"Saya nak nasihat sikit, saya nampak di Facebook banyak orang kongsi tentang hukuman seorang artis yang masuk mahkamah dan mungkin akan dijatuhkan hukuman pada September ini. Semua orang ketawakan. Kalau benda tu dalam Facebook, biarkan saja. Kalau orang lain dapat tahu, biar mereka tahu sendiri.
"Jangan nak mempersendakan orang yang dah bertaubat, yang dah kena hukuman dunia. Ia tak kelakar. Semua orang buat salah, itu saja saya nak cakap," ujarnya yang dipetik dari laporan mStar.
Teguran tanpa merujuk secara khusus kepada mana-mana individu itu dipercayai berkaitan kepada proses mahkamah yang dilalui penyanyi dan pelakon kontroversi, Aliff Aziz yang mengaku bersalah atas dua tuduhan iaitu mencuri dan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam. Satu lagi pertuduhan diambil dalam pertimbangan.
Begitulah, apabila ada berita sensasi ia menjadi perhatian umum dan ruangan komen di media sosial menjadi medan untuk menghina, mengutuk dan mengaibkan.
Adalah lebih baik kita memberi pandangan atau nasihat secara penuh berhikmah kerana layanan dan kata-kata baik juga mampu melembutkan hati yang keras atau menyedarkan seseorang yang sudah melakukan kesilapan. -
CARI