CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5134|Reply: 42

[Tempatan] Gara-gara subang tersangkut di hidung, wanita panggil bomba

[Copy link]
Post time 2-7-2020 12:06 PM | Show all posts |Read mode
Gara-gara subang tersangkut di hidung, wanita panggil bomba

Adie Sufian Zulkefli

Anggota bomba mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan subang dengan menggunakan dua unit alat pemotong khas. - Foto JBPM



ALOR SETAR: Lazimnya subang dipakai di telinga. Namun, mungkin hendakkan kelainan, seorang wanita di sini memakai perhiasan itu di hidung.

Bagaimanapun, dia kemudiannya gagal mengeluarkan subang tersebut, menyebabkan dia terpaksa meminta bantuan bomba untuk mencabut subang yang tersangkut pada hidungnya.

Dalam kejadian jam 10.20 malam tadi, wanita berusia 30 tahun itu gagal mengeluarkan sendiri subang yang tersangkut di hidungnya menyebabkan dia menghubungi pasukan penyelamat ke rumahnya di Jalan Stadium, di sini.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.26 malam.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Jamaludin Jasin tiba di lokasi jam 10.29 malam.

Katanya sebaik tiba mangsa menangis dan dalam keadaan panik.

Mangsa menunjukkan subang tersangkut di hidung yang dikeluarkan oleh anggota bomba. - Foto JBPM



Beliau berkata, operasi perlu dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kecederaan pada mangsa.

Anggotanya mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan subang dengan menggunakan dua unit alat pemotong khas.

Menurut Mohamadul Ehsan, subang itu berjaya dikeluarkan tanpa sebarang kecederaan pada mangsa.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2020 12:08 PM | Show all posts
nk pasang subang mcm indian tu ke




Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahaha.. Titi siam kah? Hahahahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah hbs lawa la bertudung dgn subang kat hidung??
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Awat yg gedik nk pakai kt hidung, dah trendy abis ka...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 1-7-2020 09:13 PM

Yang di kata kan subang untuk telinga itu di panggil 'nose ring'... Bila pula subang hidung letak di telinga?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2020 12:39 PM | Show all posts
x tau la nak kesian ke apa
kat telinga pun aku x pakai ni dia pulak kt hidung
kes mcm ni panggil bomba ke, bukan g klinik jumpa doc
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai. Abg bomba pun kensel ngan kau ni dek.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2020 01:05 PM | Show all posts
Syabas buat abam bomba yang membantu tampa mencederakan mangsa.  
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh!! Ko ingat bomba xde keje lain??
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa kecik2 yg aku tau tugas bomba cuma padam api aje. Dah tua ni  br aku tau bnyak kemahiran lain yg abam bomba ada termasuklah keluarkan cincin yg tersepit kat anu lelaki n subang tersepit dlm hidung
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
eleh ngade je tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 02:16 PM | Show all posts
kuzaime replied at 2-7-2020 01:14 PM
Masa kecik2 yg aku tau tugas bomba cuma padam api aje. Dah tua ni  br aku tau bnyak kemahiran lain y ...

hahahahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari tu katak disangka ular blh thn lg.. Yg ni?? Saja membazir resources gomen suh dtg umah..ingt ni emergency ke? Ko stil blh gerak,napas..

Kenapa xpergi ke balai bomba or cari cutter kt mr diy?
Hidup ni jgn suka nyusahkn org dik..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Gi klinik la. Sendiri cari penyakit.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 02:44 PM | Show all posts
oiittt perempuan...  ikut la ko nak letak subang kat hidung ke, kelentit ke...  tapi boleh tak kalau simple case camni ko pegi sendiri ke balai!!!  bodoh betul...  ko tau tak, dengan panggilan ko je, berapa banyak tenaga dikerahkan kesana...  membazir resources betul!!!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2020 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa diorg x tfikir nak jumpa doktor.
Bomba pula mangsa
Ke sebb bomba boleh dtg rumah
Acik2 pemalas ni nak yang senang je
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 03:52 PM | Show all posts
Alamak eehh....iols pulak yang tumpang malu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Bongok!!!! Yg Bomba pun layannn?!
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 04:09 PM | Show all posts
Bukan lawa pun tindik subang kat hidung. Tinggal kesan parut ada lah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.413375 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list