CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Coolie

Menjual ayatNya dengan habuan dunia

[Copy link]
 Author| Post time 30-12-2020 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Coolie replied at 28-12-2020 05:41 AM
MashaAllah..

Dalam surah Al A'raf ayat 168 adalah takhwif duniawi yang mahfum firmanNya bahawa ...

MashaAllah Laa haula wala quwata illa billah..

Sebelum ayat tersebut, Allah SWT telah mengmbil perjanjian (persaksian manusia) bahawa kaum Yahudi akan menerima azabNya (pada ayat 167) terhadap sifat ingkar pada perintanNya (takhwif duniawi) agar manusia (secara umum) mengambil iktibar (pengajaran) dan kembali kepadaNya (bertaubat).

Malangnya kaum yahudi ini (golongan yang diMurkaiNya) setelah kewafatan nabi Musa as masih mahu menentang perintah Allah SWT dengan mengejek atau mempersendakan Nya . Perilaku memyembunyikan dan menyelewengkan  kebenaran wahyu dalam pemberitahuan risalah tauhid yang dibawa oleh para anbiya. Tarbiyah dari Allah SWT terhadap kita selaku umat terbaik adalah  dengan menafikan dakwaan atau ajaran pengikut bani Israel yang datang selepas kewafatan nabi Musa as pada ayat 168.

Pada ayat 168 surah Al A'raf adalah berkenaan Allah SWT hendak membuktikan bahawa janjiNya benar pada manusia bahawa golongan mereka itu lebih buruk lagi hina diatas pengingkaran mereka kepada Allah SWT  (syirik fil ibadah). Ini merupakan ayat syikayah kepada manusia yang ingkar kepada Allah SWT selaku Robbul a'lamin Dan peringatan agar berpegang teguh semasa perjanjian di alam roh selaku hambaNya (ciptaanNya dan kehendakNya manusia sebagai khalifahNya di mukabumi ini). Seharusnya manusia itu perlu ada perasaan takut dan berharap hanyasanya kepada Allah SWT semata mata.

Sekali lagi tarbiyah Allah SWT yang telah mengambil perjanjian (as reminder semasa alam roh)  daripada kalangan bani Israel semasa nabi (saksi) mereka masih hidup lagi agar tidak mengingkari perjanjian mereka (sifat Ya Rahman Ya Ghaffur). Unfortunately  kaum yahudi ini bertambah teruk lagi buruk diatas penipuan diri mereka sendiri terutamanya selepas kedatangan nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Lalu Allah SWT campakkan penyakit kedalam hati yang menampakkan keindahan dalam amalan mereka (diMurkaiNya sebenarnya) melalui kitab Taurat dan asebab nereka menafikan pembawa risalah tauhid yang disampaikan oleh Baginda SAW. Hanya semata mata kerana duniawi darjat, harta, dan keturunan. Tambahan pula, nabi junjungan kita nabi Muhammad SAW sebagai penutup segala para anbiya, nabi dan Rasul. Rahmatul'alamin.. Tiada lagi UtusanNya yang akan dihantar lagi melainkan nabi Isa as uang akan diturunkan oleh Allah SWT ditengah tengah kita bagi membunuh dajjal laknatullah. Dajjal laknatullah juga merupakan bukti kebenaran AlQuran dan Sunnah Baginda SAW agar IMAN yakin kita diteguhkan oleh Allah SWT sepertimana termaktub didalam suratul AlKahfi.

Dalam pengajian kami, dajjal laknatullah adalah berkenaan keegoaan (kebodohan) kita yang menzalimi diri sendiri yang tidak mahu mengenali apa itu perintah Allah dan RasulNya sehingga kemurkaanNya sebelum datang pada ayat "Malikiwau middin".yakni penyesalan besar terhadap kebenaran.ayat keempat suratul AlFatiha.

Lahirnya atau kemunculan Raja Mata Satu ini adalah dari kejahilan manusia yang menjadikan selain daripada Allah SWT sebagai tuhan semesta alam seprtimana yang telah terangkan pada ayat 168 diatas tadi (ayat berulang ulang kali) apabila tidak nenjalankan syariat nabi Muhammad SAW dalam perintah Allah SWT maka pencabulan HAK Allah SWT berlaku.
..
Wallahu'alammm..

