"Dekat RM4k jugak tu. Ishh dugaan Ramadan."
Menerusi Twitternya, pelakon Beto Kusyairy memaklumkan beliau telah menjadi mangsa sindiket penipuan kad kredit.
Menurut Beto, individu berkenaan menggunakan kad kreditnya untuk membuat transaksi sebanyak empat kali melibatkan nilai kerugian dianggarkan mencecah RM4,000.
Kredit foto: Twitter Beto Kusyairy
Menurut Beto lagi, pihak bank akan mengambil masa lebih kurang 30 hingga 45 hari untuk menyiasat mengenai perkara tersebut. Lama juga ya.
Kredit foto: Twitter Beto Kusyairy
Beto turut menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati tentang penggunaan kad kredit selepas ini terutamanya ketika melakukan transaksi secara dalam talian.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman mereka selain turut meminta Beto supaya banyakkan bersabar. Dugaan Ramadan.
Kredit foto: Twitter Beto Kusyairy
Kad kredit, sejenis kaedah pembayaran yang sepatutnya adalah lebih selamat dari membawa wang yang banyak. Namun, penipuan kad kredit semakin menggerunkan pada zaman teknologi ini.
Oleh itu, cara mencegah dan langkah berjaga-jaga perlu diambil untuk mengelak dari menjadi mangsa kepada penipuan tersebut. - CARI
|