View: 2022|Reply: 15
|
Semua Orang Nak Jadi Wartawan Sekarang Ni
[Copy link]
|
|
Kredit foto: Wikipedia
Menjadi petugas barisan hadapan pada masa kini adalah sangat mencabar kerana terpaksa berdepan wabak Covid-19 dan pada masa sama berdepan pula dengan pelbagai ragam masyarakat setiap hari.
Jika tersilap langkah, akan ada orang yang merekod dan menularkan cerita sensasi petugas frontliners hingga menjadi bualan orang ramai.
Menurut Oh Bulan, seorang anggota polis, Sarjan Faiz Fitri menerusi Facebook telah berkongsi pengalamannya berdepan situasi tegang, di mana terjadi pergelutan di antara polis dengan seorang lelaki. Pada masa sama, beberapa orang awam telah merakamkan video kejadian tersebut.
Menurut Faiz, ketika itu beliau baru tiba di tempat kawalan untuk pertukaran shift dengan rakan setugas. Mereka didatangi seorang lelaki yang menaiki motosikal dalam keadaan mencurigakan. Apabila ditanya datang dari mana, lelaki tersebut berkata yang dia dari hospital selepas melihat isteri bersalin.
Bagaimanapun, lelaki itu gagal mengemukakan kad pengenalan dan lesen. Apabila kunci motor cuba diambil anggota, secara tiba-tiba lelaki itu bertindak agresif dengan memulas minyak motor seolah-olah bersedia untuk melanggar dan lari dari roadblock.
Bagaimanapun, seoarang anggota tentera bertugas bertindak pantas dan sempat memegang baju lelaki itu sebelum menjatuhkannya ke atas jalan raya dan menggari tangannya.
Difahamkan, lelaki itu kemudian ditahan dan hasil semakan mendapati dia mempunyai rekod jenayah seperti kes samun dan rogol.
Kredit foto: Amazing Nara
Ketika pergelutan, Faiz perasan ada seorang lelaki Cina di dalam sebuah pacuan empat roda Hilux telah merakam situasi itu sebelum meminta rakan setugasnya untuk menahan lelaki terbabit.
"Keluar sekarang! Tengok phone. Kau nak delete ke, kau nak masuk dalam (penjara)? Delete depan aku sekarang," kata Faiz pada lelaki itu. Lelaki itu kemudian menunjukkan kepada Faiz yang dia telah memadam rakaman video kejadian itu dan meminta maaf berkali-kali.
Tak cukup dengan itu, seorang anggota tentera pula ternampak seorang makcik yang melakukan kerja pembersihan di tol PLUS turut merakamkan kejadian dengan tangannya memegang telefon bimbit di paras perut.
Giliran askar pula memarahi makcik tersebut sehingga dia menangis meminta simpati, lalu terus memadam rakaman berkenaan.
Berikutan itu, Faiz sempat memberi sepatah dua nasihat buat orang ramai supaya tidak mencabar tugas frontliners.
"Kawan-kawan, tugas kami sebagai frontliners cukup mencabar dan tertekan. Tolong jangan tambah lagi kerja kami dengan merakam video untuk meraih perhatian semata-semata.
"Semua orang nak jadi reporter sekarang. Nanti bila video dah viral macam biasalah, mesti fitnah akan berlaku. Kemudian, mulalah keluar tajuk seperti polis dan askar pukul orang di roadblock, polis dan askar tengking apek Cina dan macam-macam lagi," luahnya.
Sudah berkali-kali diingatkan supaya masyarakat tidak menambah beban petugas frontliners yang terpaksa berdepan dengan ramai orang setiap hari. Ada antara mereka yang tidak berjumpa dengan keluarga dan anak-anak selama berbulan. Apa yang mereka harapkan agar masyarakat mengikut arahan dan tidak keluar rumah jika tidak perlu.
Tak susah pun, bukan? - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
depa rakam sbb nak share kat fb, ig, twit, pastu nak likes, comments and shares yg banyak... glamer la pastu.
cuba kalau hati dan perasaan nak kumpul pahala byk, bkn shares, likes and comments? |
|
|
|
|
|
|
|
Lapar likes and dahaga attention.
Eh puasa2 ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau untuk mempertahankan diri/aspek keselamatan diri terpaksa rakam. Takda bukti orang tak boleh buat apa2
Tapi kalau kerja polis takperlulah rakam utk viral |
|
|
|
|
|
|
|
Dekat porem pun ramai nak jadi reputs nak gantikan si sepol tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian lak baca pasal makcik cleaner tu.kan dah kena sergah acik.lain kali tak yah record bideo |
|
|
|
|
|
|
|
nak jadi wartawan kat fb
sendiri up, sendiri judge, sendiri puas hati
ngok la depa suma nih |
|
|
|
|
|
|
|
Bila berjaya rakam lepastu sebar kt medsos..Nanti dapat like dan share dan masa tu jgk la ada la segelintir netizen akan kecam frontliner ni terlalu kejam buat keja..hampehh laa korang ni acah-acah nk jdi wartawan segera |
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka. Tu baru kena maki, blm kena tampar ke sepak terajang sarjan askar pulis sume tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Xfaham org sekarang sume menda nak rakam..
Kadang2 dia yang salah.. pastu post kne kutuk lg.. |
|
|
|
|
|
|
|
Geng attantion seekers je suka buat benda2 macam tu |
|
|
|
|
|
|
|
time2 gini part2 maki ke tengking biar bg abam askar
sbb org takut nak pertikai berbanding polis
ade jer dia punya kona baring nak pusing
lagi2 kalo cina bukit or keling pariah yg acah2 gangster tu cuba try la
kalo ade beran
|
|
|
|
|
|
|
|
gigih nya acik cleaner nak jugak rakam kat celah perut. lapar likes jua kah acik? dah kena sound mula lah nak berdrama airmata sebabak mintak simpati kan? tak pun nanti ko twist fefeling victim kata askar tengking2 tak hormat org tua lah bagai kan? kosserr |
|
|
|
|
|
|
|
yg acah2 nak jd org pertaman rakam segala benda ni korang harap dapat apa lepas upload / sebar rakaman tu? boleh dapat beras lebih ke??? |
|
|
|
|
|
|
| |
|