JommMM maghreb dulu insyaAllah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2020 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Coolie replied at 30-12-2020 07:06 PM
MashaAllah Laa haula wala quwata illa billah..

Sebelum ayat tersebut, Allah SWT telah mengmbil ...

Sebenarnya, saya lebih bimbang, sekiranya orang yang dinamakan Islam itu, mengikut jejak langkah yahudi dan nasrani.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2020 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Okeylah, ini post terakhir untuk tread ini, yang pada tajuknya tidaklah sama seperti yang dihuraikan. Saya tak mahu memanjangkan lagi hujjah yang mana diibaratkan "depan bas guna versi scania, belakang bas guna versi mers".

Menjual ayat-Nya untuk habuan dunia itu banyak berlaku dizaman ini. Cumanya, masing-masing yang terlibat, punya akal untuk renung-renungkannya.

Kebanyakkan menggunakan kaedah 2 in 1 menyentuh urusan yang dimaksudkan. Ada yang 3 in 1, 4 in 1 malah, yang lebih buruk bila ada yang Infiniti in 1. Yang Infiniti ni kebanyakkannya berkaitan wakaf kubur (jangan marah saya ya, ianya antara fakta terbaru, menjual ayat-Nya untuk habuan dunia, dan bukan semua tau.)

Ada yang 2 in 1, menggunakan ayat-Nya untuk meminta sedekah. Kekadang tu 3 in 1.

Saya ulangkan sekali lagi, bukan niat sebenar untuk mengaibkan, akan tetapi agama-Nya diaibkan secara terang-terangan! Macam manalah Allah s.w.t nak menyatukan ummah, jika ummah itu sendiri, menjual ayat-Nya demi habuan dunia semata-mata?

Saya ada lihat, para pelajar ma'ahad tahfiz (yang dewasa), yang benar-benar usahawan, tidak menjual ayat-Nya untuk habuan dunia, mencari rezeki untuk menampung yuran pengajian mereka atas usaha dan didikan yang benar menerusi para alim ulamanya, berbanding mereka-mereka yang berstatus ma'ahad tahfiz yang sekadar meletakkan tabung diluar khariah mereka, sambil menyombongkan diri, kerana kesucian mereka? Bila datang orang-orang yang berilmu yang jahil, mereka menyalahkan yang benar, lalu menyatakan yang meminta itu benar?

Sudah lupakah kita, meminta-minta itu, antara adab yang memiskinkan diri sendiri?

Saya bukan menyekat rezeki mereka, saya bukan menghina mereka. Akan tetapi, segala sesuatu, biarlah bermula dengan adab. Kerana adab mencerminkan Akhlak.

Soalan... Mengapa Surau dan Masjid didirikan? Apakah keperluan mendirikan Surau dan masjid, sekiranya ahli khariahnya JAUH dari memahami Islam sebenar? Dimana kesilapannya, bila setiap ahli jemaah khariah, mengharapkan orang lain sahaja Islam, sedangkan dirinya belum melaksanakan sebenar Islam?

Dimana hilangnya maruah umat Islam itu sendiri, tatkala yang menguruskan urusan Islam itu sendiri, tidak memahami adab dalam beragama?

Apa pendekatan kita, bila senario ini berlaku?

Sekian, TQVM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2021 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Coolie at 8-1-2021 03:35 PM
SenangMaju replied at 30-12-2020 07:55 PM
Sebenarnya, saya lebih bimbang, sekiranya orang yang dinamakan Islam itu, mengikut jejak langkah y ...


MashaAllah Laa haula wala quwata illa billah Ya Robb

Perkara ini telah berlaku dan sedang berlaku di tengah tengah masyarakat Islam kita.. Sedar atau tidak je.. Dan bahawasanya kerajaan Rom sedang merencah agenda untuk meratah anak isteri masyarakat Islam sekarang. Paling sedihnya, kita selaku umat nabi Muhammad SAW hanya melihat kebinasaan dan  kecelakaan di hadapan mata merakus keganasan tanpa sebarang belas kasihani terhadap anak isteri kita..
Apa yang boleh dilakukan?

