Kredit Foto - Twitter @nurinafiqaaah
Bercuti sambil mandi-manda di laut memang menyeronokkan. Lebih adventure jika kita cuba pula aktiviti sukan air seperti menunggang jet ski ataupun berkayak.
Melalui perkongsian di laman Twitter, kejadian lucu menimpa sekumpulan sahabat yang sedang bercuti di sebuah pulau apabila kayak dinaiki mereka 'hilang' ditelan laut.
Dapat dilihat menerusi video dimuat naik Nurin Afiqah, dua individu sangat teruja menaiki kayak lutsinar di tengah laut sedang berusaha untuk mencari keseimbangan akibat air laut yang sedikit bergelora.
Malangnya, usaha mereka gagal apabila kayak yang dinaiki dimasuki air sehingga menyebabkan mereka tenggelam sehingga ke paras leher.
Lebih melucukan apabila wanita yang berada di dalam kayak itu kelihatan hanya mampu gelak besar seolah pasrah dengan kejadian itu.
Ternyata, video ini berjaya mencuit hati netizen.
Kredit Foto - Twitter nurinafiqaah
Kejadian lucu ini pasti menjadi kenangan manis yang sukar dilupakan. - CARI
|