View: 4112|Reply: 24
|
Lagi berita pasal bapa tiri. Dera isteri, rogol anak tiri. Akhir cerita kena tik
[Copy link]
|
|
Tidak tahan adik dirogol, ibu didera, remaja tikam bapa tiri
Agensi | Diterjemahkan oleh: Umavathi Ramayah
Diterbitkan pada Julai 31, 2020 18:45 +08
JAKARTA: Tidak tahan melihat adik perempuannya dijadikan pemuas nafsu bapa tiri, seorang remaja bertindak menikam lelaki itu sehingga mati di Musirawas, Selatan Sumatera.
Kompas melaporkan, dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang Khamis, suspek bertindak menikam dada mangsa menggunakan senjata tajam beberapa kali sehingga mati sebelum melarikan diri.
Bagaimanapun, suspek lelaki berusia 18 tahun itu tampil menyerah diri di Balai Polis Muara Lakitan, Musirawas, tidak lama kemudian.
Difahamkan, suspek turut berang kerana mangsa dikatakan kerap mendera ibu mereka.
Berdasarkan keterangan, suspek memberitahu, kejadian dipercayai berlaku ketika dia menemani ibu ke balai polis untuk membuat laporan mengenai keganasan bapa tirinya itu.
Bagaimanapun, kereta mereka kemudian dihalang oleh mangsa menyebabkan suspek tidak dapat mengawal kemarahan dan bertindak menikam dada serta kaki lelaki itu.
Polis turut merampas pisau yang digunakan suspek dalam kejadian berkenaan sebagai bahan bukti. |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya, patutnya dia mangsa...harap2 dia terlepas dr hukuman sb pertahankn maruah adik dia dan mak dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau akak jadi hakim, akak lepaskan dia. Kalaulah... |
|
|
|
|
|
|
|
Mcmana nk tau cerita sebenar sbb sorang dag meninggal..... |
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100 replied at 31-7-2020 08:28 PM
Mcmana nk tau cerita sebenar sbb sorang dag meninggal.....
kalau adik dia kena rogol, kan boleh buat pemeriksaan...lagi2 kalau baru 24jam dari kejadian...
harap2 ada lah bukti adik dia kena rogol tu... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jantan sial yang paling terlaknat . |
|
|
|
|
|
|
|
Jahat sangat sampai xde la yg nak kesian even kena tikam berkali2 pun |
|
|
|
|
|
|
|
Dibunuh Anak Tiri Lepas Seksa, Perkosa Anak Bini
Akibat tidak tahan dengan perangai ayah tiri yang sering memukul ibu dan merogol adiknya, seorang remaja, Jef, 18, nekad membunuh ayah tirinya, Johan Saputra, 49.
Kejadian di kota Palembang itu berlaku sehari sebelum rakyat Indonesia menyambut Aidiladha, lapor Tribunews.com.
Kejadian bermula apabila Jef dan ibunya, Suryani, 48, hendak membuat aduan kepada pihak berkuasa. Namun, ianya tidak kesampaian kerana mereka ditahan ditengah jalan oleh Johan.
Gambar hiasan
Foto : Info.com
Perbalahan berlaku antara Johan dengan anak tirinya Jef, di hadapan warung warga desa.
Jef yang beremosi, lantas menikam dada Johan dengan sebilah pisau. Bagaimanapun, Johan masih gagah melarikan diri, namun dikejar anak tirinya itu sebelum kakinya ditikam sebanyak dua kali dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua pihak berkuasa, Iptu M Romi berkata, tertuduh mengakui melakukan pembunuhan itu kerana marah dengan ayah tirinya yang sering menganiayai ibunya.
Lebih membuatkan tertuduh beremosi apabila adik perempuannya dirogol sebanyak dua kali oleh mangsa, menjadikan kemarahan terhadap lelaki berhati binatang itu memuncak.
Foto:Tribunews.com
Aduhai, gelap sudah masa depan seorang remaja yang mahu mempertahankan maruah keluarganya. Setakat ini, Jef belum disabitkan dengan mana-mana akta lagi. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Berapa banyak nk tepek berita yang sama duhai cik wartawan CARI...... |
|
|
|
|
|
|
|
Dejavu iols kembali, bukan ke iols dah komen di thread hinnieee |
|
|
|
|
|
|
|
Nu cth org mental.. Nk buat, buat terus.. Xde smbang2 hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Orang kalau dah terlalu marah pasti sanggup sampai membunuh |
|
|
|
|
|
|
|
hmm...ngerinya...sian dia, kita baca kisah kisah macam ni, ia mengerikan.
cukuplah tengok gone girl tu - i mmg ngeri. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kesalahan mcm ni selalunya polis layan dengan baik, masuk penjara pun xkena buli seteruk perogol, |
|
|
|
|
|
|
|
Jahanam betul perangai bapak tiri dia. Nak ckp padan muka mcm jahat sgt tapi nak ckp gak padan muka. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus Jef
Mmg padan muka pak tiri celaka tu
Hero camni kita patut puji dan lepaskan
Kenapa nak hukum budak yg berani jd penyelamat ibu dan adik ppuan dia
Budak yg sangat2 bagus |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya kalau disabitkan kesalahan membunuh.. Mcm berkorban utk mak n adiknya... |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg layak mati kelakuan bangsat mcm ni
Takpe dik, apa pun hukuman dunia
Awak seorang yg bermaruah |
|
|
|
|
|
|
|
selain seperti ditulis @bloodyamuk
ibu nya pun boleh bagi bukti penderaan ...
Kejadian bermula apabila Jef dan ibunya, Suryani, 48, hendak membuat aduan kepada pihak berkuasa.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|