Mahfum sebuah hadith bahawa,
"Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh, kalian benar-benar akan mengikuti kebiasaan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun kalian pasti akan mengikuti mereka.”

Kami bertanya; “Wahai Rasulullah, apakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani?”

Beliau menjawab: “Siapa lagi kalau bukan mereka?”

(HR Musim – Shahih)

Bayangkanlah Baginda SAW telah bagi warning hal berkenaan masyarakat Islam hari ini  pada1500 tahun yang lalu.. Apabila umat hari ini beribadat dari mula  celikmata hingga tutup mata nya (tidur) mengikut akal mereka maka sejengkal menghampiri mereka.. Dari akal akan jatuh plokk dalam hati maka telah menjerumuskan kehidupan meraka  dalam sangkaan baik belaka dimana tidak diterimaNya sedikit pun kerana tiada Sunnah Baginda SAW..

Nauzubillah min zalik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2021 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
SenangMaju replied at 30-12-2020 09:45 PM
Okeylah, ini post terakhir untuk tread ini, yang pada tajuknya tidaklah sama seperti yang dihuraikan ...

Allahu'akbar..

Mana tauuu niii.. Hang habaq betuii betuii.. Bermakna hang tauu dah hok ni lahh..nabi junjungan kita dok ke hulu hilir bagi memastikan depa tak buat lagu nihh.. Baginda SAW telah menghabiskan masa diri dan hartanya utk pastikan depa ni dapat teruskan IMAN yang sempurna. Sampai kala  jauh malam masih menyibukkan dirinya untuk menyelamatkan manusia jauh daripada Allah SWT hingga lupa makan. Adakala bertanyalah Baginda SAW kepada isterinya, "Wahai Aisyah, ada apa yang boleh dimakan?"..
Kita hari ini kekadang hingga ada lupo baca Bismillah dok perut nyer hal.. Tu pun boleh saudara saudara kita lagi mana?   Yang dok melepak shj belum tentu boleh sebutan huruf Aliff Baa Taa apa lagi kenaii lengkok tegak huruf pun jauhh nuu.. Cmne kira hari ini boleh dok shja..

Makna boleh lahh hang mai pekena ajaq kami disini noo.. InsyaAllah

Saidina Umar AlKhatab r.an pernah berjalan ditengah malam dan setibanya di sebuah rumah terdengar perbualan antara anak dan Ibunya yang sedang buat roti lalu si anak memberitahu  si ibunya bahawa susu berkurangan. Lantas ibunya menyarankan agar ditambahkan dengan air bagi mencukupkan jualan  roti keesokan hari nya. Si anak berkata tidak boleh lakukan sedemikian. Dibantah oleh Ibunya dengan mengatakan Amirul Mukminin tiada disini.. Sepantas kilat anak sekecil itu menjawab. "Tuhan amirul mukminin sentiasa ada dan Maha Melihat.."  Mendengar percakapan tersebut, terus Amirul mukminin bergegas ke rumahnya mengambil apajua stok pembikinan roti utk diberikan kepada keluarga anak sekecil itu.
Bagaimanakah keadaan adik adik kita yang sering berkata bahwa hurif Alif tu tegak, awat depa lentokk..

Laa haula wala quwata illa billah Ya Robb..

Moga kita sentiasa dlm peliharaan Allah SWT..

"Ya Allah ampunilah kami dan berilah kekuatan serta taufikMu buat kami terutamanya Ketua Pemimpin kami"
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2021 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Coolie replied at 8-1-2021 04:22 PM
Allahu'akbar..

Mana tauuu niii.. Hang habaq betuii betuii.. Bermakna hang tauu dah hok ni lahh ...

Bagus penjelasan itu. Berkaitan contoh seorang pemimpin menunjukkan adab seorang pemimpin?

Boleh tunjukkan contoh pemimpin yang dimaksudkan itu dizaman ini?

