View: 2362|Reply: 20
|
[Tempatan]
Rasmi: PKR Tolak Mahathir Sebagai Calon PM
[Copy link]
|
|
Pemimpin-pemimpin pusat dan anggota parlimen PKR menolak Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri sekali lagi.
Perkara itu disuarakan dalam kenyataan mereka sebentar tadi, selepas mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan anggota parlimen PKR di atas talian pagi ini.
“Walau bagaimanapun, parti memutuskan untuk tidak menyokong cadangan mencalonkan Tun Dr Mahathir sebagai perdana menteri, dan kekal dengan konsensus Pakatan Harapan mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri,” katanya.
Bagaimanapun, parti itu terbuka untuk berbincang dengan semua pihak termasuk Dr Mahathir “demi usaha menyelamatkan Malaysia dan mengembalikan mandat rakyat ke tempatnya”.
Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke sebelum ini menggesa PKR menyatakan pendirian berhubung tawaran kombinasi Dr Mahathir sebagai perdana menteri dan Anwar sebagai timbalan perdana menteri seperti dibincang dalam mesyuarat PH Plus.
PH Plus merupakan nama yang kini digunakan merujuk gabungan PKR, Amanah DAP dan Mahathir dan penyokongnya, serta Warisan.
Dr Mahathir sebelum ini dikatakan mencadangkan agar beliau diberi enam bulan untuk memimpin sebagai perdana menteri sebelum menyerahkannya kepada Anwar.
Menurut Loke, cadangan itu diterima oleh DAP dan Amanah. Bagaimanapun, cadangan itu tidak disenangi oleh PKR yang mendakwa bahawa bekas perdana menteri itu sebagai tidak konsisten dalam konsensus sebelum ini, yang menetapkan Mahathir perlu menyerahkan jawatannya kepada Anwar selepas dua tahun ketika kerajaan PH mengambil alih pentadbiran pada 2018.
Kerajaan PH hanya mampu bertahan selama 22 bulan, selepas Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin membawa Bersatu keluar PH, selain bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan penyokongnya yang turut mengambil langkah sama.
Sementara itu, PKR juga memberitahu bahawa parti itu terus komited bersama dalam gabungan PH.
"PKR komited untuk terus mengukuhkan PH, dan akan meneruskan usaha menggembleng tenaga dari semua pihak yang sefahaman untuk mengembalikan mandat rakyat ke tempatnya dalam masa terdekat.
"Pada masa yang sama PKR akan terus menumpukan tenaga dan bersiap siaga menghadapi pilihan raya umum mengejut yang mungkin dipanggil pada bila-bila masa," kata kenyataan itu lagi. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Panjang lagi depa punya drama ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 19-6-2020 04:01 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Dah kali ke 3. Jadi kita harap PKR benar benar serik & tidak rela di main belakang lagi.
Kui kui kui |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa atok sangat terdesak nak jadi peyem..
apa kata atok jadi tepeyem pulak..
|
|
|
|
|
|
|
|
jgn uturn nnt kena kencing lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Panjang lagik sinetron PeeH nih. Kalah sinetron low class indon... |
|
|
|
|
|
|
|
PKR... parti yg ditubuhkan utk angkat bang non jadi Perdana menteri. parti milik bang non & keluarga |
|
|
|
|
|
|
|
encik ejalti ada rindu tidak dengan itu multinick menyamar indonesia hanya sekadar mahu mendapatkan perhatian encik ejalti juga?
|
|
|
|
|
|
|
|
Tinggal bape kerusi pasni? |
|
|
|
|
|
|
|
Akhirnya PGayR sedaq dari lamunan panjang & berpijak pada bumi yang nyata... better jadi pembangkang dari gadai maruah & prinsip walaupun bertahun2 berjuang tapi sat jaa p gadai prinsip & maruah kepada Atok dek kerna kemaruk pada kuasa...
Harap2 depa jadi pembangkang yang bagus bukan pembangang.. tunjuk diri tu LEBIH BAIK dari pehak lawan.. bukan p sebar fitnah .. menipu .. menghasut orang lain.. paling baguih buangjaa si Peliwat Tua Tegar & istri nyaa + rapiji sotong "pakar formula semalaya" |
|
|
|
|
|
|
|
Sekurang kurangnya nampak gak ada prinsip,ketegasan. |
|
|
|
|
|
|
|
Pkr perlu kembali kpd perjuangan asal parti utk melaksanakan reformasi menjatuhkan pemimpin autokratik mahathir. |
|
|
|
|
|
|
|
wah..sekarang dah pkai nama PH Plus ker... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 21-6-2020 06:40 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
yuki812 replied at 20-6-2020 11:24 PM
wah..sekarang dah pkai nama PH Plus ker...
Takpa nanti anwaq buat PH minus |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah |
|
|
|
|
|
|
|
Konpius... ph ni calonkn sapa sebenar2nya |
|
|
|
|
|
|
|
“Nak suruh saya derita berapa lama lagi, sudahlah” – Anwar
By Wartawan MalaysiaGazette - 22 June 2020
Paktatan Harapan masih belum dapat memuktamadkan nama calon perdana menteri jika berjaya mengambilalih kerajaan kelak.
KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengalaman yang panjang menyebabkan beliau dan partinya curiga untuk memberikan ruang sekali lagi kepada Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri selama enam bulan sebelum menyerahkan jawatan tersebut.
Apatah lagi dalam percaturan terbaharu ini, kata Anwar, beliau diwajibkan menerima jawatan Timbalan Perdana Menteri di bawah Dr Mahathir yang disifatkan sebagai kesukaran maha besar untuk ditanggung.
“Nak suruh saya derita berapa lama lagi, sudahlah,” katanya ketika bersiaran langsung di laman Facebook malam ini.
Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, beliau dan PKR telah memberi kepercayaan dan peluang kepada Dr Mahathir sebelum ini selain merundingkan pelbagai perkara dengan bekas perdana menteri itu.
Pengalaman tersebut, katanya, menyebabkan beliau curiga apabila diminta sekali lagi untuk memberi peluang dan ruang kepada Dr Mahathir yang dikatakan boleh mendapat jumlah ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu.
Beliau juga mendedahkan perasaan curiga itu turut menghantui rakan-rakan dalam Pakatan Harapan apabila mereka mengusulkan pelantikan Dr Mahathir sebagai perdana menteri kesembilan perlu melalui proses dokumentasi lengkap termasuk menurunkan tandatangan serta terikat dengan beberapa syarat yang jika tidak dipatuhi maka ahli-ahli Parlimen akan menarik balik sokongan mereka.
Anwar berkata, isu jawatan perdana menteri itu turut dibincangkan dalam pertemuannya dengan rakan-rakan di Sarawak di mana beliau diundang ke bumi kenyalang Selasa lalu.
“Kawan-kawan kata kalau tak cukup, boleh tak kita beri pilihan kedua kepada Tun Mahathir kerana Tun Mahathir dalam mesyuarat berulang kali minta jadi perdana menteri.
“Mula-mula dia minta enam bulan dan dalam mesyuarat berikutnya minta jadi perdana menteri setahun dan apabila perkara ini ditekankan oleh Shafie (Datuk Seri Shafie Apdal) dia setuju enam bulan.
“Dan dia tak nak tolak ansur langsung dalam hal ini,” katanya.
Anwar yang juga Pengerusi PH menjelaskan ‘perang kenyataan’ di media sosial dalam kalangan pemimpin-pemimpin PH termasuk Mohamad Sabu, Anthony Loke dan Khalid Samad mengenainya pencalonan beliau sebagai perdana menteri.
Katanya, dalam mesyuarat yang beliau sendiri pengerusikan, kesemua pemimpin bersetuju namanya dicalonkan sebagai perdana menteri malah menurut Anwar persetujuan itu dilafazkan dan didengar sendiri oleh beliau.
“Ini keputusan dan kami minta Tun bersetuju, tetapi Tun tidak bersetuju dan perkara ini kita hujahkan. Saya kata hampir 24 tahun sudah menjadi perdana menteri bagilah orang lain ikut giliran,” katanya sambil menambah di sebalik segala hujah Dr Mahathir tetap berkeras.
Menurut Anwar, beliau percaya jika Dr Mahathir dilantik menjadi perdana menteri untuk tempoh enam bulan, keadaan tidak akan berubah dan berbalik semula kepada soal ini dasar Mahathir dan itu dasar Anwar sehingga boleh menggagalkan hasratnya untuk memperjuangkan ekonomi rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.
Beliau juga menafikan Dr Mahathir telah mempunyai angka atau sokongan mencukupi sebaliknya cakap-cakap mengenai ‘cukup jumlah’ itu hanyalah teori dan beliau diminta untuk bersandarkan kepada kepercayaan tersebut sebelum diangkat menjadi perdana menteri.
“Kawan-kawan kata, Anwar kami mahu kamu jadi perdana menteri tetapi laluan tak mudah kerana kita perlu jumlah, ada yang percaya Tun Mahathir boleh dapat tetapi sampai kini belum dapat. Jadi kita beri dokongan (kepada Tun Mahathir), baru saudara diangkat,” katanya
Anwar juga menepis tuduhan bahwa beliau dan PKR merupakan pengkhianat apabila menolak pencalonan Dr Mahathir sebagai perdana menteri kesembilan jika PH memerintah kelak.
Katanya, apa yang berlaku adalah perbezaan pendapat di mana beliau hanya mahu melakukan yang terbaik untuk rakyat dan menuntut supaya mandat rakyat dikembalikan.
Beliau juga percaya jika Dr Mahathir diberi peluang sekali lagi biar pun untuk tempoh enam bulan perkara-perkara seperti rasuah, kronisme dan mengkayakan golongan tertentu tidak akan dapat dihapuskan.
“Khianat ini tidak timbul, orang yang bagi kipas kepada pengkhianat itulah pengkhianat,” katanya mengungkit semula Langkah Sheraton yang menurutnya bukan bermula seminggu dua sebaliknya telah diatur dalam tempoh tujuh hingga lapan bulan sehingga tersungkurnya kerajaan PH. – MalaysiaGazette |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa taknak propose LGE atau LKS jadi calon PM? |
|
|
|
|
|
|
|
jawatan Menteri Kewangan tak bincang ka? |
|
|
|
|
|
|
| |
|