Jika sebelum ini kita disajikan dengan berita individu berkahwin dengan patung, namun kali ini lebih pelik apabila seorang ibu dua anak di United Kingdom berkahwin dengan pokok.
Perkahwinan yang dilangsungkan pada 9 September tahun lalu kini genap setahun. Maka, Kate Cunningham, 34, meraikan ulang tahun pertamanya dengan pokok tertua di Rimrose Valley Country Park di Sefton, Merseyside dalam acara sederhana, lapor Daily Star.
Foto : Daily Star
Malah, Kate sanggup meninggalkan teman lelaki di rumah semata-mata untuk meraikan hari bersejarah itu.
"Teman lelaki amat menyokong keputusan saya. Malahan dia juga menolong saya menyiapkan majlis ini."
Menukar namanya kepada Elder apabila 'bersatu' dengan pokok tersebut, bekas guru itu berkata, mengahwini pokok berkenaan adalah keputusan terbaik dalam hidupnya meskipun anak lelakinya malu dengan tindakannya.
"ada mulanya dia malu, tetapi kemudiannya dia tetap datang meraikan sama. Ia sangat bermakna buat saya."
Foto : Daily Start
Menurutnya lagi, dia mendapat inspirasi berkahwin dengan pokok selepas mencontohi tindakan seorang aktivis wanita di Mexico untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pembalakan dan pembukaan tanah haram.
"Saya bersama ribuan orang lain pernah memprotes apabila mendengar kemungkinan pokok tersebut ditebang bagi tujuan membina lebuh raya, namun ia tidak cukup menarik perhatian pihak berkuasa. Mungkin ini cara terbaik."
Foto : Global Print
Mungkin niat Kate baik, namun dengan ungkapan berkahwin membuatkan ramai pihak memandang serong. Eh, Macam-macam lah! - CARI |