Dalam menjelaskan akan adab para sahabat Rasullullah s.a.w, ianya perlu melihat siapa mereka, apa jawatan mereka dan sebagainya.

Jika kita nak ambil contoh akhlak-akhlak para sahabat yang betul-betul ahli perniagaan yang paling kaya, makanya, yang punya kekuatan harta seperti mereka  perlu meneladani perbuatan berkenaan. Ianya adab dalam kita menjelaskan keadaan kepada siapa, untuk apa, betul dengan adab-adabnya dan sebagainya.

Jika kita nak berkata, yang melepak itu, tak tahu membaca Al-Quran, kita lihat sahaja dengan siapa mereka bermusuhan, kita lihat pula, impak dari apa yang wartakan dalam urusan beragama, kita lihat pula, perundangan pengkhususan mengajarkan alif ba ta, dan apa jua perkara yang kita tahu dan tidak ketahui. Wujudnya generasi yang tak mengenal huruf alif ba ta adalah generasi yang berada di zaman agama-Nya diniagakan dan juga generasi yang bermusuhan dengan ketetapan-Nya menerusi Wali-wali-Nya.

Jika kita nak bahaskan isu-isu yang ada di dalam buku-buku pemikiran dan falsafah semata-mata, ibaratnya melihat sesuatu tanpa memikirkan kewajaran.

Apapun, tqvm. Bila saya baca post kamu, saya tahu kamu tahu apa yang ada dalam buku-buku sahaja. Tidak lebih dari itu.

Moga-moga, Allah melindungi kita.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2021 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by SenangMaju at 8-1-2021 09:17 PM

Mari kita lihat, semua jenis fahaman yang ada dalam dunia Islam.

Saya bagi anda semua nampak, tiap-tiap kefahaman sebenarnya kembali kepada persoalan pokok yakni "hati".

Saya bagi contoh, kita berbicara hal-hal umum, akan tetapi kita terlupa akan hal-hal khusus yang mana, Allah s.w.t jadikan ianya umum yang melibatkan kefahaman. Jika kita perasan, (contoh), ada aliran yang memperkatakan "Alquran bukan makhluk". Makanya, cuba kita lihat di semua pusat-pusat buku, adakah perlu sesuatu yang bukan makhluk dimakhlukkan akan harganya pada makna makhluk sedangkan diijtihadkan bukan makhluk?

Jika yang khusus, DIA lupakan dari kita untuk menyedari, kesalahan yang kita lakukan, atas apa yang kita ikhtikadkan, bukankah ianya suatu bida'ah yang diada-adakan?

Hal ini BERAT. Dan ianya contoh mudah kepada sesiapa yang DIA kehendaki untuk menjelaskan.

Dalam kita melakukan apa jua perkara, Allah s.w.t amat berbelas-kasihan. Samaada orang itu jahat atau baik, bila tiba masanya, Allah s.w.t tidak mempercepatkan atau melambatkan apa yang telah ditetapkan-Nya.

Semoga, 1 contoh ini, banyak mengajarkan kita pengertian diri mengenal Allah s.w.t

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2021 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Coolie at 11-1-2021 07:25 PM
SenangMaju replied at 8-1-2021 08:58 PM
Bagus penjelasan itu. Berkaitan contoh seorang pemimpin menunjukkan adab seorang pemimpin?

Bole ...


MashaAllah Laa haula wala quwata illa billah Ya Robb

Mana tauuu niii...hang mcm tau tau jah noo. Ya Benar lagi shahih aebagai contoh seorang pemimpin yang agung lagi dikasihi. Role model terbaik agar depan BOSS besaq jangan habaq tak tau...tarak pernah dengar..sebab manusia ini suka berbantah.. Cheq woii rasa siapakah gerangannya wahai saudaraku?  Sapa lagi .. Nabi junjungan kami Nabi Muhammad SAW kekasihNya. BuKAN sekadar seorang pemimpin malah Baginda SAW adalah rahmatul'alamin. Awatlah cheq woii.. Mana ada zaman loni tokoh seperti Baginda SAW. He's the one and only but no one else. Jika beliaj masih ada, manalah na letak muka ni weii..

