Di zaman moden ini, memang mudah dan cepat nak lembutkan daging menggunakan pressure cooker atau periuk tekanan. Tapi ukan semua rumah ada periuk ni. Kadang-kadang, bila nak masak dalam kuantiti kecil, kita pun malas nak menggunakannya. Jangan khuatir, ada banyak cara melembutkan daging tanpa menggunakan pressure cooker. Petua yang bakal kami kongsikan di bawah adalah antara amalan turun-temurun oleh mak-mak kita sehinggalah ke hari ini. Memang ramai yang masih melakukannya dan mengakui keberkesannya.
10 TIPS LEMBUTKAN DAGING DENGAN CEPAT TANPA ‘PRESSURE COOKER’1. MASUKKAN SUDUWalaupun kedengaran pelik, inilah antara petua melembutkan daging yang paling mudah dan popular.
Cuma letakkan sebatang sudu / garfu ke dalam periuk dan rebus bersama daging. Memang cepat lembut sebab dipercayai sudu ni dapat meningkatkan suhu dalam periuk. Selain guna sudu besi / tembaga, ramai juga menggunakan sudu porselin / kaca.
2. BETIK MUDAPotong buah betik muda sederhana kecil dan rebus bersama daging. Kalau tak ada buah betik muda, boleh gunakan batang betik.
Foto Kredit: mediakedah.com
3. BATANG TEBUBagi yang susah nak jumpa batang betik, boleh juga gunakan batang tebu dengan cara yang sama seperti di atas.
Foto Kredit: biovoicenews.com
4. DAUN NANGKAAmbil daun nangka dan keringkan getahnya terlebih dahulu. Kemudian boleh masukkan ke dalam masakan. Gunakan dalam 4-5 helai. Berkesan!
Foto Kredit: videoblocks.com
5. CUKAGunakan sedikit cuka makan ke dalam rebusan atau perap bersama daging beberapa jam sebelum dimasak. Sumber asid dikatakan dapat melembutkan struktur daging dengan cepat.
Foto Kredit: tescoliving.com
6. LEMON / LIMAU NIPISSelain cuka, lemon atau limau nipis juga merupakan sumber asid yang boleh membantu melembutkan daging dengan pantas. Caranya sama, perahkan ke dalam rebusan atau perapkan bersama daging selama beberapa jam / semalaman sebelum dimasak.
7. BAKING SODASelain itu, anda juga boleh menggunakan baking soda untuk melembutkan daging dengan cepat. Caranya, perapkan daging dengan baking soda selama sekurang-kurangnya 15 minit. Kemudian, bilas bersih-bersih sebelum dimasak.
Foto Kredit: davidwolfe.com
8. BIJI / BUAH KURMABuah kurma atau bijinya adalah antara bahan yang boleh melembutkan daging. Letakkan 4-5 biji buah kurma ke dalam daging yang sedang dimasak dan daging akan melembut dengan cepat. Ia juga akan menjadi pemanis semulajadi yang enak apabila dimasak. Bagi yang tak mahu ada rasa kurma dalam masakan, boleh gunakan bijinya saja.
www.merdeka.com
9. GULA BATUMasukkan beberapa ketul gula batu ke dalam rebusan daging. Insha Allah, akan menjimatkan masa untuk daging masak dengan lembut.
Foto Kredit: health.liputan6.com
10. CARA MEMASAK / POTONG DAGING YANG BETULAkhir sekali, pastikan potong daging berlawanan dengan urat daging tu. Bila masak pula, pastikanperiuk ditutup. Barulah daging akan cepat lembut.
Foto Kredit: jerkyholic.com
Foto Kredit: amazingribs.com via