View: 12440|Reply: 67
|
"Usah Terlalu Bersedih" - Dr Zulkifli Simpati Dengan ‘Mowgli Malaysia’
[Copy link]
|
|
Kredit foto: IG Dr Zulkifli
'Mowgli Malaysia', Mohd Shukor Khamis bersedih apabila puluhan kerbaunya mati mengejut.
Perkara itu turut mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Kredit foto: IG Dr Zulkifli
Menerusi hantarannya di laman sosial menasihati Syukor dan bapanya, Khamis Jusoh supaya banyak bersabar berdepan dugaan ini.
"Sedih itu hal yang biasa namun usah terlalu bersedih kerana ia adalah putaran biasa kehidupan makhluk Allah SWT.
"Maha Suci Allah yang mengikat pertalian kasih antara manusia dan haiwan dengan sebegitu erat," tulisnya.
Sementara itu, Harian Metro melaporkan, 30 daripada 110 kerbau miliknya mati mengejut sejak Rabu lalu tanpa sebarang tanda kematian dan disangka penyakit biasa.
"Keesokannya, seekor lagi yang mati sebelum Jumaat (dua), Sabtu (empat) dan Ahad (sebelas).
"Hari ini saja 10 sudah mati dan dijangka lebih lima ekor lagi yang akan mati kerana sebab yang sama," katanya.
Khamis pula berkata, mereka sekeluarga buntu memikirkan penyakit yang menular itu dan dikhuatiri semua kerbau akan mati.
"Kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu sudah datang dan membuat siasatan punca kematian semua kerbau itu.
"Berkemungkinan besar ia mati kerana penyakit hawar berdarah bagaimanapun keputusan ke atas pemeriksaan itu akan diperolehi dua minggu lagi," katanya. - CARI
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bagus betul la dr zulkifli ni. Dah susah nak jumpa orang yang tutur kata menyenangkan zaman sekarang ni. Bila baca kata2 dia sejuk hati. |
|
|
|
|
|
|
|
Moga adik shukor skuarga diberikan kkuatan, ksabaran n dimurahkn rezeki brlipat ganda lg slps ni inshaaAllah aminn. Moga adik shukor kuat smngat |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by monsterwife at 15-9-2020 02:02 AM
fw280289 replied at 14-9-2020 02:58 PM
Bagus betul la dr zulkifli ni. Dah susah nak jumpa orang yang tutur kata menyenangkan zaman sekarang ...
I pun rasa yg Sama bila baca tulisan dia Rasa tenang aje |
|
|
|
|
|
|
|
Satgi iols komen harus kena kecam. Hehehege |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu akbar, kenapa Al Fadhil mantan mufti response cepat isu kecil ni tp masih kunci mulut isu Ucapan Bible oleh YB Dr Zawawi yg lebih besar?
Nmpknya respek aku terhadap keilmuan dan amanah Sohibussamahah boleh menipis.
|
|
|
|
|
|
|
|
alahai kesiannyaaa. kesayangan tu |
|
|
|
|
|
|
|
ada sekor yg dia sayang sangat tu dah kena korban kan dulu
apa ntah nama
ni ada 2 ekor pulak dia rapat
mujur sempat vaksin awal & panjang umur lg
bertabah la dik |
|
|
|
|
|
|
|
Banyaknya kerbau dia yang mati. Semoga adik ni dan pemilik kerbau tabah. |
|
|
|
|
|
|
|
Kasihannya, jika mati itu seekor ok lagi tapi berpuluh ekor, mau x meraung |
|
|
|
|
|
|
|
axl_bach replied at 14-9-2020 03:23 PM
Allahu akbar, kenapa Al Fadhil mantan mufti response cepat isu kecil ni tp masih kunci mulut isu Uca ...
Nnti dia kata bkn bidang dia
Adik shukor tu dia pernah jumpa kan? |
|
|
|
|
|
|
|
toynme replied at 14-9-2020 09:05 PM
Nnti dia kata bkn bidang dia
Adik shukor tu dia pernah jumpa kan?
Komen pasal Bible tu bkn bidang Menteri Agama?
Then kerbau mati byk2 ni bawah skop kementerian Sohibussamahah ke? |
|
|
|
|
|
|
|
axl_bach replied at 14-9-2020 09:17 PM
Komen pasal Bible tu bkn bidang Menteri Agama?
Then kerbau mati byk2 ni bawah skop kementerian ...
Aku rasa dia mmg x layak jadi menteri
Bnyk ura2 org x suka
|
|
|
|
|
|
|
|
toynme replied at 14-9-2020 09:21 PM
Aku rasa dia mmg x layak jadi menteri
Bnyk ura2 org x suka
Aku pun x setuju Al Fadhil Dr Zul jadi menteri, sbb bila dh join klik politician ni fitnah dia lain mcm...
Harap Dr Zul dpt survive sepenggal menteri tanpa isu yg dpt mencalarkan reputasi keilmuan beliau..... |
|
|
|
|
|
|
|
hawar berdsrah ni apa puak
plague?
bubonic plague?
maknanya ada bacteria ke? bawaan tikus?
aiyooo
ade tak cross over / cross infection to human
eee bahayanya main main dengan fauna ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Apa itu hawar berdarah?
Memetik laporan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), penyakit Hawar Berdarah (Haemorrhagic Septicaemia) atau HS merupakan penyakit akut pasteurellosis yang disebabkan oleh bakteria Pasteurella multocida Carter’s Type B.
Adakah hanya berjangkit kepada kerbau?
Penyakit tersebut menyebabkan septisemia akut pada lembu dan kerbau, namun lebih mudah menjangkiti kerbau.
Menurut laporan yang sama, ternakan babi juga boleh dijangkiti HS pada kadar yang rendah.
Sementara itu, jangkitan pada bebiri dan kambing pula adalah jarang dilaporkan.
Bagaimana jangkitan penyakit HS boleh terjadi?
Penyakit HS disebabkan oleh salah satu daripada dua serotip Pasteurella multocida, iaitu serotip B:2 dan E:2.
Wabak penyakit di Malaysia adalah disebabkan oleh serotip B:2.
Simptom penyakit
Tanda-tanda yang ketara adalah:
a) Haiwan mengalami kemurungan
b) Bengkak di kepala, leher dan dada
c) Mulut dan hidung yang berbuih
d) Kongesi pada lapisan mucus membrane
e) Konjuntivitis
f) Sukar bernafas
Penyakit HS kerap menyerang pada musim hujan
Wabak penyakit tersebut boleh berlaku pada bila-bila masa, tetapi kekerapan penyakit meningkat pada musim hujan.
Kebanyakan jangkitan HS adalah akut atau perakut, yang menyebabkan kematian dalam jangka masa 8 - 24 jam selepas dijangkiti.
Menurut laporan DVS juga, jarang ada haiwan yang sembuh daripada penyakit HS.
Langkah pencegahan
Bagi mencegah dan mengawal penyakit tersebut, laporan DVS menyebut Protokol Veterinar Malaysia (PVM) HS telah menggariskan strategi berikut :
• Pelaporan
• Rawatan
• Vaksinasi
• Kawalan Pemindahan
• Survelan
• Pelupusan
• Pengurusan Fail Kes
• Dayajejak
• Langkah Biosekuriti
• Khidmat nasihat
• Kempen kesedaran awam
• Rekod
kredit astro awani
|
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya..mesti kerbau2 tu menderita terkena penyakit ni yang boleh membawa maut |
|
|
|
|
|
|
|
kesian adik ni..sabar la ye mesti sedih sangat |
|
|
|
|
|
|
| |
|