Jika ada golongan atau pemimpin yang beradab seprti Baginda SAW,.. Wallahu'alammm..
Zaman loni Alhamdulillah, ada Allah SWT sekalidua pertontonkan as Our big tailo, Akhmad Kadyrov is closer like to Baginda SAW but away alike for sure. But there was an incident that reminds me of those days when arwahmahum late TaR with his sparing partner late TDi during the sinoalay riot (13thMay) crushed by rusty blade seh..time habaq dengar Tunku baru touchdown  aloQstar.

Couple of months later,  MashaAllah wth the all merciful of Allah SWT,  One declaration have been acknowledged by the rest of the World which he was also together with our superior Kings have sit together (round table) especially for our brotherhood .. With All the giants countries in the world waz stunning n freezing on hearing that declaration due to all this while don't have any solutions. Chilling up their butt for a second..

SubhanaAllah miracle happens.. Even the Otto man was no more around but the fangs did leave some scars for those challenge Islam.
Most our dedicated arwhum late TaR was among the Kings of the World Caliphate drafted an awesome resolution of Muslims movements.. Unfortunately the munafiqun as always interference.
Started the 1st."ribbat". All.wellfare of Palestine pupils been taking care..  Much later The invisible man came slightly later, who's else.. our CheDeq have shown his miracle touch with taking care well to the  world Muslim biggest history "(Strait-Cutter Castle") then Fall of Constantinople by
Sword of Allah, King Muhd Al Fateh who's  changed name of Byzantine @ Constantinople to Istanbul.. Then the 2nd place "Ribbat" was taking place. Our honourable Doctor,  CheDeq sent Malcoln.

Anyway,  Allah SWT tidak memilih dari sudut kehebatan terhadap hambaNya. Sehebat ulamak, warriors and dermawan termaktub dalam sebuah hadith bahawa mereka ke neraka jahanam. Dan sekiranya Allah SWT berkehendakan kehebatan si makhlukNya bernama manusia, sudah tentu si firaun ,Namrud, hamman Dan sekutu laknatullah mendapat tempat disisiNya.

InsyaAllah hal berkenaan HAL BERAT yang diusulkan akan cuba aturkan sesuatu.

JommMM maghreb dulu insyaAllah.. ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2021 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.

Cumanya Saya kurang jelas, apa yang dinyatakan untuk maksud apa?

Perihal kehebatan, ianya hsk mutlak yang diizinkan oleh-Nya untuk berlaku. Cumanya, manusia-manusia yang jahil, sekadar menurut sangkaan cuma.

Nak buat sebarang kebajikan itu, memang amalan mulia. Kekadang, orang yang Hanya tinggal RM10 lalu melakukan kebajikan, lagi mulia berbanding yang punya berjuta-juta, sedangkan yang diberikannya 5%.

Nak menceritakan kemuliaan seseorang, perlu lihat kepada keperluan yang diri sendiri inginkan.

Saya jumpa ramai jenis manusia seperti kamu, bila mereka merasakan, kebajikan bulanan mereka 5%, melayakkan mereka untuk kesyurga-Nya dan dimuliakan manusia, sedangkan ada sedikit, berikan apa yang orang lain tak mampu lakukan, malah memudaratkan dirinya kerana membantu, Tak semulia orang-orang seperti awak ya?

Pernah awak yang Hanya punya RM10, kesian melayan ajakan bantuan palestin, lalu awak bagi RM10 itu, sedangkan duit dah pokai? Atau pernah Allah s.w.t muliakan awak untuk membantu, hamba-hamba-Nya yang memohon kepada Allah s.w.t, bantuan untuk meneruskan perjalanan dalam mengenal Allah s.w.t, langsung Allah s.w.t khabarkan, orang itu memerlukan semua wang yang ada dalam poket kamu?

Jika Tak ada, apalah sangat merasakan diri itu mulia?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Apalah yang nak dirasakan kemuliaan, jika pengertian sebenar Ihsan, sekadar melihat apa yang diri nak sangat, menurut pandangan agama, sehingga terlupa, kemuliaan sebenar itu, bila DIA muliakan tanpa sesiapa pun tahu kemuliaan itu?

