CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8743|Reply: 51

Selfie Boleh Kenyangkan Orang Miskin Ke? - 'Sosialite' Dihentam Ambil Kesempatan

[Copy link]
Post time 26-5-2020 09:40 AM | Show all posts |Read mode






"Selfie tu boleh kenyangkan perut si miskin ke?"


Tular di media sosial apabila swafoto orang kenamaan dengan simbol hati di tangan untuk membantu mereka yang kelaparan. Swafoto tersebut yang kononnya menyokong kempen prihatin kepada orang susah ini didakwa digunakan 'sosialite' sebagai medan menunjuk-nunjuk.


Ianya dimulakan oleh Nadia Nasimuddin, kemudiannya diteruskan adik iparnya, Chrystan membangkitkan kemarahan warganet.



Bagi mereka, adakah dengan swafoto tersebut ia mampu memberikan kekenyangan kepada si miskin? Bukankah lebih bagus mereka membayar cukai yang lebih banyak berbanding swafoto yang tidak membantu pun, sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja.





Kredit Foto :Twitter




Rata-rata warganet turut bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana tiada bezanya swafoto simbol cinta itu dengan gambar-gambar sebelumnya.



Adakah ini bermakna mereka berasa seperti diri sudah cukup suci setelah berkempen menolong yang susah ini? Dan betul ke banyak cukai yang dibayar oleh mereka?





Kredit Foto : Twitter





Berbeza dengan Chrystan, Diana kelihatan telah memadam hantarannya.


Dengan tanda pagar #loveforothers, sebenarnya ramai selebriti dan 'sosialite' dua negara menyokong kempen membantu golongan yang susah ini. Malaysia dan Indonesia antara negara yang aktif dalam kempen ini turut menyeru orang lain bagi menyokong kempen ini.


Ianya ditunjukkan menerusi cabaran #handtoheat iaitu meletakkan simbol 'hati' pada tangan, swafoto di Instagram dan menandakan lima rakan lain. Ianya adalah cara untuk memberi kesedaran kepada lebih ramai orang mengenai kempen ini.





Kredit Foto : IG




Biarpun kempen ini adalah untuk menyeru lebih ramai supaya menyedari kepentingan membantu orang yang dalam kesusahan, namun warganet tetap merasakan ianya digunakan oleh segelintir kenamaan untuk mengambil kesempatan.



Adakah cukup 'selfie' semata-mata untuk membayar bil-bil golongan marhein?



"Apakah kaitan antara menolong orang kurang berkemampuan dengan selfie awak? Admit only, it’s plain narcissism. You are craving for attention."



Isu besar ini harus ditangani dengan bijak oleh semua pihak. Setiap orang memainkan peranan penting untuk membantu mereka yang kesusahan. Jika bukan 'selfie', seharusnya ada tindakan yang lebih progresif bagi membantu rakyat marhein ini. - CARI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2020 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
bodohnya la diorg ni main challenge2 bagai
akak slalu kene tag kat insta FB suruh accept celen2 bodoh ni
akak buat derggg je..malas nk layan
kalo ada yg celen akak tekel laki diorg, akak tgk mood gak.kalo laki diorg spesis dpt BPN BSH, akak bolayan je
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang kenamaan yg acah2 ni tak berduit pun..
Ada datok tak bayar lagi duit baju dia. Dah la kau taknak bayar, lepas tu kau kata rm1500 tu mahal, apa cibai kau ni???? Kemain kau tunjuk kekayaan, tapi sengkek!!!!
Ada lagi satu, datin global. Siap mengata designer malaysia ni duduk dalam tempurung. Pungpangpungpang kata kerajaan tak berduit tapi buat kursus, guna duit gomen. Dia siap kata kerajaan tak berduit depan2 pegawai gomen masa kursus tu. Kitaorang yg dengar ni terkejut la sebab macam mana kau boleh kata  macam tu sebab kau buat kursus ni pun guna duit cukai rakyat. Lepas kursus tu, datin palat tu demand lagi duit gomen utk deal dgn lazada, lepas tu demand duit utk buat pesen show...
Banyak lagi la kes soSIALite2  jenis sengkek.....
Sebab tu kalau ada je orang dok cerita dia cuma beli barang branded, aku butohkan aje
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Ai tak berkenan betul dgn anak2 pompuan nazar...so what if u r rich...but u don't have class. Can't change yr look, Allah dah ciptakan camtu tapi perangai....ya Rab.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Untung la ye.. Jadik anak org kaya, jadik anak org kenamaan ni.. Org pandang tinggi... Hidup high class...   Hidup senang g melancong sana sini.. Apa nak semua dapat..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Memule baru nk mrh....biar la diorg nk selfie....rupenye ade challenge2....mmg selayaknye la kena cerca diorg ni.....beauty w/out brain??mmg kenyang sgt sgt sgt la tgk selfie diorg.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2020 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
tidak mendatangkan apa2 hasil pon kalai selfie ni. cuba turun padang bantu smp org2 tu betul2 dapat berdikari
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Nadiabella: Ai tak berkenan betul dgn anak2 pompuan nazar...so what if u r rich...but u don't have class. Can't change yr look, Allah dah ciptakan camtu tapi pera ...


