View: 1659|Reply: 11
|
Lelaki Culik Budak Lepas Ajak Main Game Online
[Copy link]
|
|
Lelaki ditahan selepas dipercayai menculik kanak-kanak perempuan yang dikenalinya menerusi permainan dalam talian.
Japan Today melaporkan, Akihito Otake, 38, yang ditahan pada Sabtu lalu (waktu tempatan) mengakui menculik mangsa, 9, menggunakan keretanya sekitar jam 4 petang pada Rabu di sebuah jalan di bandar Yokohama, Tokyo dan mengurung kanak-kanak itu selama dua hari.
Gambar hiasan
Mangsa bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Siasatan awal mendapati, sebelum kejadian Otake mengajak mangsa bermain bersama menerusi fungsi perbualan suara permainan berkenaan.
Mangsa yang menggunakan telefon pintar salah seorang daripada ibu bapanya dipercayai berbincang dengan suspek melalui fungsi perbualan suara permainan itu mengenai waktu dan tempat untuk bertemu.
Pada hari kejadian, kanak-kanak itu memaklumkan kepada beberapa temannya bahawa dia akan bertemu seorang 'rakan' di Tokyo. Namun, ibu bapanya yang bimbang apabila mangsa tidak pulang selepas jam 5 petang hari sama, melaporkan kehilangannya kepada polis.
Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), polis berjaya menjejaki Otake di kediamannya di Katsushika, Tokyo sekitar jam 3 pagi pada Sabtu selepas mengenal pasti kereta digunakannya.
Difahamkan, ketika ditahan Otake sedang meninggalkan kediamannya menggunakan kereta, di mana mangsa ditemui di tempat duduk belakang. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Babi punya jantan. Budak kecik kau kidnap kan.
Nama dah lah Otake. Kau main Oh Take je anak org.
Mampos cepat please |
|
|
|
|
|
|
|
Saiko jugak leluhur ikekikek ni |
|
|
|
|
|
|
|
Orang tak betul atau pedo ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Main candy crush je la x bahaya |
|
|
|
|
|
|
|
Mujur dia tak buat apa2 lagi kat budak tu |
|
|
|
|
|
|
|
jepun kebanggaan dr mahathir ni banyak yang pedo
dah bagi bible pun pedo |
|
|
|
|
|
|
|
budak tu ok ke idak?isk psiko giler |
|
|
|
|
|
|
|
Again cctv banyak membantu menyelesaikan masaalah jenayah |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex: Saiko jugak leluhur ikekikek ni
Tengok saja apa meka buat zaman WW2 di negara kita, memang ketara psikonya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|