PM
i tak tahu lahhh
depa selamat kat UNI...depa clean uncontaminated
then bas tu kena sanitised bebetul
seprate buses for students for each daerah
OR u suruh secara berkala PARENTS depa yg mampu atau yg ade kereta - bapa sahaja jemput atau wali
ini lebih selamat.
u see student nak sangat balik - okay sama ada panggil family - sebab u know family depa sihat dah PKP 4 minggu , then ambik depa and tHEN tetapkan SOP - semasa perjalanan SINGGAH HANYA DI LOKASI YG DITENTUKAN UNTK SOLAT, TOILET
saya suggest KKM sediakan lokasi untuk student ni R & R sebab kalau depa berhenti di mana mana sahaja takut sat gi risiko jangkitan
R&R kosong ke atau terjamin risiko RENDAH Ke?
atau balik naik bus yg spesifik negeri , daerah atau ibu negeri sahaja then parents ambik.
itu boleh juga
tapi ....risiko still ade.
tapi tak pe, biarlah yg dik pikiaq masalah lebih besar sekarang ni kena fikir juga SOP tambahan macam mane nak uruskan anak anak ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
tapi kalau student tu cekal tekal and pintar and bagus mental emosi , wow kalau ada depa nak buat post grad study i think good chance depa ni insya ALLAH ada ketahanan mental. org macam ni layak endure challenges. |
|
|
|
|
|
|
|
Pastu dah balik kampung, asyik makan tidur main socmed berkurung dlm bilik, mak bapak pun membebel.
Melalak nak balik kampus pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
KKM boleh bahagi dulu student dari U mana yg bole balik. Student tue perlu disaring seminggu awal.
Dpt mula dr minggu lepas dah elok sebnrnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni yang aku kata ura2 tu....kang ada yg membangkang kata aku bermimpi. ..choii |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa kerajaan mcm main tarik tali dlm buat keputusan. ...X boleh ke kekal pada satu keputusan. ....hmmm |
|
|
|
|
|
|
| |
|