CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21111|Reply: 92

Dakwa Cabut Mesin Bantuan Hayat - Ibu Sandra Bakal Saman Netizen

[Copy link]
Post time 15-9-2020 11:12 AM | Show all posts |Read mode




Wujudnya teknologi komunikasi di laman sosial ketika ini menyaksikan tingkah laku manusia seperti tidak mengenal batas peradaban. Ramai yang menggunakan media sosial sebagai platform untuk meninggalkan sebarang komen sehingga ada kalanya ia menimbulkan fitnah!


Ibu kepada Allahyarham Sandra Dianne sekali lagi diuji apabila dituduh netizen kerana menjadi punca kepada kematian anaknya.


Menerusi Facebook, Nur Syakinah Abdullah berkongsi komen individu yang mendakwa dia sengaja mencabut mesin bantuan pernafasan ketika Sandra dirawat di hospital.








Kredit foto: Facebook Syakinah Abdullah




Dalam hantaran sama, Syakinah jug memaklumkan bahawa pada hari ketiga selepas kemalangan (Selasa), Sandra sudah boleh bernafas sendiri dengan sedikit bantuan oksigen.


Pada hari Rabu, arwah menjalani pembedahan tiub pernafasan untuk membantunya bernafas sendiri tanpa bantuan mesin dan berkongsi gambar Sandra.


Keadaan Sandra dilaporkan stabil pada Khamis, namun pada jam 11 malam hari sama, arwah dilaporkan tenat dan menghembuskan nafas terakhir pada jam 1 pagi hari Jumaat.





Kredit foto: Facebook Syakinah Abdullah





Syakinah menyelar sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan mengganggap ianya satu fitnah, lalu nekad untuk memfailkan saman kepada individu terbabit.


Netizen ni kadangkala lebih sudu dari kuah dan berlagak tahu segalanya. Sekiranya tiada perkara baik yang ingin diucapkan, lebih baik berdiam diri. Lebih manis sekiranya mendoakan saja yang baik-baik untuk arwah yang sudah selesai urusannya di dunia ini. - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2020 11:18 AM | Show all posts
Siapa pula Eina Outlet ni biadap sangat cara dia tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Uishhh!!! Tuduhan berat ni
Aku sokong je saman mulut longkang ni, boleh jadikan pengajaran pada mulut2 longkang lain
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 11:28 AM | Show all posts
macam bawa kancil je eina ni...ada ke duit nak bayar saman nanti

sudahnya merayu menangis minta maaf je....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah kalau takde menda baik nak komen diam
ajalah.
Bagilah ruang untuk famili dorang bertenang.
Orang baru lepas kehilangan anak kot, penat jaga anak kt wad tak hilang lagi.

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 11:33 AM | Show all posts
Makin ramai yang jenis macam ni, suka cakap pasal orang lain macam duduk serumah tinggal sebantal dengan orang tu.  Pada hal dengar dari gossip atau buruk sangkanya sendiri je bukan tahu perkara sebenar pun.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2020 11:35 AM | Show all posts
Biadap sgt, kena lah kat batang hidung sendiri baru sel otak tu berfungsi. Samannn!
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Allahu, x abis2 lagi isu syurga neraka ni?

Bila yg nk masuk syurga kena dgn amalan kita ni? Nk masuk syurga tu dgn rahmat Allah, dia nk bagi kat sapa tu mmg hak Dia yg maha berkuasa lagi Maha Pengampun....

Dok kalut khotimah org, yg kita punya khotimah blom tentu hasan lg....silap2 saiyyi'ah yg kita dpt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2020 11:38 AM | Show all posts
sapa yang tekan gambar +2 tu banyak kali, kita geng
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
gigih kata org bodoh si eina ni sbb nak rasa diri sendiri pandai..sila saman.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 11:42 AM | Show all posts
musim acik2 kedah mulut longkang ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 11:43 AM | Show all posts
ya tuhan....netizen sekarang memang cenggini ke perangai??
stesen penyiaran kena buat kempen rukun negara ke 5 dah ni. teruk sangat dah perangai netizen nih
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 11:49 AM | Show all posts
curious nak tau kenapa arwah break emergency dekat first lane ye? bergaduh dengan kawan sebelah ke? elok je kawan sebelah tu cedera ringan..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 11:52 AM | Show all posts
ajer tumpo deme ni..
dia ckp mcm dia ada kat icu tu je. mcm la ko tau semua? pastu nak citer syurga neraka. klu mati hari jumaat bkn penentu ko masuk syurga. penentu syurga neraka tu pada amalan kita. gila la netizen skrang ni.
aku sokong saman si gila ni. sama la mcm eira nokharamna yang maki2 orang tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya rabbi
Ramai yg nak jadi tuhan daripada Tuhan ya sekarang
Siap kira dosa pahala syurga neraka orang
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 11:58 AM | Show all posts
dah kenpa nitizen...kot cabut O2 pun klu Allah x izin kan arwah meninggal on friday..xde nya dia nak meninggalkan dunia ni....


apalah nitizen ni...cakap pasal islam tapi gaya bahasa langsung x melambangkan islam...
apa korang fikir asal islam jek boleh nak memaki...membodohkan org lain sesuka hati ke...?

Islam hanya pada nama.....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2020 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaman fitnah... saman untuk beri pengajaran... maaf mungkin diterima, tapi saman wajarnya diteruskan... melampau2 biadap...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Diam itu lbh baik klau xde bnda elok yg nk ckp
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 12:01 PM | Show all posts
Dia penjaga pintu syurga ke?
Anak orang dah pergi. urusan pun dah selesai dengan eloknya.
Yang nak tambah duka orang dah kenapa?
Biarlah orang doa baik dekat arwah tu. Dosa pahala arwah biarlah Allah tentukan.
Dah kenapa hang nak pertikai. Doakan ja la benda baik-baik.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 12:01 PM | Show all posts
mcm biasa fb pun hilang. patutnye sebelum nak saman tu screenshot and carik gambar sebagai bukti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.055188 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list