Seandainya Allah s.w.t memuliakan sekarang hamba-Nya, apa yang dikehendaki hamba-Nya itu dipenuhi. Berhutang dengan manusia, pastilah banyak masaalahnya. Berhutang dengan Allah sw.t, berlipat kali ganda masaalahnya.

Kalau boleh, nak nyatakan apa-apa, jangan lihat apa yang awak nak lihat. Kena lihat, dah berapa banyak hutang kepada-Nya.

Ada yang hutang puasa tahun lepas, buat Derk aja. Ada yang hutang duit orang, buat Derk aja.

Pernah jumpa orang hutang dengan Allah s.w.t, DIA bagi hutang menerusi-Nya, langsung selesai hutang menurut permintaan diri sendiri? Jika diri belum pernah capai makam itu, apalah yang nak dimuliakan?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by SenangMaju at 12-1-2021 12:01 AM

Dalam dunia ini, ada manusia yang dimuliakan oleh-Nya, disembunyikan. Ada yang ditonjolkan-Nya.

Samsara disembunyikan atau ditonjolkan-Nya kemuliaan dari-Nya, yang Kita mampu hanya berusaha beramal berdasarkan apa yang DIA berikan selama hidup ini.

Seseorang yang dimuliakan oleh Allah s.w.t, tak memerlukan bantuan makhluk ciptaan-Nya, akan tetapi mengajak untuk turut Serta menghulurkan bantuan walaupun tak memerlukannya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 11:32 AM | Show all posts
Edited by rantaikendoq at 15-1-2021 11:46 AM
mbhcsf replied at 4-12-2020 01:40 PM
dah ada aduan tentang thread ini - so bincang elok elok.
elakkan postng provokasi.

senangmaju, abgcute, dovob - adalah sama?
pening bertahun



Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 11:46 AM | Show all posts
SenangMaju replied at 11-1-2021 11:35 PM
Apalah yang nak dirasakan kemuliaan, jika pengertian sebenar Ihsan, sekadar melihat apa yang diri na ...

ihsan tu ada rupanya, wajahnya, pakaiannya, adabnya
tempatnya, susunannya....

sbbtu kena cari mursid cik oiiii
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by SenangMaju at 15-1-2021 11:07 PM
rantaikendoq replied at 15-1-2021 11:46 AM
ihsan tu ada rupanya, wajahnya, pakaiannya, adabnya
tempatnya, susunannya....



Alhamdulillah.

Ikut suka kamu lah ya. Kalau ada musyid yang gerenti boleh bawak awak masuk ke syurga-Nya, maklumkan disini ya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2021 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts
MashaAllah Laa haula wala quwata illa billah..

Terlebih dahulu perbanyakkan istigfar wahai saudaraku.. Jauh betul tersasar daripada tajuk thread ini.. *istigfar*

Lihatlah synopsis awal dimana pemimpin yang cuba meletakkan Allah dan RasulNya pada tempatnya.. Tidak jauh manapun, still around us..then slightly further into globalization (pupils said)..

Dua perkara yang telah diperingatkan oleh Baginda SAW dimana selaku umat terbaik yakni umat Nabi Muhammad SAW telah diharamkan memakai "selendang" dan "sarung tangan" Allah SWT... HARAM DISISI ANAK BANI ADAM dari segi bathiniah ataupun zahiriah. Apakah kita layak memakai dua perkara tersebut yakni KEMULIAAN dan KESOMBONGAN?

Jika hari ini Kemuliaan ALQURAN telah tergadai, rasanya kedudukan manusia hari ini dimana? Pasti dan pasti kesombongan akan menutupi rahmatNya kerana sombong itu lebih besar daripada ALQURAN. Cuma dengan Ihsan Allah SWT tuhan Yang Maha Mengasihani lagi Maha Penyayang masih diberiNya kita nafas lagi hari ini.. Untuk apa agaknya? Maksud?