Setuju. Rasanya semua anak2 nazar pon hauk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2020 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang kaya ni kaya sebab diorang belanja duit orang lain, bukan duit diorg
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
kaya tapi bodoh. attention seekers dorang ni, perasan cun
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Pasal sumbangan ni nak cite sikit pasal sorang pelawak antarabangsa. Jaman aku sekolah rendah dulu dia ditemubual ceryl samad dalam satu rancangan kanak2. Aku ingat lagi dia tak mampu jawab soalan bila alcohol kicks in duk gelak macam mr.bean je keje. Alkohol la kot..pastu aku rasa pelawak tu terasa komen aku tu baca kat porum

But these days nampak dia tekankan agama kat anak2. Aku kagum dia buat kutipan derma dan turun padang dengan anak bini bagi sumbangan. Tahniah la dan minta maaf andai buat terasa..




Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Faham ke makna susah?
Lipstick pun rega rakyat marhaen boleh  makan 2 minggu
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 11:05 AM | Show all posts
semua pompuan
xde laki eh?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 11:26 AM | Show all posts
selfie kan makanan ruji golongan kayangan
hidup berkiblatkan pojian dan sanjungan
klu tak selfie boleh bergetar tulang rusuk oooit
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
#handtoheat ke #handtoheart, TT?

Ianya ditunjukkan menerusi cabaran #handtoheat iaitu meletakkan simbol 'hati' pada tangan, swafoto di Instagram dan menandakan lima rakan lain. Ianyaadalah cara untuk memberi kesedaran kepada lebih ramai orang mengenai kempen ini.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 26-5-2020 10:01 AM
Orang kenamaan yg acah2 ni tak berduit pun..
Ada datok tak bayar lagi duit baju dia. Dah la kau tak ...

Awat dato datin miskin ni? Takde klas giteww..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2020 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 26-5-2020 12:15 PM
Awat dato datin miskin ni? Takde klas giteww..

Tak tau la kaya ke tak.. dulu dia ada kedai coklat, sekarang dah tutup... Bankrupt kot..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 26-5-2020 12:25 PM
Tak tau la kaya ke tak.. dulu dia ada kedai coklat, sekarang dah tutup... Bankrupt kot..

Skang ni bisnes akan slow sbb wabak.
Harap2 kurex dpt bayaran la.. dia hutang kat kurex, ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
sekadar info..ejaan 'batuk' dalam peribahasa tu yang tepat ialah batok..sejenis alat untuk menjirus kaki di tepi tangga rumah..bukannya batuk = cough..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 01:33 PM | Show all posts
Kurex replied at 26-5-2020 10:01 AM
Orang kenamaan yg acah2 ni tak berduit pun..
Ada datok tak bayar lagi duit baju dia. Dah la kau tak ...



.... siapa kah ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.391071 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list