CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6474|Reply: 87

[Tempatan] Berita mlm kagum:Guru selamatkan lima remaja hanyut selepas kereta terjunam dlm

  [Copy link]
Post time 29-5-2020 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PASIR SALAK - Seorang guru sanggup mempertaruhkan nyawa untuk menyelamatkan lima remaja perempuan yang hanyut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas ke dalam tali air di Kampung Teluk Sena, Kampung Gajah di sini semalam.


Kejadian sekitar 12.20 tengah hari itu disedari Muhammad Nor Imran Maula Abd Jalil, 31, yang kebetulan melalui jalan tersebut ketika dalam perjalanan menuju ke Hutan Melintang

Menurutnya, beliau terkejut selepas terlihat seorang mangsa dalam keadaan basah kuyup dan cemas keluar dari kawasan semak cuba meminta bantuan.

Dalam fikiran saya ingatkan dia terjatuh motosikal dan saya berhenti untuk lihat keadaan. Mangsa yang dalam keadaan menggeletar terus meminta bantuan untuk selamatkan kawan-kawan dia yang lain.

“Saya bergegas ke tepi tali air dan lihat dua orang berada tepi tebing berpaut pada kayu manakala, dua lagi sedang bergelut dibawa arus,” katanya.

Nor Imran berkata, tanpa berfikir panjang, beliau terus terjun untuk menyelamatkan keempat-empat mangsa.

“Saya berenang mendapatkan dua mangsa yang sudah hanyut terlebih dahulu dan berjaya memaut mereka dan bawa ke tebing.

“Pada masa sama, dua mangsa yang berpaut pada kayu terlepas pula daripada pegangan kerana arus kuat namun saya sempat berlari dan terjun dapatkan mereka dan mereka sempat mencapai tangan saya,” katanya.

Katanya, seorang mangsa tidak sedarkan diri telah diberi bantuan kecemasan menggunakan kaedah Pernafasan Resutasi Kardiopulmonari (CPR).

“Mujur seorang pengguna jalan raya lain berhenti dan beri bantuan CPR. Saya memang tidak berdaya lagi selepas menyelamatkan mereka.

“Saya bersyukur apabila mereka semua sedar dan jelas masih dalam keadaan trauma. Kereta Proton Saga mereka pula tenggelam,” katanya.

Difahamkan kesemua mangsa yang berusia 18 tahun itu telah dibawa ke Hospital Teluk Intan dan Changkat Melintang bagi mendapatkan rawatan.

Video guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Sekolah Rendah Agama Rakyat Parit 25 Baroh, Tanjung Bayan, Hutan Melintang itu tular di media sosial selepas berjaya menyelamatkan kesemua mangsa.

Katanya, beliau yang juga anggota Jabatan Amal Pas Bagan Datuk bercadang untuk melawat mangsa bagi mengetahui perkembangan terbaharu mereka.

https://www.sinarharian.com.my/article/85215/EDISI/Perak/Guru-selamatkan-lima-remaja-hanyut

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2020 01:56 AM | Show all posts
Panjang umur dak dak ni...
Semoga jadi org la ye dik.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 02:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Adik2 pergi mana pkpb sekarang? Syukur semuanya selamat.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 06:33 AM From the mobile phone | Show all posts
alhamdulillah syukur semua selamat ..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 06:40 AM | Show all posts

Adakah di sini jodoh dia dipertemukan?

Terimakasih cikgu Imran.

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Reramai tu pegi mana dek?
Kamg x pasal kena bayar kompaun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2020 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak gi mana ramai ramai tu, masuk tali air pulak
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan. Yg kena cpr tu, ok tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2020 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 29-5-2020 06:45 AM
Reramai tu pegi mana dek?
Kamg x pasal kena bayar kompaun


Hahahaha aduii... Betol Tu. Siap la tunggu Surat cinta.

Apahalpon terima kasih cikgu Imran.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulilah....masih dipanjangkan umur
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak ayah mana? Dekat flat ni selamba je acik2 biarkan anak dorang merayau. Bila kena tahan polis, terus kata anak saya anak yg baik...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Layak untuk dapat pingat PGB... Aku serius ni...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kudos kat cikgu ni..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih cikgu. Apsal xramai comment
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
semoga dpt balasan baik atas kebaikan yg dia buat ni... kalau dia belum kawin, mana la tau jodoh dgn salah sorg dr mangsa yg diselamatkan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 11:08 AM | Show all posts
bila google tali air.. dia mcm sungai kecik jek kan..tak sangka plak sampai ada org blh lemas ea.. mcm 1st time plak dengar org blh lemas dlm tali air.. daku sampai google mcmne bentuk tali air ni.. huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2020 11:11 AM | Show all posts
hebat cikgu ni..bukan mudah wei nak selamatkan..silap2 diri sendiri yg lemas
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 11:51 AM | Show all posts
by the way keturunan hingya ka cekgu nih
ka mamak
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Menyesal tak masuk bulan sabit merah masa sek dulu. Nak buat cpr pun tak reti. Berenang pun tak tau. Kalau ada di tempat kejadian pun tak dapat membantu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 12:11 PM | Show all posts
Syabas buat Utz yang gigih membantu.  Buat mangsa macam mana boleh sampai kereta terjun masuk tali air macam tu pandu laju ke maklum ler memandu dengan kawan2.  Juga nak kemana time pkpb ni gi beraya ke hapa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 3051 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69148 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21247 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.068954 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list