Tanpa ALQURAN melalui pendekatan nabi junjungan kami Nabi Muhammad SAW dapatkah kita buktikan perjanjian semasa di alam luthmahfuz (alam roh) dan amanah yang diberikan untuk dipikul selaku hambaNya yang lemah lagi hina? Atas kelemahan manusia hari ini telah meletakkan AlQuran diantara makhlukNya setaraf dengan Buku atau bahan bacaan itu sebagai ciptaanNya. JAHIL adalah bersesuaian kepada pemakaian mereka yang mengatakan AlQuran itu adalah makhluk seperti mana cetakan bahan bacaan. ALQURAN adalah Qalam Allah. Bermakna ianya bukanlah ciptaan sepertimana makhlukNya yang lain diciptakan. Ianya adalah MUKJIZAT  bagi Nabi Muhammad SAW dan umat akhirzaman yang menyakini perjanjian atas kejadian manusia (syariat nabi Muhammad SAW) dan akui sebenar benarnya tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah SWT.

Apabila AlQuran itu tidak ditalaqi (apa itu perintah Allah dan RasulNya) DENGAN kemursidan ulamak  (mufassirin juga muhadissin) maka jadilah seperti Iblis laknatullah dimana suatu ketika dulu paling tinggi darjat (kemuliaan) dikalangan ciptaan Allah SWT. Setelah makhlukNya bernama manusia disempurnakanNya maka iblis laknatullah ingkar pada Allah SWT. Sebab apa? Mohon penjelasan insyaAllah.


Banyakkan istigfar dan berselawat InsyaAllah

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2021 05:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Coolie at 16-1-2021 05:37 AM
SenangMaju replied at 8-1-2021 09:11 PM
Mari kita lihat, semua jenis fahaman yang ada dalam dunia Islam.

Saya bagi anda semua nampak, tia ...


Laa haula wala quwata illa billah Ya Robb

Berkenaan dengan hati, ibarat cermin yang dapat membalikkan wajah atau objek tersebut dengan jelas. Atau imej dipantulkan adalah kabur (kurang jelas) disebabkan debu kotoran yang melekat pada permukaan cermin tersebut. Maka hati manusia sering menerimanya atas kelemahan, kebodohan dan kezalimannya kecuali orang yang diberi taufiq oleh Allah swt. Kepada Allah-lah kita memohon pertolongan.

La Tahzan
Surah AlBaqarah ayat 152 dijadikan sebagai pengubat hati..
Sebelum itu, amanah (perjanjian di alam luthmahfuz antara Robb kita dengan setiap makhlukNya termasuklah manusia) dianugerahkan. Kemudian barulah pembicaraan rabtul qalbi (teguhan hati) bersama AlQuran. Maka disitulah datang UjianNya.. Mahfum sebuah hadith bahawa Rasulullah SAW bersabda, "manusia dalam urusan jual beli hampir tiada satu pun menunaikan amanah".. Kejujuran yakni keikhlasan dalam beribadat kepada Allah SWT. Bahwa ‘Abdullah bin ‘Umar ra. berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Empat perkara, jika ada pada dirimu maka tidak berbahaya bagimu berkenaan yang kehilangan dari dunia iaitu menjaga amanah, peradaban manusia itu jujur dalam tutur kata, baik akhlak dan iffah [kemurnian] dalam kesucian.” (di dalam isnad ditambahkan Ibnu Hujairah dan menjadikannya di dalam Musnad Ibnu ‘Umar)

SubhanaAllah.. Allah SWT adalah penghalang (memelihara) manusia dengan akalnya. Jelas lagi Nyata termaktub didalam surah Al Anfal ayat 24 sebagai satu tanda kasih (perlu dizahirkan) kepada Allah dan RasulNya. Sahutan Allah and RasulNya merupakan HADIAH dari Allah SWT bahwa (pemberitahuan) Dia telah menguasai hati hamba-hamba-Nya daripada mereka sendiri, dan bahwa Dia memberi penghalang antara mereka dengan hatinya, jika Dia menghendaki. Sehingga manusia tidak mampu berbuat apa-apa kecuali atas kehendak Allah SWT.

