CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2582|Reply: 0

[Lain-Lain] Filem stopmotion <Kopi Shua-Maxwell Hill> diharap kongsi kepada orang rama

[Copy link]
Post time 4-5-2020 07:15 PM | Show all posts |Read mode
Salam Sejahtera  rakan-rakan dari kaum Melayu, India, Cina dan lain lain.
Filem stopmotion dibawah ini- <Kopi Shua-Maxwell Hill> adalah dirakam oleh rakan saya dan saya. Ia merupakan satu cerita tentang satu bukit berdekatan kampung kami( Bukit Larut Taiping).
.
.link to the Short film <Kopi Shua Maxwell hill>
https://web.facebook.com/oneworldhanxinf2f/videos/294376221558435/

Ceritanya begini
.
.
Pada suatu hari, Fun(partner) dan Saya mendaki  Bukit Larut yang berada di  Taiping Perak. Angin dan udara dekat bukit itu amat segar. Kami seronok  walaupun penat mendaki. Apabila kami sampai di pondok rehat atas Bukit Larut,  pemandangan dekat atas mengejutkan kami.
Di situlah ada seorang Pakcik yang berumur 70 tahun yang setiap hari ke puncak bukit , masak air panas daripada air Bukit Larut dan buatkan teh untuk semua orang yang berhenti di pondok rehat tersebut. Melayu, India, Cina, sesiapa saja yang  singah di sana itu, Pak Cik tu akan mengajak mereka minum teh dan relaks dahulu, sebelum sambung mendaki lagi.

Di pondok rehat itu, ada orang Melayu, Cina dan India duduk bersama  bersembang, dan saya yakin, kalau masa tu ada walsu Sesiapun, Pak Cik akan tetap ajak dia duduk dan minum teh bersama , dekat rest stop itu, tak dek sesiapa pun yang fikir pasal masalah antara kaum.

" Hey adik,  mau minum Teh tak?" Uncle tu ajak kami untuk minum teh.

"oh, okay." Fun kata. Bila pegang cawan teh tu, teh tu terlalu panas. Jadilah pak cik tu ajar kami letak cawan kami dalam mangkuk yang berfungsi untuk merendam cawan-cawan lain yang menggunakan air sejuk.

Barulah Fun dan saya minum teh tersebut apabila teh tak begitu panas, teh tu rasa memang macam teh biasa dekat gerai makan saje. tetapi dalam hati Fun dan saya, kami terasa satu benda yang agak tersentuh dekat rest stop ini.

Kami berdua-dua tersentuh hati disebabkan suasana dekat rest stop ini yang penuh dengan harmoni dan ketenangan Kaum-kaum bergaul mesra antara satu sama lain, tiada banding atas warna kulit, duduk satu sama lain, minum teh bersama bersembang dan menikmati suasana yang aman dan angin yang segar yang diberikan oleh Bukit Larut.

Kami cintai suasana yang penuhi dengan keharmonian seperti ini, dan inilah inspirasi Fun dan saya membuat satu filem untuk menberitahu lebih ramai orang tentang cerita minum teh dekat Bukit Larut Taiping ini. Dengan penuh harapan, saya harapkan pada masa yang akan datang, cerita minum teh tersebut bukan sahaja wujud dekat Bukit Larut Taiping sahaja, tetapi dapat wujud di setiap sudut di Malaysia. Saya memang berharap ia akan berlaku satu hari nanti.

Ahkirnya, kalau sesesiapa selepas melihat filem ini, yang berpeluang ataupun berminat untuk datang ke Bukit Larut Taiping, datang saje lah. Taiping ni tempat yang indah dan segar, dan kalau masa tepat , anda mungkin boleh jumpa Pak Cik tersebut yang suka menjamu teh kepada sesiapa saje, seorang secawan teh minum, dan sekiranya itu berlaku, harapkan anda dapat rasa harmoni bukit tu.
.
.
.
Minta maaf atas keburukan Bahasa Melayu kami, kami memahami ini bahasa kebangsaan kami, dan akan belajari sepanjang umurnya. Terima Kasih atas kesudian meluahkan masa untuk membaca cerita Pak Cik Teh ini.

Ahkir sekali, bagi sesiapa yang berpuasa dalam sepanjang masa Ramadhan ini, Semoga setiap tahun,anda selalu dalam keadaan sihat.

# ini merupakan satu pertandingan filem pendek Malaysia
# kalau anda rasa ceritanya boleh tahan ataupun Best?
# anda boleh "Like +1" dalam page tersebut. (itu bantu Fun dan saya untuk menangi pertandingan tersebut.)
# reaction seperti "love" dan "terkejut" tidak sah dalam pertandingan tersebut.
# dan berkongsi kepada kawan-kawan anda dengan kongsi halaman tersebut.
# Tempo filem ni agak lambat, harap difahamkan.
# through united, we could conquer Covid-19 virus
# Thank all the frontliners that fight for us to keep us safe.
# Thank you our secondary school teacher Madam Jini Siva for further editing this note.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 11:03 PM GMT+8 , Processed in 1.130038 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list