Syarikat kelengkapan rumah dari Sweden, IKEA memberi amaran kepada pelanggannya supaya tidak melakukan aktiviti tidak senonoh di dalam gudang mereka.
Memetik Daily Mail, IKEA akan memperketatkan langkah keselamatan selepas tular video wanita beronani di dalam bilik pameran di sebuah gudang IKEA di China.
Kredit foto: Daily Mail/AsiaWire
Video itu menunjukkan wanita separuh bogel terbabit melakukan aksi tidak bermoral di atas beberapa sofa dan katil tanpa segan walaupun kelihatan pengunjung lain lalu-lalang di belakangnya.
Video tular berkenaan kemudian mendapat perhatian pihak syarikat Sweden itu yang menyelar tindakan tidak bermoral individu terbabit.
Kredit foto: Haber Port
"Kami menentang dan mengutuk sekeras-kerasnya tingkah laku sebegini," katanya dalam satu kenyataan.
Difahamkan, IKEA telah membuat laporan kepada polis tempatan berhubung kejadian tanpa menyatakan nama cawangan terbabit.
Syarikat kelengkapan rumah itu pada Sabtu berkata, pihaknya akan eningkatkan langkah keselamatan dan piawai kebersihan selain memberi peringatan kepada pengunjungnya supaya tidak melakukan aktiviti tidak bermoral di dalam bilik pameran IKEA.
Gambar hiasan
Kredit foto: Daily Mail/Getty Images
Menurut beberapa pengguna sosial media China, kejadian dipercayai berlaku di wilayah Guangdong selepas kedengaran pengumuman yang dibuat dalam bahasa Kantonis menerusi video berkenaan. - CARI |