Jika hadiah daripada Allah SWT hari ini diabaikan, maka tunggulah akan janjiNya.. Nauzubillah min zalik..

"Ya Allah ampunilah kami dan teguhkanlah kami didalam shafMu Ya Robb"




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2021 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Coolie at 19-1-2021 01:43 AM
Coolie replied at 16-1-2021 05:05 AM
Laa haula wala quwata illa billah Ya Robb

Berkenaan dengan hati, ibarat cermin yang dapat me ...


MashaAllah..

Banyakkan istigfar kerana banyak hak Dan hajat yang tidak tertunai terutama HAK Allah SWT dimana Surah Al Anfal ayat 24 merupakan tawaran hadiahNya dimana diikuti dengan celaanNya pada ayat 25 amatlah keras azabNya. Kerana tidak kenal siapakah gerangannya "Khaliqiyah".. Bagaimana pula sifat Rububiyyah dimana surah peradaban perang hendak dipractikkan kerana masih terdapat syirik amali. Apabila rahmatNya tergadai maka hadiahNya pada surah Al Anfal ayat 24 merupakan taufikNya untuk meletakkan Allah and RasulNya pada tempatnya tidak boleh tercapai kerana kuncinya pada surah AtTaubah ayat 39-40 langsung terhijab. Maka tunggulah akan janjiNya terhadap penderhakaan Allah and RasulNya.. Nauzubillah min zalik..

"Ya Allah ampunilah kami kerana kelalaian dan kelupaan kami atas segala perjanjian kami selaku hambaMu yang lemah lagi hina.."


Ini termasuklah peperangan umat Islam selama ini tidak pernah menang kerana tiada bantuan Allah SWT. Perkara utama adalah dari masalah peradaban UmurulMuslihah dan secara langsungnya perkara peradaban Umur Munazhimah tidak disempurnakan mengikut Kehendak Allah and RasulNya. Ini adalah disebabkan tidak menghayati lafaz "Alhamdulillah" oleh nabi Adam as ketika dihembuskan roh selepas beliau bersin dimana ianya merupakan pembicaraan tauhid berkenaan Khaliqiyah tuhan Yang Maha Mencipta. Disini telah menunjukkan umat kini banyak berlakunya syirik secara umum.
Adab bermasyarakat yang dikehendakiNya merangkumi 13-14 adab perundangan mengenai rakyat (Tadbirul Manzil) merupakan kekuatan dalaman mukminin (IMAN). Sehingga Allah SWT khabar gembira pada ayat 175 surah anNisaa berkenaan rahmatNya setelah memahami perjanjian musuh anak bani Adam (syirik iktiqadi) dan syirik amali.

Jika kaedah perintah Allah SWT (fi'il amri)  tidak dilaksanakan (syariat Baginda SAW) maka Allah SWT kategory sebagai golongan manusia sombong.
Nauzubillah min zalik..

Wallahu'alammm..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 10:06 PM | Show all posts
SenangMaju replied at 15-1-2021 11:05 PM
Alhamdulillah.

Ikut suka kamu lah ya. Kalau ada musyid yang gerenti boleh bawak awak masuk ke ...



kasihan
maseh  dgn perangai yg takok tak kemana sudah
alahai
sebab tu lah Allah tak pileh kamu ade mursid
kerana sikap bodo sombong itu sajalaa...
kasihan
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
rantaikendoq replied at 24-1-2021 10:06 PM
kasihan
maseh  dgn perangai yg takok tak kemana sudah
alahai

Heheehe. Iye ke? Kesiannya...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2021 01:13 PM | Show all posts
SenangMaju replied at 27-1-2021 10:09 PM
Heheehe. Iye ke? Kesiannya...

orang yg tiada pendirian ni
senang aja
apa yg ditulis itulah sifatnya
jika tiada istiqamaah pendirian
nama pon sering bertukar
dan tulisan pon main sedap kepala gelap
itula bermasalah bila tak megaji sifat 20
lebih teruk tiada mursid
tak reti nak bentuk pandangan ilmu dan amal tu dlm ibadah
kasihan kan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.068098 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list